
Sayyidina Umar Al-Khattab Mari kita teladani
#1
Posted 04 January 2011 - 06:13 AM
Ummar al-khattab adalah khalifah yang ke-dua. Menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw menyebarkan agama suci Allah. Beliau antara sahabat nabi yang dijamin syurga. Banyak sumbangan beliau terhadap Islam dan juga mempunyai keperibadian yang terpuji.
Jika sesiapa ada apa2 perkongsian, berkenaan sifat, sikap, sumbangan, kata-kata Ummar, mohon dikongsi ya..
Terima kasih.
#2
Posted 04 January 2011 - 10:51 AM
Kata beliau, " Haasibu anfusakum qobla antuhaasabuu "
( Hitung-hitunglah dirimu sebelum dihitung oleh Yang Maha Menghitung ).
#3
Posted 04 January 2011 - 10:52 AM
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
#4
Posted 06 January 2011 - 05:00 AM
Beliau adalah Khulafa Rasyidin yg kedua dan ketika zaman beliaulah gelaran Amirul Mukminin digunapakai (hasil perbualan di antara Adi ibn Hatim dgn Amru al-Ash) sehingga zaman Bani Abbasiyyah.
Seorang yang tegas dan kuat sehingga baginda S.A.W pernah menyatakan sekiranya ada lagi nabi selepas baginda, nescaya Umarlah orangnya.
Seorang anak perempuan beliau merupakan isteri kepada RAsulullah S.A.W iaitu Hafsah R.A sekaligus beliau juga merangkap bapa mertua Nabi.
Selain daripada itu seorang anak lelaki jugak terkenal dalam ilmu pengajian hadith iaitu Abdullah.
Sepanjang tugas beliau sebagai Amirul Mukminin, beliau dikurniakan Allah dikelilingi oleh pegawai yg berkebolehan. Umar juga mempunyai penasihat pentadbiran yg cekap seperti Umair ibn Sa'ad, Muhammad ibn Maslamah dan beliau dibantu oleh wali-wali daerah yang seperti Abu Musa as-Sya'arie, Muawiyah ibn Abu Sufyan, Amru al-Ash, Huzaifah al-Yamani, (sekadar beberapa nama).
Beliau jugak pernah membuat keputusan kontroversi ketika itu dgn memecat Khalid al-Walid daripada jawatan Panglima Besar dan melantik Abu Ubaidah al-Jarrah.
Seperti akrabnya Abu Bakar as-Siddiq dgn Khalid al-Walid, maka Umar ibn Khattab juga rapat dgn Abu Ubaidah al-Jarrah.
Seandainya Abu Ubaidah al-Jarrah masih hidup, maka Umar ibn Khattab ingin sahaja melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai pengganti beliau.
Nama Umar ibn Khattab telah menggerunkan kedua empayar besar iaitu empayar Rome Byzantine dan empayar Parsi Sassanid.
Beliau jugak digelar kunci fitnah sebagaimana yang diceritakan oleh Huzaifah al-Yamani.
Begitu jugak dgn Khalid al-Walid apabila berkata kepada orang ramai akan pemecatanannya itu sebagai fitnah ke atas dirinya:-
"Selagi adanya Umar, tidak akan berlaku fitnah ke atas umat Islam"
#5
Posted 06 January 2011 - 12:56 PM
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : نحن قوم اعزن الله بالاسلام فاذا ابتغينا العزة بغيره اذلنا الله
Telah berkata Saidina Umar al-Khattab Radiallahu anhu : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah.
This post has been edited by Geekspro: 06 January 2011 - 12:57 PM
#6
Posted 06 January 2011 - 02:25 PM
juga terima kasih kpd zunita dan geekspro..
"Hitung-hitunglah dirimu sebelum dihitung oleh Yang Maha Menghitung"
"Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah. "
maha suci Allah..
#7
Posted 06 January 2011 - 05:34 PM
bagaimana pula dengan Syaidina Uthman ? Kisahnya seakan terpinggir. Kalau boleh, kita highlightkan juga khalifah yang ni. Biar para sahabat dijadikan ikutan sepanjang zaman. Kalau boleh, ceritakan pada kami kisah Uthman dan ketokohan beliau.
#8
Posted 06 January 2011 - 05:59 PM
rusydee artz, on 06 January 2011 - 05:34 PM, said:
Mungkin terpinggir dalam kalangan orang-orang biasa tapi tidak bagi ahli ilmu..
Kalau nak bincang tentang Saidina Uthman Ibn Affan kena buka thread baru..
#9
Posted 07 January 2011 - 01:11 AM
rusydee artz, on 06 January 2011 - 05:34 PM, said:
bagaimana pula dengan Syaidina Uthman ? Kisahnya seakan terpinggir. Kalau boleh, kita highlightkan juga khalifah yang ni. Biar para sahabat dijadikan ikutan sepanjang zaman. Kalau boleh, ceritakan pada kami kisah Uthman dan ketokohan beliau.
mungkin bro dee boleh bukak topik Sayidina Uthman utk tatapan kita semua?
#10
Posted 07 January 2011 - 04:49 AM
tak perlu saya bukak topik kot. Saya dah baca info2 beliau di laman2 sesawang yang wujud di internet. Lebih kurang sama je isi dalam website tersebut. Berkisar tentang 'Dzun Nurain', sikap beliau yg amat pemalu disebutkan dalam beberapa hadis, dermawan unggul, teman Nabi di dalam syurga, kronikal tragedi pembunuhan beliau, rasam Uthmani, dan beberapa isu lain yg boleh tuan2 dan puan2 baca sendiri dalam B.Melayu di scribd KuHawa Ku Abd Hamid. Selamat menelaah kembali.
Sila2 kembali ke topik Umar al-Khattab kembali. Mungkin ada info baru bagaimana metodologi pemikiran Saiyidina Umar kita ni, atau boleh wujudkan kajian2 ilmiah tentang "Manhaj Dakwah Umar dan penerapan manhaj beliau di Malaysia: Tumpuan terhadap kesatuan umat Islam di Malaysia," mungkin.
This post has been edited by rusydee artz: 07 January 2011 - 04:55 AM
#11
Posted 07 January 2011 - 10:17 AM
Pengenalan:Khalifah Umar b. Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.
Sirah Umar Al-Khattab: Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.
Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.
Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya. Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari
kalangan sahabat dan orang-orang ramai.
Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.
#12
Posted 07 January 2011 - 10:18 AM
A. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
- Membentuk Majlis Syura Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan
yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
- Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas
tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
B. Pembaharuan dalam bidang ekonomi.
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
C. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
- Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar
negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
- Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
- Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam
al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al- Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
D. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
- Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah. Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu.
Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Rumusan:
Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yaang banyak melakukan pembaharuan kepada negara Islam. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada Saidina Uthman b. Affan ra.
Sumber: http://web.utm.my/ms...0al-khattab.pdf
#13
Posted 07 January 2011 - 12:14 PM
Isteri Ashim ini digelar Ummu Ashim. Hasil perkahwinan dua orang ini, lahirnya seorang anak gadis.
Anak gadis Ummu Ashim ini kemudian bernikah dgn salah seorang gabenor Daulah Bani Umaiyyah yang bernama Abdul Aziz ibn Marwan.
Daripada hasil perkahwinan inilah lahirnya seorang mujaddid kurun pertama Hijrah sehingga beliau digelarkan Khulafa Rasyidin yang kelima.
Beliau adalah Umar ibn Abdul Aziz Rahimahullahu Ta'ala
#14
Posted 28 February 2011 - 02:40 PM
Saidina Umar VS Jin
"Zaman Sahabat dahulu ranking terhebat penggusti di Madinah jatuh kepada Rasulullah S.A.W, diikuti Khalid al Walid dan Saidina Umar. Mereka inilah panglima perang yang hebat bertempur di medan perang demi menegakkan Islam di muka bumi ini."
Oklah, kali saya bebesar hati ingin menceritakan suatu kisah pada zaman sahabat dahulu. Cerita ini diolah sedikit. Saya mula mendengar cerita ini pun daripada adik saya, kemudian barulah mencari sumbernya.
Suatu ketika dahulu di kota Madinah diadakan pertandingan gusti. Kita sedia maklum bahawa jaguh gusti ketika itu semestinya Rasulullah, Khalid al Walid, Saidina Umar, Amru al Ash. Tetapi kali ini hanya Saidina Umar sahaja yang ambil bahagian. Saidina Umar sepatutnya boleh menang dengan mudah tetapi lawannya kali ini sangat hebat. Bukan dalam kalangan sahabat, tetapi.....
Perlawanan bermula, seperti biasa Saidina Umar yang sememangnya handal bergusti sudah tentu menang perlawanan demi perlawanan dan masuk ke peringkat akhir. Almaklumlah, Khalid al Walid tak masuk. Jika tidak, meranalah Saidina Umar.
Tiba-tiba Saidina Umar melihat seorang penggusti tercampak jauh daripada gelanggang. Dia mula berasa hairan dengan kekuatan seorang pemuda ini. Dia mampu menewaskan musuh dengan mudah, sekali libas sahaja.
Sampailah giliran Saidina Umar melawan pemuda itu. Mereka bertemu di pusingan akhir. Saidina Umar menyerang, tetapi serangannya begitu senang dipatahkan. Saidina Umar hampir tercampak dek serangan musuhnya yang terlampau hebat.Dia hampir kalah.
Saidina Umar mula berikhtiar, mencari cara untuk mengalahkan lawannya. Saidina Umar tidak mahu kenangan pahit ketika kalah kepada Khalid al Walid sewaktu mereka kecil dahulu berulang.
Kemudian dia sedar akan sesuatu. Saidina Umar mula mengatur serangan. Dia melompat ke arah pemuda gagah itu. Setelah dua minit bergelut, pemuda gagah itu serta merta rebah. Saidina Umar berjaya mengalahkan pemuda itu.
Setelah upacara penyampaian hadiah berakhir, Pemuda itu datang kepada Saidina Umar. Pemuda itu berkata,
"Kau main tipu, mana adil.."
Saidina Umar tergelak kecil,
"Mana ada tipu, adilllah itu."
Pemuda itu berkata pula,
"Kau baca ayat Qursi, memanglah aku kalah."
Pemuda itu sebenarnya adalah jin. Jin yang menyamar jadi manusia. Kesimpulannya, jin ini lemah dengan ayat Qursi jadi amalkanlah ya untuk mengelakkan gangguan jin ini.
InsyaAllah..
Al Tabrani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya al Dalail riwayat daripada Ibnu Mas'ud,
Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata,
"Apakah engkau boleh berlawan denganku? Kalau boleh mengalahkan aku, akan ku ajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah dan syaitan tidak akan masuk".Maka berlawanlah mereka berdua.Akhirnya jin itu dapat dikalahkan.Maka jin itu berkata,"Engkau baca ayat al-Kursi,kerana kalau dibaca syaitan akan keluar daripada rumah itu." Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa lagi kalau bukan Saidina Umar al Khattab.
Yosh!
sumber daripada blog saya,
www.tukinmyteam.blogspot.com
#15
Posted 17 April 2011 - 08:44 AM
thekatyusha, on 06 January 2011 - 05:00 AM, said:
Beliau jugak digelar kunci fitnah sebagaimana yang diceritakan oleh Huzaifah al-Yamani.
Begitu jugak dgn Khalid al-Walid apabila berkata kepada orang ramai akan pemecatanannya itu sebagai fitnah ke atas dirinya:-
"Selagi adanya Umar, tidak akan berlaku fitnah ke atas umat Islam"
ada x cerita pasal ini? saya kurng ilmu

Help











