As'salammualaikum Banyak
Apakhabar iman dan jasad hari ini banyak

? Kami sentiasa mendoakan banyak menjadi insan yang TERBAIK dan mendapat petunjuk serta hidayah dalam membaiki diri mnejadi insan yang beriman. Kami memohon maaf kerna ada beberapa tindakan dilakukan menyebabkan banyak terasa. Kami lakukan adalah untuk kebaikan user2x lain yang membaca. Terima kasih sahabat2x saya yang membantu dalam hal ini.
Terima kasih pada banyak kerna bertanya dalam ruangan yang betul, cuma kami perlu betulkan beberapa ayat agar mudah difahami. Bersyukur padaNYA kerna setiap persoalan, ada jawapan yang TERBAIK diberikan olehNYA. SubhanAllah....
Syukur dan Alhamdulillah banyak sudah semakin dewasa dan sudah balight. Tahniah ! Menandakan banyak sudah semakin dewasa dan
dalam proses mengenal diri sendiri. Dalam proses ini, banyak akan mempersoalkan pelbagai perkara kerna ada dalam sifat "ingin tahu" dalam sesuatu perkara itu. Sifat ini, ada sifat semula jadi setiap semua insan dalam proses peralihan dari zaman kanaka - kanak ke alam remaja. Sebenarnya banyak, tidak salah kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu walaupun perkara tersebut haram cuma kita perlu ada guru supaya makluamt dan tindkan yang kita perolehi benar dan huraian yang lebih jelas berkaitan jawanpan yang kita ingin tahu agar tindak dilakukan tidak bertentangkan dengan islam.
Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.
Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.
Sebenarnya dalam islam, amat mengalakan kita mengenal diri kita bermaksud mengenal fizikal, mental dan rohani diri sendiri kerna dari situ akan terasa kebesaran Allah dalam diri kita. Banyak, boleh mendapat info tersebut dengan membaca buku Kesihatan Resproduksi Remaja dimana akan menerangkan mengenal dan fungsi tubuh badan kita dari perspektif sains. Dalam sesuatu perkara tidak paham elok rujuk dengan orang yang arif tentang hal tersebut supaya tindakan di lakukan tidak bertentangan dengan agama.
Mengikut maklumat diberikan oleh banyak, tindakan dilakukan belum ketahap onani kerna tidak merangsang kemaluan dengan menggunakan apa2x barang dan anggota tubuh badan. Cuma banyak mengalami masalah, mudah
MERANGSANG diri kearah melakukan maksiat dengan mewujudkan imej2x dalam minda sehingga tubuh badan banyak mampu mengeluarkan air mazi. Bagi pandangan saya, keadaan ini sudah menjadi kritikal jika tidak dibendung dari awal. Untuk maklumat banyak, selalunya yang menjadi keadaan seperti ini adalah orang yang sudah berkahwin.Sekiranya tidak jaga pada peringkat awal, tidak mustahil boleh mendorong banyak melakukan onani sehingga kepada zina. Di tambah pula, banyak melihat gambar berunsurkan seks dalam keadaan datang haid bertambah mudah terangsang dan dorongan kerana syaitan sangat hampir pada banyak kerna pada masa itu tidak boleh solat. Betul x ? Bagi saya masa keadaan datang haid perlu lebih dekatkan diri lagi padaNYA kerna syaitan lebih hampir diri kita. Masa kedatangan haid, diri kita mula jauh padaNYA kerna tidak boleh solat. Dalam kedatangan haid digalakan banyakan berzikir, istiqfar dan melakukan perbuatan yang lebih dekat padaNYA. Pada peringkat awalnya terjadi pada banyak, mula2x ingin tahu - membuat imej - melihat dan menonton vedio ttg seks - cepat terangsang - keluar air mazi. Dalam hal ini, banyak boleh mengurangkan masalah tersebut dengan langkah2x yang kami senaraikan di bawah.
Antara tindakan dilakukan setelah merangsang nafsu ialah :-
1. Ia akan memenuhi tuntutan nafsu dengan melakukan zina
2. Mengurangi luapan emosinya dengan melakukan onani
BAHAYA kesan
ONANI
1. Fizikal
Ia mudah diserang penyakit antaranya hilang stamina, jantung berdebar - debar, penglihatan dan ingatan menjadi lemah,
alat kemaluan menjadi masalah, radang paru - paru, mempengaruhi peredaran darah dan menyebabkan kekurangan darah.
2. Seksual
Lemah syawatnya, boleh menjadi mandul
3. Kejiwaan dan Moral
Mudah mengalami gangguan jiwa seperti pelupa, lemah ingatan, senang menyendiri, pemalu, pengecut, pemalas, pemurung,
selalu melakukan dosa, melemahkan kemahuan dan menghancurkan pribadi
Beberapa panduan boleh diambil untuk mengubati onani :-
1. Mendapatkan kaunseling dari yang arif dalam bidang ini.
2. Digalakan puasa Sunat pada hari( isnin dan khamis )
3. Menghindarkan diri dari segala perbuatan merangsangkan
Jauhkan diri dari sebarang bentuk tindakan dan perbuatan boleh mendorongkan diri merangsang nafsu. Lagi bagus, imejkan
gamba merangsang nafsu kepada kesan buruk melakukan seks bukan merasai keseronokan dan keindahan meningkatkan nafsu.
Contoh gambarkan kemaluan menjadi barah, ada nanah, bau busuk, dijangkiti kuman n more supaya tidak melakukan perbuatan
tersebut
4. Mengisi kekosongan dengan aktiviti yang positif
5. Pergaulan yang baik
"Teman - teman akrab pada hari itu sebahagian menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang
taqwa" ( Az - Zukhruf : 67 )
6. Mendapatkan kaedah rawatan islam.
7. Mengikut pandangan medik
Dinasihakan para sarjana ilmu kesihatan dan para doktor dalam meringankan
tekanan syahwad adalah :-
a. Banyakan berolahraga dan latihan fizikal
b. Sebahagian pendapat, mengurangkan yang dapat membangkitkan syahwat
seperti kopi dan teh
c. Mengurangkan daging berwarna merah dan putih
d. Tidak tidur terlentang @ telungkup. Dianjurkan tidur di atas sisi
tubuh bagian kanan sambil menghadap kiblat
Saya ingin memohon maaf jika ada perbuatan atau pertuturan ada menyinggung mana2x pihak sama ada sedar atau tidak. Sebenarnya dalam dalam persoalan seperti ini sukar dijawab dalam bentuk seperti ini, boleh hubungi saya terus untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut sama ada PM,sms dan call saya.
Disini saya ada bagi hadiah special untuk banyak. Jika boleh hadiah tersebut letak dalam handphoen dan dengar setiap hari. InsyAllah ia juga dpt memberi semangat pada banyak untuk berubah kearah kebaikan....
Hadiah 1
Hadiah 2
Hadiah 3
Hadiah 4
Fahzan Adli Borhan
0193418423
Rujukan bahan
Rujukan buku Pendidikan Anak dalam Islam karangan Dr Abdullah Nashih Ulwan
Blog Ust Nor Amin