Komuniti iluvislam.com : Pandangan Dalam Memilih Kerjaya/Kursus Di Universiti/College Dan How To Live A Real Life - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Pandangan Dalam Memilih Kerjaya/Kursus Di Universiti/College Dan How To Live A Real Life

#1 User is offline   Azaz 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 09-February 11

Posted 10 February 2011 - 12:15 AM

Bismillahirahmannirrahim,dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani.

After 2years reading Iluvislam and reading other people post in this forum,hati saya terdetik untuk melontarkan pandangan saya di bahagian ini.Mungkin entry ini akan menjadi sedikit merapu tapi insya allah saya akan cuba sampaikan dengan sebaik mungkin.Susungguhnya semua ini hanyalah pandangan dan pendapat peribadi saya.

Kita berada di SEKOLAH dari darjah 1 sehingga tingkatan 5/6,ini bermakna kita menghabiskan masa selama 11tahun atau lebih di sekolah dengan tujuan menuntut ilmu dan memperolehi keputusan cemerlang untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke arah bidang professional sama ada di dalam negara mahupun luar negara.Saya yakin bahawa ramai dalam kalangan kita yang begitu berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Ye lah,siapa yang tak nak sambung belajar ke oversea kan? :D .

Ok,saya mulakan dengan sekolah.Kerana,dari sekolah lah kita diajar segala asas dalam pelajaran serta pergaulan.Di sekolah juga kita mengenal erti persahabatan serta belajar mengenali kerjaya yang akan kita pilih apabila selesai SPM.Saya adalah lepasan SPM tahun 2008 dan merupakan seorang pelajar SBP.Saya akui banyak kelebihan yang saya perolehi namun tidak kurang juga dengan kekurangan.Sebagai contoh,saya ambil contoh dari kawan kawan seperjuangan saya di SBP,kebanyakan mereka tidak dapat mengimbangi pergaulan.Contohnya,setelah memasuki SBP,mereka kurang atau tidak bergaul dengan rakan rakan sekolah rendah mereka.Maka hubungan mereka dengan rakan sekolah rendah menjadi renggang,dan itu membataskan hubungan mereka dengan budaya pelajar sekolah harian.Seperti yang kita tahu,pelajar SBP kebanyakannya mempunyai tradisi mereka masing masing,yang ternyata berbeza dengan pelajar sekolah harian biasa.Dan di SBP juga,kepala pelajar sudah di BRAIN WASH kan untuk belajar bersungguh sungguh agar mendapat scholarship dan menjadi jurutera/doktor atau kerjaya kerjaya professional yang lain.Secara tidak langsung,telah diterapkan dan di stereotype kan bahawa kerjaya professional seperti itu adalah perkara terbaik selepas tamatnya tingkatan 5.

Bagi kita,kerjaya professional seperti doktor dan jurutera dapat memberikan masa depan yang cerah serta gaji yang lumayan,namun adakah kita sedar bahawa berapa ramai lulusan kejuruteraan yang masih menganggur atau pun hanya menerima gaji dalam lingkungan RM2k sebulan sahaja.Ramai juga dalam kalangan lepasan Universiti luar negara yang masih menganggur.Kerjaya sebagai doktor pula masih tinggi permintaannya namun sanggupkan dan minatkah kita untuk menjadi doktor?Menjadi seorang doktor tanpa memiliki kemahiran atau 'specialist' hanya melayakkan kita untuk dipanggil sebagai medical officer,iaitu doktor seperti di Poliklinik.Dan gaji MA juga hanya dalam lingkungan RM2-3k sebulan.Masih juga kurang lumayan dalam keadaan ekonomi kita yang ditekan oleh kapitalisma dan inflasi yang semakin meningkat.

Selepas SPM,rumah kita akan dihujani surat tawaran dari IPTS yang menawarkan kita untuk melanjutkan pelajaran ke tempat mereka.Kita diumpan dengan tuition fees yang murah serta tawaran pinjaman PTPTN.
Bagaimanakah kita hendak memilih kursus yang sesuai ya?Saya yakin ramai dalam kalangan kita yang pening untuk memilih jurusan apa.Nasihat saya,pilihlah apa yang anda minati dan pergilah ke arah kemahiran atau pun terus ke arah kerjaya yang anda minati.Sekiranya anda ingin menjadi seorang jurutera,anda harus fikir,anda hendak menjadi jurutera APA?Adakah automotif?Perkapalan?Kapal terbang?Zaman sekarang kita sudah amat canggih,apabila kita taip di GOOGLE,banyak persoalan kita sudah terjawab.Maka gunalah kemudahan yang kita ada sebaik baiknya.

Selepas SPM,sebahagian daripada kita juga ditawarkan untuk ke pusat matrikulasi/pusat asasi dan sebagainya yang menyediakan kursus asas atau jalan singkat untuk ke DEGREE.Ramai juga dalam kalangan kita yang termakan umpan dengan jalan cepat ke DEGREE dengan harapan dapat menamatkan pengajian dengan cepat dan dapat juga cepat bekerja and earn some money.Mengapa saya katakan ramai yang termakan umpan?Matrikulasi/Asasi/Foundation adalah agak sukar untuk sesetengah orang.Kita akan sibuk dengan lecture,tutor serta kita juga akan dikuarantinkan di asrama.Sesetengah orang gagal untuk Catch Up dan akhirnya tersungkur dengan mendapat CGPA yang agak teruk di akhir semester.Dengan keputusan yang teruk,banyak universiti yang tidak menerima permohonan dan akhirnya,ramai yang terpaksa repeat semester atau pun menyambung pelajaran ke peringkat DIPLOMA.Seperti yang kita tahu,diploma adalah satu tingkat di bawah ijazah,dan gaji untuk diploma juga kurang sedikit berbanding dengan gaji peringkat ijazah.


Diploma dahulu atau terus ke Ijazah/Degree dengan mengambil foundation?

Seperti yang kita sedia maklum,gaji untuk kelulusan degree adalah lebih tinggi dari kelulusan diploma dan ramai juga orang yang memandang tinggi orang yang memiliki degree.Untuk memperolehi degree,kita akan ada 2 pathways iaitu melalui diploma atau masuk ke matrikulasi/asasi/foundation.Ramai yang bertanggapan bahawa dengan mengambil diploma kita akan rugi banyak masa dan sebagainya.Bagi saya pula,adalah lebih bagus sekiranya bermula dengan diploma kerana diploma tidaklah sesukar matrikulasi dan sebagainya.Sekarang juga kita memiliki pilihan diploma dalam bidang professional yang high demand seperti diploma in nursing/radiotherapish/aircraft engineering dan sebagainya.Kelebihan dengan mengambil diploma terlebih dahulu,setelah menamatkan pengajian,kita juga boleh bekerja terlebih dahulu untuk mengambil pengalaman,selain itu,kita juga mempunyai kelebihan memiliki kelulusan untuk bekerja part time dalam bidang yang kita masuki.Seperti contoh,apabila memiliki diploma in graphic design,kita boleh menjadi graphic designer separuh masa di sambil menyambung pelajaran ke peringkat degree.Setelah menghabiskan degree,kita sudah mempunyai pengalaman kerja dan semestinya bakal majikan kita akan mencari orang yang sudah memiliki pengalaman kan?Maka,di situlah terletaknya kelebihan bermula dengan diploma.

Mengapa perlu pilih kerjaya professional sahaja sedangkan seni kulinari atau art juga mempunyai demand yang tinggi?
Satu lagi kesilapan segelintir orang adalah memandang kursus seperti seni kulinari dan art and design sebagai kursus yang tidak berguna.Sedangkan kedua dua ini turut mempunyai demand yang tinggi sekarang ini.Pelajar yang mengambil kursus seni kulinari mempunyai peluang yang cerah kerana bekerja dalam sektor penyediaan makanan adalah sangat penting kerana semua orang MAKAN.Mempunyai kemahiran dalam bidang seni kulinari juga amat berbaloi kerana sekiranya mempunyai kewangan yang cukup,kita akan dapat membuka restoran.Perniagaan kedai makan jarang gagal selagi masakan kita enak dan lokasi yang strategik serta harga yang berpatutan.Art and design pula membolehkan kita menjadi designer/planner untuk lanskap serta rumah.Kita juga boleh membuka firma sendiri sekiranya kita sudah dikenali ramai.


Bukalah mata dan minda kita dalam mencari course di Universiti/College.Apa yang penting adalah ikutlah minat kita cenderung ke arah mana,tidak semestinya cenderung ke arah kursus bukan professional tidak menjamn masa depan.Dengan kehidupan kita sekarang ini,apa apa kursus berguna sekiranya kita pandai mengambil peluang.Insya allah di topic ini juga kita boleh berbincang mengenai kursus kursus yang ditawarkan sekarang.


Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.Wassalam :)
1

#2 User is offline   Suami Setia 

  • Group: Members
  • Posts: 650
  • Joined: 08-April 10

Posted 10 February 2011 - 01:20 AM

saya tak suka anak saya jadi doktor <_<
0

#3 User is offline   Azaz 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 09-February 11

Posted 10 February 2011 - 01:46 AM

View PostSuami Setia, on 10 February 2011 - 01:20 AM, said:

saya tak suka anak saya jadi doktor <_<


hehe.kenapa bro?
as i stated kat atas tu,tak perlu pun nak berebut rebut jadi doktor.banyak lagi kerjaya lain menanti sekarang ni :)
0

#4 User is offline   Suami Setia 

  • Group: Members
  • Posts: 650
  • Joined: 08-April 10

Posted 10 February 2011 - 01:55 AM

View PostAzaz, on 10 February 2011 - 01:46 AM, said:

hehe.kenapa bro?
as i stated kat atas tu,tak perlu pun nak berebut rebut jadi doktor.banyak lagi kerjaya lain menanti sekarang ni :)


kenapa?rahsia :lol:
saya setuju.banyak lagi kerjaya lain di zaman sekarang.
0

#5 User is offline   Azaz 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 09-February 11

Posted 10 February 2011 - 02:06 AM

View PostSuami Setia, on 10 February 2011 - 01:55 AM, said:

kenapa?rahsia :lol: saya setuju.banyak lagi kerjaya lain di zaman sekarang.


pokok pangkalnya,minat tu yang penting.Baru dapat feel kan? :D
0

#6 User is offline   rossel 

  • Group: Members
  • Posts: 362
  • Joined: 01-September 10

Posted 10 February 2011 - 07:57 AM

part ke-2 mana? tentang

Quote

How To Live A Real Life

0

#7 User is offline   Suami Setia 

  • Group: Members
  • Posts: 650
  • Joined: 08-April 10

Posted 10 February 2011 - 08:45 AM

View PostAzaz, on 10 February 2011 - 02:06 AM, said:

pokok pangkalnya,minat tu yang penting.Baru dapat feel kan? :D


minat boleh dipupuk.
minat juga boleh hilang.
0

#8 User is offline   kakoru 

  • Group: Members
  • Posts: 315
  • Joined: 11-November 09
  • LocationKL

Posted 10 February 2011 - 11:06 PM

Lepas kerja, kumpul duit banyak2, buat investment, berhenti kerja, duit masuk sendiri tanpa kerja and be a happy jobless guy and travel all over the world. I want this kind of life.
0

#9 User is offline   Azaz 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 09-February 11

Posted 11 February 2011 - 12:34 PM

View Postkakoru, on 10 February 2011 - 11:06 PM, said:

Lepas kerja, kumpul duit banyak2, buat investment, berhenti kerja, duit masuk sendiri tanpa kerja and be a happy jobless guy and travel all over the world. I want this kind of life.



bukan senang woo nak kumpul duit gitu gitu je.hehehe
nak beranakkan duit banyak cara dah sekarang.

Overdraft+ASB+Fixed deposit kalau ada modal banyak memang senang la hidup.
Kalau ada beli emas 2-3 tahun lepas lagi la gila gila untung.
hehehe :lol: :lol:
0

#10 User is offline   kakoru 

  • Group: Members
  • Posts: 315
  • Joined: 11-November 09
  • LocationKL

Posted 11 February 2011 - 01:20 PM

View PostAzaz, on 11 February 2011 - 12:34 PM, said:

bukan senang woo nak kumpul duit gitu gitu je.hehehe
nak beranakkan duit banyak cara dah sekarang.

Overdraft+ASB+Fixed deposit kalau ada modal banyak memang senang la hidup.
Kalau ada beli emas 2-3 tahun lepas lagi la gila gila untung.
hehehe :lol: :lol:



unit trust ade..public mutual ade..mcm2 ade..takde mknenye nak keje smpai ke tua..


0

#11 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 11 February 2011 - 05:00 PM

View Postkakoru, on 10 February 2011 - 11:06 PM, said:

Lepas kerja, kumpul duit banyak2, buat investment, berhenti kerja, duit masuk sendiri tanpa kerja and be a happy jobless guy and travel all over the world. I want this kind of life.



Westerners ramai yang buat gitu.. TErmasuk my previous Assistant Manager - West Virgina, US..

Tapi keadaan kita yang sesssak senantiasa...

p/s: Malaysia - negara yang banyak cukai..
0

#12 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 11 February 2011 - 06:13 PM

Setiap tahun, ada beribu-ribu lepasan ijazah yang grad. Ada beribu yang dapat first class degree. Ada beribu yang outstanding. Tapi dalam beribu-ribu yang grad tu, ada beribu yang tak perform. Daripada yang dapat first class degree tu, ada beribu yang akan dapat menyesal.
Daripada beribu yang outstanding tu, ada beribu yang akan jalani kehidupan "hidup untuk kerja".

Ada beribu orang yang miskin, yang fikir nak jadi kaya.
Ada beribu orang yang kaya, tapi tetap rasa masih belum kaya.
Ada beribu orang yang tak payah nak susah payah cari kekayaan, sebab dah dilahirkan atas dulang perak, tapi tetap rasa tak kaya-kaya.

Hidup takkan senang kalau belajar hanya untuk jadi kaya. Kamu hanya akan menghabiskan hidupmu mengejar sesuatu yang takkan dapat kamu puaskan.

Quote

Kalau ada beli emas 2-3 tahun lepas lagi la gila gila untung.


Pelaburan emas? Kompem halal?
1

#13 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 11 February 2011 - 06:25 PM

View Postthekatyusha, on 11 February 2011 - 05:00 PM, said:

p/s: Malaysia - negara yang banyak cukai..



Compare Germany dengan Malaysia, Germany lagi banyak cukai kene bayar. Posted Image *pengsan*
0

#14 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 11 February 2011 - 07:12 PM

View Postlebah87, on 11 February 2011 - 06:25 PM, said:

Compare Germany dengan Malaysia, Germany lagi banyak cukai kene bayar. Posted Image *pengsan*


hoh! Yea ke?

German bukan negara republik ke?
0

#15 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 13 February 2011 - 07:54 AM

salam wbt..

pada pendapat saya, dalam memilih kerja, mesti ada minat dan boleh hasilkan wang. itu kalu bleh dapat. tapi tk semua dpt apa yg dia nak.. so, dalam memilih kerjaya/kursus, mesti utamakan yg boleh menjamin masa depan, boleh menjana wang, ada kompeni nak hire kita, ada peluang atau tempat untuk bekerja dan sebagainya..

kalu dulu2 femes dgn jurutera, doktor, guru etc. skang rsanya masyarakat dah buka mata dan dapat melihat dengan lebih jelas, skop kerja ni luas, macam2 kerja ada, as long as kita mampu dan mahu.. ada kebolehan, kepakaran, dan diperlukan utk mendatangkan keuntungan kepada majikan.. itu kalu kerja makan gaji lah, kalau nak kerja sendiri pun insyaAllah, byk jalan yg boleh dilalui..

kata ayah, ulat dalam batu pun boleh hidup. apapun, kita ni bukan ulat, hehe.. dalam quran berkali2 menyebut, rezeki itu milik Allah, Dia beri kepada sesiapa yg Dia mahu, dan Dia ambil dari sesiapa yang Dia mahu. oleh itu, dalam mengejar harta kekayaan, jangan sekali2 lupakan Allah.. moga kita tergolong dalam golongan yang 'diberi'..

wallahua'alam.
1

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic