
Tarikh Nikah, Ada Yang Baik Buruk?
#1
Posted 12 February 2011 - 03:37 PM
Baru baru nie, keluarga telah bersetuju akan satu tarikh untuk anaknya. Dan kami semua brsetuju.
last minute keluarga belah lelaki tak setuju akan tarikh itu. menurut mereka seorang alim ulamak di kawasan mereka mengatakan tarikh itu tidak baik dan beliau mengesyorkan satu tarikh.
Nak tak nak keluarga belah perempuan terpaksa bersetuju memandangkan itu kata dr alim ulamak. Agak menyusahkan pd pihak kami jugaklah, iyealah...tak semua dapat balik maser tue, ngan cutinya dan pelbagai masalah lain.
Di sini saya nak tanya, mmg wujud ker hadis mengatakan ada tarikh baik atau buruk nie..?
Harap membantu..
#2
Posted 12 February 2011 - 07:16 PM
Saya tak pasti kalau memang wujud hari/ bulan/ tahun tertentu yang dilarang dalam Islam diadakan majlis penikahan. Sekadar yang saya ketahui, antara faktor yang menjadi pertimbangan pasangan mahupun keluarga sebelum menetapkan sesuatu tarikh yang bersesuaian adalah seperti cuti di mana semua ahli keluarga dapat berkumpul, ketersediaan zahir (termasuk kewangan) mahupun batin pasangan, dan lain- lain.
Dalam Islam semua hari adalah baik. Pada Zaman Jahiliyah dulu, masyarakat Arab mempercayai bahawa bernikah di bulan Syawal atau bulan-bulan haram seperti Muharram tidak baik dan akan mendatangkan bencana . Rasulullah SAW kemudian mengikis kayakinan tersebut dengan mengahwini Aisyah r.a pada bulan syawal. Beliau juga telah mengahwinkan puterinya Fatimah pada bulan safar atau sebagian riwayat mengatakan awal bulan Muharram.
Jika adapun mungkin berdasarkan kepercayaan atau pantang larang orang lama. Tapi dalam kes ini, pendapat yang dikeluarkan adalah melalui seorang alim ulama dan mungkin seorang alim ulama juga yang berhak untuk menjelaskan yang benar.
Allahu'alam.
#3
Posted 12 February 2011 - 10:07 PM
Pada pendapat saya, tak ada masalah nak buat akad nikah bila-bila masa sebab saya tak pernah pula dgr ada tarikh yg boleh/tidak utk bernikah.. Selalunya, org buat walimah ketika cuti sekolah, hari-hari kebesaran dlm Islam seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Maulidur Rasul, Maal Hijrah kerana pada waktu itu cuti so saudara mara dpt berkumpul, yang dekat mahupun yg jauh.. Apapun, saya nak share apa yg saya jumpa mengenai tarikh nikah ini..
Quote
Assalamualaikum, ustaz.
Saya ingin bertanya adakah terdapat dalil yang mengatakan terdapat hari2 tertentu dalam bulan islam yang tidak digalakkan bernikah kerana dikhuatiri akan ditimpa nahas? Ini kerana terdapat seorang imam yang mengatakan sedemikian. Sebagai contoh : tidak boleh bernikah pada hari Sabtu dan Ahad pada Bulan Zulhijah, Muharam dan Safar. Mohon jasa baik ustaz untuk membantu saya.
Sekian, terima kasih.
Quote
Wa`alaikumussalaam
Tak betul tu
Hari yang sunat ialah hari jumaat didepan khalayak ramai dimasjid
Bulan yang bagus ialah syawwaal atau sofar
Sumber: SINI
Boleh juga rujuk link INI utk membantu..
Wallahua'lam..
#4
Posted 12 February 2011 - 10:33 PM
Menurut rakan sekerja saya yang berbangsa India dan beragama Hindu, mereka ada bulan-bulan tertentu yang digalakkan untuk mendirikan rumah tangga. Antaranya bulan Februari sekarang nie. Kalau yang betul2 'kuat agama' dan berpegang teguh dengan pegangan mereka nie, ada yang sanggup bernikah jam 5 pagi kat kuil.. Sama juga dengan orang Cina yang beragama Buddha. Selalunya mereka akan ke tokong/kuil bertemu sami untuk dapatkan tarikh yang sesuai, elak sial dan sebagainya. Itu merekalah. Setahu saya, kita orang Islam, tiada larangan yang jelas tentang hari-hari yang diharamkan untuk bernikah.
Apapun, dalam ramai-ramai kawan saya yang beragama Islam, adalah seorang kes terpencil. Dia bernikah pada hari selasa kalau tak silap saya. agak aneh kerana hari tersebut adalah hari orang keluar bekerja dan tentulah susah untuk hadir ke majlis pernikahan.. tapi katanya, dia buat juga hari itu kerana mengikut nasihat 'orang tertentu' kerana kata orang itu, mendirikan rumah tangga bermakna melangkah ke alam baru, jadi, tak elok kalau dibuat pada penghujung bulan Islam, dan mereka buat pada hari selasa kerana jatuh pada 1 Rejab..Hari baru bulan baru, sesuai untuk memulakan hidup baru..
Maaf juga kerana saya tidaklah arif dalam bidang ini. Apapun, Islam ini mudah dan tak perlu kita susahkan diri kita dengan melakukan perkara2 yang tidak diajar oleh Rasulullah saw.. berpegang teguhlah kepada sunnahnya dan al-Quran, insyaAllah, selamat dunia akhirat..
Wallahua'alam.
#5
Posted 13 February 2011 - 02:31 PM
ummi_ainsyah, on 12 February 2011 - 03:37 PM, said:
Baru baru nie, keluarga telah bersetuju akan satu tarikh untuk anaknya. Dan kami semua brsetuju.
last minute keluarga belah lelaki tak setuju akan tarikh itu. menurut mereka seorang alim ulamak di kawasan mereka mengatakan tarikh itu tidak baik dan beliau mengesyorkan satu tarikh.
Nak tak nak keluarga belah perempuan terpaksa bersetuju memandangkan itu kata dr alim ulamak. Agak menyusahkan pd pihak kami jugaklah, iyealah...tak semua dapat balik maser tue, ngan cutinya dan pelbagai masalah lain.
Di sini saya nak tanya, mmg wujud ker hadis mengatakan ada tarikh baik atau buruk nie..?
Harap membantu..
Apabila diberikan kesempatan memilih hari yang baik melakukan sesuatu,
tentulah hari Jumaat sebagai penghulu hari.
Itu memang jelas adanya hujah yang benar.
tentang tarikh, tiada sebarang hujah yang benar tentang tarikh tertentu di katakan baik dan buruk,
maka,
tiadalah apa-apa yang hendak di turuti atau di pertahankan adanya tarikh baik dan tarikh buruk,
kerana, semuanyanya baik-baik belaka.
WALLAHU A'LAM.
#6
Posted 15 February 2011 - 02:56 PM
mcm kepercayaan orang cina yg tahun arnab tahun sesuai utk bernikah, mcm mana pulak?
mcm mana kalau ada org islam ikut kepercayaan mcm tu?
#7
Posted 17 February 2011 - 01:17 AM
Quote
mcm kepercayaan orang cina yg tahun arnab tahun sesuai utk bernikah, mcm mana pulak?
mcm mana kalau ada org islam ikut kepercayaan mcm tu?
Itu atas pilihan orang tersebutlah kerana mempercayai tilikan atau feng shui kaum buddha. Sebagai orang islam seperti yang dijelaskan oleh ukhuwah tidak ada masalah dengan hari dan tarikh ataupun bulan.
===============================
Tiba-tiba teringat dulu saya pernah pergi rumah mak long kawan saya dia keluarkan kitab untuk melihat jodoh, ditanyanya saya tentang tarikh lahir saya kemudian di padankan dengan kawan lelaki saya untuk melihat sama ada sesuai atau tidak. Saya pada mulanya tak nak namun setelah di paksa oleh kawan saya dan demi menjaga hati mak cik tersebut saya main reka tarikh lelaki , lepas tu adala tafsiran-tafsiranya. Kemudian di beri apa yang patut saya buat dan batu jenis apa patut saya pakai untuk mengelakkan bala, sepanjang perjalanan balik saya tenangkan hati dengan berkata huhu..
sambil berfikir drive balik saya rasa amalan-amalan sebegini mulanya di sebabkan oleh nenek moyang kita dulunya berbangsa agama hindu namun apabila islam datang budaya dan adat itu masih tidak dikikis dan diwarisi secara turun temurun. Bebekal dengan sikap orang melayu yang suka menjaga adat dan juga malas mencari kebenaran maka segalla cakap-cakap dan adat turun temurun di turuti secara terus. Wallahualam.
------------------------------------------------
Bila bercakap tentang tarikh ni saya teringat satu thread di mana saya dan bro kat dengan budak anggur A.K.A top 1 Masalah Menetapkan Tarikh Nikah
Agaknyalah mamat tu dah nikah ke belum tahun 2009 masa aku mula-mula aktif kat sini, masa tu dok rock lagi haha..
Quote
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu
haha bila la eden boleh nyayik lirik di atas kat mak eden.
suka doh usik mak aku, nanti dia marah-marah aku lagik sayang dia
#8
Posted 17 February 2011 - 05:58 AM
cqin, on 15 February 2011 - 02:56 PM, said:
mcm kepercayaan orang cina yg tahun arnab tahun sesuai utk bernikah, mcm mana pulak?
mcm mana kalau ada org islam ikut kepercayaan mcm tu?
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati semuanya akan diminta pertangggungjawabannya” [ QS Al Isra’ : 36]
Kalau tak salah, orang Jawa pun ada tradisi 'menetukan tarikh pernikahan' yang dinamakan 'adat weton' ( betulkan jika saya salah). Selain tilikan daripada agama- agama lain seperti Buddha, Hindhu dsb beberapa peristiwa/ upacara juga sering dikaitkan dengan adat orang- orang lama termasuk menentukan tarikh baik/ buruk untuk melangsungkan perkahwinan walaupun dalam agama Islam sendiri tidak Allah tetapkan suatu hari/ bulan/ tahun itu 'malang' hingga akhir zaman.
Quote
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?[QS. AL-Maidah : 104]
Allahu'alam.
This post has been edited by UkhwAh: 17 February 2011 - 06:32 AM
#9
Posted 17 February 2011 - 08:05 AM
UkhwAh, on 17 February 2011 - 05:58 AM, said:
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?[QS. AL-Maidah : 104]
Best ayat ni, sesuai utk membedal orang2 lama yang degil dan cengil
p/s : Saya cuma menyibuk
#10
Posted 17 February 2011 - 10:17 AM
Pada pendapat saya tidak ada hari tertentu dalam islam dilarang bernikah. Tapi yang lebih afdal hari Jumaat.Hari Jumaat hari kebesaran umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w bernikah dengan Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah pada hari Jumaat.
Cuba ummi_ainsyah bertanya pada pihak perempuan, kenapa seorang alim ulamak di kawasan mereka mengatakan tarikh itu tidak baik? Apa hujah mereka.
#11
Posted 17 February 2011 - 11:04 AM
#12
Posted 24 February 2011 - 09:24 PM
Zunita Mohd Nasir, on 17 February 2011 - 10:17 AM, said:
Pada pendapat saya tidak ada hari tertentu dalam islam dilarang bernikah. Tapi yang lebih afdal hari Jumaat.Hari Jumaat hari kebesaran umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w bernikah dengan Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah pada hari Jumaat.
Cuba ummi_ainsyah bertanya pada pihak perempuan, kenapa seorang alim ulamak di kawasan mereka mengatakan tarikh itu tidak baik? Apa hujah mereka.
Harus yang memberi pendapat berkenaan bukanlah 'alim ulamak',
mungkin pak imam atau ustadz-ustadz yang tinggal berdekatan atay yang mengajar di sekolah agama di tempatnya,
kebetulan; mereka pun tidak menempuh kuliah bab 'hari dan nikah' berpandukan Sunnah SAW,
maka;
haruslah mereka menerangkan dari apa yang mereka dengar dari nenekmoyang mereka.
WALLAHU A'LAM.

Help













