DamiaSweet, on 17 February 2011 - 07:28 PM, said:
Assalamualaikum,
Apa hukum tidur petang ye?
Ada yang kata boleh jadi 'gila'? Macam merepek pun ada.
Sebab saya sekolah pagi dan kadang-kadang balik je waktu petang rasa penat sangat.
Kalaupun saya buat kerja sekolah waktu petang, saya akan terlelap tiba-tiba. Sedar-sedar je dah pukul 6 ptg.
Kalau perlu sangat dan benar-benar tidur petang tu sesuatu yang bermanfaat bagi anda, maka tidur jelah.
Saya pernah menceritakan mengenai seorang tokoh fiqh dan hadis, al-Laith bin Saad. Beliau gemar tidur selepas asar. Lalu beliau ditegur rakannya kerana dikatakan tidur selepas asar membawa kepada kegilaan. Beliau menjawab, lebih kurang maksudnya “
Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana sebuah hadis yang cacat”. Hadis tersebut tidak sahih dari segi sanadnya, tetapi kalau sesiapa nak beramal (jangan tidur selepas asar) maka beramal lah tanpa menisbahkannya kepada Rasulullah. Namun, kita dapat lihat betapa seorang tokoh fiqh dan hadis pun memanfaatkan tidur, tidak mencelanya.
Yang jadi problemnya bila "tak tau nak buat apa petang ni, tidur jelah", yang ini baru betul-betul merugikan. Hehe. Tapi kalau tidur tu kerana penat sangat, dan membolehkan anda untuk fokus pada pelajaran di malam hari, maka tidur lah. Menunaikan hak badan juga merupakan satu sunnah, maka jika kena pada tempatnya tidur hatta selepas asar sekalipun boleh menjadi sunnah (mendapat pahala) lagi.
This post has been edited by Leokidx: 18 February 2011 - 07:52 PM