Saya ada buat survey ringkas berkenaan dengan penyediaan jadual waktu persekolahan. Saya dapati masih ada sebilangan besar guru yang menyediakan jadual waktu persekolahan secara manual, yang mana proses ini biasanya mengambil masa yang sangat panjang, sehingga kadang kala mencecah beberapa minggu.
Selain daripada penyediaan jadual waktu persekolahan secara manual, ada yang mengambil pendekatan menggunakan perisian tertentu, contohnya;
JADUAL WAKTU SEKOLAH - bantuan excel untuk penjadualan
SISTEM JADUAL WAKTU - bantuan excel untuk penjadualan
ASC TIMETABLE - penjadualan automatik
WINJAWS - penjadualan automatik
SCHOOL TIMETABLE SOFTWARE - tak pasti
SISTEM PENJADUALAN SEKOLAH - penjadualan automatik
Penggunaan perisian penjadualan sememangnya memudahkan proses penyediaan jadual, tapi harga jualan perisian yang tinggi kadang kala membuatkan guru @ sekolah memilih untuk menyediakan jadual secara manual. Sebagai contoh, ada di antara perisian yang saya sebutkan di atas yang dijual dengan harga melebihi RM 1000.
Jadi, saya bercadang untuk tulis satu perisian penjadualan, yang insyaAllah akan diberikan secara percuma kepada sekolah-sekolah dan sesiapa yang berminat. Memandangkan saya sedang menyiapkan projek lain pada masa ini, saya akan cuba mulakan projek ni paling awal Ogos 2011, dan paling lewat Disember 2011.
Bila ada masa & kalau ramai yang berminat, insyaAllah saya akan perincikan fungsi2 yang akan dimasukkan dalam perisian ni. Saya nak dapatkan input dan idea drpd ahli forum ILI ni yang biasa sediakan jadual waktu persekolahan @ biasa guna perisian penjadualan untuk mantapkan idea ni.

Page 1 of 1
Perisian: Penjadualan Waktu Persekolahan Automatik para guru & sesiapa yg berminat
Share this topic:
Page 1 of 1

Help






