Komuniti iluvislam.com : Apabila Membuka Aib Sendiri - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Apabila Membuka Aib Sendiri disebabkan remaja zaman sekarang tak malu membuka aib mereka

#1 User is offline   maKarov26 

  • Group: Members
  • Posts: 45
  • Joined: 21-February 11

Posted 24 March 2011 - 08:51 AM

assalamualaikum

hari ini saya ingin meluahkan tentang topik yang berkaitan dgn AIB.

sebagaimana saudara dan saudari sekalian tahu adalah sangat berdosa jika seseorang itu membuka aibnya sendiri kepada umum apatah lagi jika menyampaikan keaiban itu kepada orang lain dan disebarkan kepada lain.

saya berhasrat untuk membincangkan topik ini dengan lebih lanjut namun faktor kesibukan urusan kerja membantutkan usaha ini. adalaha diharapkan setiap di kalangan saudara dan saudari terutama yang sangat arif dalam hal agama dapat membantu memberikan pendapat dan seterusnya berusaha untuk menghapuskan budaya buruk ini yang sudah menular dalam masyarakat kita.

mungkin ada yang tanya kenapa saya pilih isu seperti ini. punca nya ialah jika anda semua terutama yang mempunyai senarai kawan yang ramai dalam laman web sosial anda sudah tentu akan bertemu dengan golongan seperti ini. tanpa segan silu membuka aib dengan meletakkan statement dalam wall mereka tentang apa dosa yang mereka lakukan semalam dan seolah2 mereka suka dengan dosa yang mereka lakukan itu.tak perlulah nak disebut dosa apa tapi tindakan mereka itu memang jelas membuka aib mereka sendiri.apabila iman dalam hati sudah tiada maka rosak dan binasa lah akhlak dan pincanglah amalan agama.
0

#2 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 25 March 2011 - 06:24 PM

View PostmaKarov26, on 24 March 2011 - 08:51 AM, said:

assalamualaikum

hari ini saya ingin meluahkan tentang topik yang berkaitan dgn AIB.

sebagaimana saudara dan saudari sekalian tahu adalah sangat berdosa jika seseorang itu membuka aibnya sendiri kepada umum apatah lagi jika menyampaikan keaiban itu kepada orang lain dan disebarkan kepada lain.

saya berhasrat untuk membincangkan topik ini dengan lebih lanjut namun faktor kesibukan urusan kerja membantutkan usaha ini. adalaha diharapkan setiap di kalangan saudara dan saudari terutama yang sangat arif dalam hal agama dapat membantu memberikan pendapat dan seterusnya berusaha untuk menghapuskan budaya buruk ini yang sudah menular dalam masyarakat kita.

mungkin ada yang tanya kenapa saya pilih isu seperti ini. punca nya ialah jika anda semua terutama yang mempunyai senarai kawan yang ramai dalam laman web sosial anda sudah tentu akan bertemu dengan golongan seperti ini. tanpa segan silu membuka aib dengan meletakkan statement dalam wall mereka tentang apa dosa yang mereka lakukan semalam dan seolah2 mereka suka dengan dosa yang mereka lakukan itu.tak perlulah nak disebut dosa apa tapi tindakan mereka itu memang jelas membuka aib mereka sendiri.apabila iman dalam hati sudah tiada maka rosak dan binasa lah akhlak dan pincanglah amalan agama.


Abg karov..

adik kat pun takut sangat..

Diorang kan, selalu cerita kat wall diorang, diorang dgn pakwe diorang kan, .... Nak cakap pun segan..
Ada gambar lagi..

Tapi kan, apa yang adik tahu kan, kalau kita dah buat dosa, kita kena mintak ampun dan jgn buat lagi.
Lepas tu kan, dosa tu kan, biar Allah je tahu...

Cenggitu ke bang karov?
:(

Adik risau sesangat tengok kawan adik cenggitu..
0

#3 User is offline   nikkun tagesei 

  • Group: Members
  • Posts: 417
  • Joined: 15-May 09

Posted 25 March 2011 - 06:35 PM

Quote

mungkin ada yang tanya kenapa saya pilih isu seperti ini. punca nya ialah jika anda semua terutama yang mempunyai senarai kawan yang ramai dalam laman web sosial anda sudah tentu akan bertemu dengan golongan seperti ini. tanpa segan silu membuka aib dengan meletakkan statement dalam wall mereka tentang apa dosa yang mereka lakukan semalam dan seolah2 mereka suka dengan dosa yang mereka lakukan itu.tak perlulah nak disebut dosa apa tapi tindakan mereka itu memang jelas membuka aib mereka sendiri.apabila iman dalam hati sudah tiada maka rosak dan binasa lah akhlak dan pincanglah amalan agama.


Salam. Betul. Kadang-kadang saya terfikir juga kewajaran posting-posting yang saya rasa tidak perlu dipost pun. Kita baca pun malu. Mungkin sebab dah terbiasa. Tapi, apabila dah terbiasa begini, bila dah berumah tangga, jangan cerita dalam kelambu pun nak cerita juga. Parah.

Quote

adik kat pun takut sangat..

Diorang kan, selalu cerita kat wall diorang, diorang dgn pakwe diorang kan, .... Nak cakap pun segan..
Ada gambar lagi..


Adik kat jangan ikot mereka. Kenapa mesti adik? B)
0

#4 User is offline   Ila Insyirah 

  • All-Malaysian Rejects
  • Group: Members
  • Posts: 922
  • Joined: 18-April 08
  • LocationLiverpool

Posted 25 March 2011 - 06:55 PM

Comelnya adik Kat, muda setelah usia. Haha.

Bagaimana situasinya jika, ok contoh, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, atau dua orang yang bersahabat, kadang-kadang kita cuba mengelakkan untuk berahsia antara satu sama lain. Jadi, mungkin akan menceritakan kisah silam yang barangkali mengaibkan.

Apakah itu dikira sebagai berlaku jujur, atau tetap dikira sebagai membuka aib sendiri, atau tidak mahu hipokrit atau malas nak berpura-pura baik atau taknak berlakon kononnya suci sangat atau bagaimana dengan "If you can't handle me at my worst, then you don't deserve me at my best." Perlu ke memaklumkan ke-worst-an tu?

Atau bagaimana pendapat kalian? Banyaknya atau.
0

#5 User is offline   nikkun tagesei 

  • Group: Members
  • Posts: 417
  • Joined: 15-May 09

Posted 25 March 2011 - 08:31 PM

Quote

Comelnya adik Kat, muda setelah usia. Haha.


Adik Kat tampak muda gitu.. haha

Quote

Bagaimana situasinya jika, ok contoh, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, atau dua orang yang bersahabat, kadang-kadang kita cuba mengelakkan untuk berahsia antara satu sama lain. Jadi, mungkin akan menceritakan kisah silam yang barangkali mengaibkan.


Jika situasi rumah tangga, suami-isteri rasanya perlu tahu identiti masing-masing, sejarah silam dan sebagainya. Supaya tidak timbul isu rumah tangga selepasnya. Kalau setakat suami-isteri, mungkin tidak lagi dikatakan membuka aib. Yang menjadi aib apabila si suami pergi buat posting di facebook seperti "lahh...rupanya isteri aku seorang...." lebih kurang. Itu baru dikatakan membuka aib kepada orang ramai.

Begitu juga sahabat. Jika dia menghadapi masalah/tekanan dia menceritakan kepada temannya. Itu masih tidak dikira aib. Yang menjadi aib apabila teman yang mendengar itu buat posting di facebook seperti "siapa nak tahu, si fulan ini kena....." lebih kurang. Baharulah dikatakan membuka aib.

Bagaimana jika diri sendiri membuka aib?

Boleh jadi. Katakan dia membuat posting "hari ini aku kentut depan majlis makan-makan...hahaha..lawak giler"... tak ke membuka aib diri sendiri? Apa orang akan pandang dia? Dia bangga buat macam itu? Dia buat lawak? It must be something wrong with him/her.

Aib lain adalah mendedah aurat, memuat naik gambar dikatakan handsome/gorgeous semata-mata dipuji. Saya kira ia adalah satu tindakan yang menjatuhkan maruah diri. Ada sesiapa tak setuju? :lol:

This post has been edited by nikkun tagesei: 25 March 2011 - 09:11 PM

1

#6 User is offline   ana_atiq 

  • Group: Members
  • Posts: 81
  • Joined: 29-August 09

Posted 25 March 2011 - 09:36 PM

Bak kate seorang kawan,orang sekarang dah tak malu pada perkara yg patut d malukan..

yang bab bangge buat dose tu memang tok sah cakap ler,.
yo yok oo je lebih padahal kawan die pun nyampah nak dengar..

hailo~~
0

#7 User is offline   nikkun tagesei 

  • Group: Members
  • Posts: 417
  • Joined: 15-May 09

Posted 26 March 2011 - 09:06 AM

Quote

Bak kate seorang kawan,orang sekarang dah tak malu pada perkara yg patut d malukan..

yang bab bangge buat dose tu memang tok sah cakap ler,.
yo yok oo je lebih padahal kawan die pun nyampah nak dengar..


Mungkin bagi dia lawak, pastu ramai pulak yang pergi like.. maka bila ramai orang like, sebab tu dia buat lagi lawak dia. :o
0

#8 User is offline   mus'ifah 

  • Group: Members
  • Posts: 257
  • Joined: 30-November 10
  • LocationJohor Bahru

Posted 26 March 2011 - 11:34 AM

bagi sesetengah manusia, dorang rasa bangga dengan apa yg dilakukan. perasaan malu itu hilang sebab dah dikuasai dengan rasa bangga diri. kita sebagai kawan kadang2 tak mampu nak menegur tapi paling tidak, kita boleh berpesan macamni ~ upload2 juga tapi jangan sampai ko nyesal kemudian hari nanti...

untuk cakap lebih2, diri sendiri belum tentu betul tapi saling ingat mengingati itu perlu sebagai ingatan untuk diri sendiri dan orang lain.

p/s: untuk adik2 sendiri, aku cakap direct je... 'korg nak letak pic bermacam2 ragam itu boleh tapi tolong remove semua pic2 along yer...' alhamdulillah dorang faham akan sindiran aku tu :)

This post has been edited by mus'ifah: 26 March 2011 - 11:38 AM

0

#9 User is offline   ana_atiq 

  • Group: Members
  • Posts: 81
  • Joined: 29-August 09

Posted 26 March 2011 - 07:17 PM

ape yang pernah saye dengar?

statement 1:
"kenapa ko pakai stoking? alimnye lah.."

aik! siape patut persoalkan siapa ni?


statement 2:
"kalau ko nak tau,aku paling BENCI nak dengar ceramah2,tazkirah semua."

kesiannya..

statement 3:
"aku memang tak suke tudung labuh..kat sekolah tu pun aku pakai tudung pendek je,tu pun nanti aku naik2 kan lagi.."

tak nak pakai tudung labuh xpe..tapi toksah jujur sangat tau!

harap ni bukan mengumpat..
yang baik ambik,yang jahat pi campak jau2..

sekian,terima kasih.
0

#10 User is offline   wardatul_shauqah 

  • ~Mujahidah Agama~
  • Group: Members
  • Posts: 1,506
  • Joined: 16-February 09

Posted 06 April 2011 - 09:40 PM

Assalamu'alaikum..
if kat forum ni,ramai yg menceritakan aib mereka sbb nak tnya pendapat.
Dan kita pun xkenal mereka2 ni.
erm xpe ke? :blink:
0

#11 User is offline   mus'ifah 

  • Group: Members
  • Posts: 257
  • Joined: 30-November 10
  • LocationJohor Bahru

Posted 08 April 2011 - 06:41 PM

Tak menjadi masalah kalau apa yang dikongsikan itu bertujuan untuk meminta pendapat ataupun sebagai pengajaran untuk orang lain. yang menjadi masalah, bila apa yang aib itu diceritakan untuk dibangga2kan tanpa ada rasa sedar diri.

ps: forum2 seperti KiLi ini sangat berguna bagi manusia2 yang tiada kekuatan untuk bercerita dengan orang sekeliling tentang sesuatu perkara @ masalah
0

#12 User is offline   Muhammady7 

  • Group: Members
  • Posts: 213
  • Joined: 07-April 11
  • LocationBatu Caves

Posted 08 April 2011 - 08:07 PM

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Dari Abu Hurairah RadhiyaLLAHU ‘Anhu Ia berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Setiap umatku dima’afkan kecuali orang yang 'Mujahirun'. Sesungguhnya termasuk orang Mujahirun ialah orang yang melakukan suatu perbuatan di malam hari, lalu tiba pagi dan Allah telah menutupinya dengan perbuatannya namun justru ia berkata”Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan begini dan begini, padahal malam itu Rabbnya telah menutupinya, namun tiba pagi ia membuka penutup Allah atas dirinya.” (Muttafaqun ‘alaihi)
0

#13 User is offline   naurah alwani 

  • 143734,4344?
  • Group: Members
  • Posts: 2,743
  • Joined: 13-May 09
  • LocationPenang

Posted 08 April 2011 - 09:39 PM

Bagaimana pula dengan orang yang menceritakan keaiban diri bertujuan untuk menyedarkan orang lain? Contohnya;

"Dalam minggu ni, dah beberapa aku tertinggal solat.. jangan jadi macam aku,".

"Korang jangan tipulah.. mesti korang pernah search pasal benda2 kotor tu.. aku pun pernah~ tapi aku mahu bertaubat, mohon ampun pada Allah..".

Eh, di atas ni cuma contoh saja ya.

Wajahkah menceritakan dosa yang kita lakukan semata-mata untuk menyedarkan orang lain? Termasuk dalam golongan orang yang membuka aib diri juga kah?

This post has been edited by naurah alwani: 08 April 2011 - 09:40 PM

0

#14 User is offline   Muhammady7 

  • Group: Members
  • Posts: 213
  • Joined: 07-April 11
  • LocationBatu Caves

Posted 08 April 2011 - 09:49 PM

View Postnaurah alwani, on 08 April 2011 - 09:39 PM, said:

Bagaimana pula dengan orang yang menceritakan keaiban diri bertujuan untuk menyedarkan orang lain? Contohnya;

"Dalam minggu ni, dah beberapa aku tertinggal solat.. jangan jadi macam aku,".

"Korang jangan tipulah.. mesti korang pernah search pasal benda2 kotor tu.. aku pun pernah~ tapi aku mahu bertaubat, mohon ampun pada Allah..".

Eh, di atas ni cuma contoh saja ya.

Wajahkah menceritakan dosa yang kita lakukan semata-mata untuk menyedarkan orang lain? Termasuk dalam golongan orang yang membuka aib diri juga kah?

Dalam contoh begini ia dibenarkan dengan syarat
1)tidak merasa bangga dengan kesalahan yang pernah dilakukan
2)kesalahan yang pernah dilakukan bukan bukan dari kesalahan yang besar

Tapi banyak keadaan tak perlu pun buka cerita secara direct.Gunakan kata ganti diri,misalnya "Dulu ada seorang hamba Allah....sekian....sekian "
0

#15 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 08 April 2011 - 10:11 PM

Salam wbt..

Bila tiada malu, maka tiada apa yg mustahil. Membuka aib sendiri pun tidak terasa apa. Naauzubillah.

Banyak orang malu dan segan untuk melakukan sesuatu, takut kalau orang nampak, bimbang kalau ada CCTV.
Hingga terlupa, Allah tidak pernah tidur dan sentiasa melihat. Dan 'CCTV Allah' jauh lebih canggih, tak pernah fail atau gagal berfungsi walau sedetik, dan ingat juga, 'tayang gambar' di padang mahsyar nanti, tak perlu di bayar. Suka atau tidak, setiap apa yang telah kita lakukan ketika hidup di dunia, semuanya akan ditayangkan di sana nanti.. Jagalah aib ketika di dunia, moga di akhirat sana kita tidak diaibkan.. Peringatan buat diri sendiri.. Wallahua'alam..

1

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic