--------------------------------
Kelihatan ramai pelajar tahun 1 yang mula mendaftar di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Rafiq sudah mula merancang sesuatu yang tidak baik untuk juniornya yang baru masuk.Dia kini berada di tahun empat,namun perangainya masih tidak berubah.Ada-ada sahaja hal yang tidak diingini yang dilakukannya.Selama tiga tahun berturut-turut juga Rafiq dan kumpulan nakalnya membuat plan jahat untuk pelajar yang baru masuk ke universiti itu,sebagai tanda memperkenalkan diri mereka sebagai senior yang hebat dan gangster di situ yang dikenali juga sebagai kumpulan Star 4,mewakili 4 orang gangster.
“eh,cuba kau tengok budak specky kat sana..aku rase aku nak target dia untuk orang pertama menerima ‘hadiah’ dari kita..amacam,setuju tak?”,tanya Rafiq kepada teman-temannya di satu sudut bangunan yang sudah menjadi tempat lepak mereka dari dulu.
“alah kau ni..rilek sudaa…tunggulah parents dia balik dulu..tak sabar-sabar yer ko..”,Fendi mencebik bibir sambil menghirup minumannya dengan penuh keasyikan di waktu tengahari yang panas.
“yer lah..itu aku tahu..tak kan lah aku nak pergi serang sekarang..apelah ko ni..”, tambah Rafiq.
“hahaha..ok..ok..yang tu aku setuju..aku tengok budak tu sesuai..specky,nerd..hah,memang pergh ah!!!! Cayalah…pandai ko pilih kali ni..”,Saiful,salah seorang rakannya yang suka membaca komik menyetujui pilihan Rafiq.
“Weh,apa plan kau? Kau nak buat macam tahun lepas gak ker? Ker plan baru?”,tanya Aziz,yang juga diberi gelaran Chong kerana memiliki wajah campuran cina.
“eh,tak kan lah aku nak guna taktik tahun lepas..tak rock la bebeh! Dah basi tau tak..Aku kan Rafiq Aiman bin Dato’ Razali..aku ade plan baru untuk diorang..jeng3..teka camne?”,bangga Rafiq sambil mendabik dada.
“mana lah kitorang tahu..ce cerite..ce cerite…”,tambah Fendi yang penasaran ingin tahu.
“ok..camni,tahun ni aku nak buat ‘kejutan’ yang lebih besar lagi dari tahun-tahun lepas..aku nak buat bla..bla..camni…bla..bla…”,Rafiq menceritakan satu per satu plannya,dari A to Z.
“baik,kitorang setuju!!!!! Hebat ar ko!! Tabik spring ah..”,Aziz bersetuju dengan rancangan hebat Rafiq.
“Ok..set!!!! baik punya plan! Malam ni kita mula..”,tambah Saiful sambil membelek-belek komiknya yang baru dibeli.
----------------------------------------------------------------
Allahuakbar..Allahuakbar…
Asyhaduallaa..ilahaillallah…
Kedengaran azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu maghrib.Para pelajar berpusu-pusu menuju ke masjid untuk solat secara berjemaah. Masjid yang begitu luas ternyata dapat menampung sejumlah besar pelajar di universiti itu. Tapi lain halnya pula dengan kumpulan Star 4. Mereka langsung tidak berminat untuk pergi ke masjid apatah lagi solat berjemaah. Malah sedang sibuk mempersiapkan rancangan jahat mereka yang akan dilakukan kepada pelajar yang ditargetnnya pada tengahari tadi.
“wohooiii…kau da siapkan ‘barang’ untuk malam ni?”,tanya Rafiq selaku ketua plan pada malam itu.
“err…aku nak solat maghrib jap..jap agi aku siapkan..”,jawab Saiful seakan-akan takut dimarahi Rafiq kerana kerjanya masih belum siap.
“eh..sejak bila ni kau mula nak solat ni? Dah insaf ke bang ooiii…?”,perli Aziz yang juga jarangkali solat.
“alah kau ni..takkan kau tak tau..mak dia yang suruh..hahaha”,Fendi menyampuk.
“dah…dah..sian si saiful..korang ni..hormat ler sikit dia nak solat tu..”,Rafiq seakan-akan membela kawannya itu walaupun dia juga tidak pernah diajar untuk bersolat. Jangankan Rafiq,ibu bapanya sendiri pun tidak pernah solat. Bapanya seorang ahli perniagaan yang berjaya yang diberi gelaran Dato’. Taraf orang berada.
“ok..aku chow dulu..”,Saiful meminta diri untuk solat di surau sebelah biliknya. Walaupun dia seorang yang nakal,namun pesanan ibunya dikampung tetap tidak diabaikan. Akibat pengaruh kawan-kawan sekeliling,dia mula menjadi seorang yang nakal walhal dia dahulunya seorang pelajar yang diharapkan di sekolah dalam bidang akademik.
--------------------------------------------------------------------------------------
Kelihatan para pelajar sudah pulang dari masjid dan menuju ke kafe untuk mengisi perut yang lapar. Begitu juga dengan Hafiz dan juga Abdul Muhaimin. Mereka merupakan rakan sebilik dan juga merupakan pelajar tahun satu yang baru mendaftar pada hari itu. Kelihatan sedang rancak berbual-bual di kafe.
“Eh,nanti pukul 10.00malam ade majlis perasmian minggu taaruf tahun satu..kau tunggu aku yer..aku nak iron baju dan mandi. Aku belum sempat mandi lagi sebab sibuk kemas barang tadi..”,luah Hafiz,pelajar tahun satu yang ditarget kumpulan Star 4.Muhaimin sekadar mengangguk sambil menikmati makanan malam yang dibelinya.
Sesudah mereka makan,mereka mempersiapkan diri untuk ke majlis perasmian. Hafiz mula mencapai tuala dan segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Namun malang tidak berbau.Hafiz tersungkur jatuh akibat air sabun yang disimbahkan di seluruh lantai tandas menyebabkan dia pengsan lalu dikejarkan ke hospital.
Keriuhan tentang kecelakaan yang ditimpa Hafiz cepat tersebar dan kini menjadi buah mulut pelajar lelaki di asrama itu. Mereka pasti itulah angkara kumpulan Star 4 kerana tiap masalah yang berlaku di awal kemasukan pelajar baru itu adalah angkara mereka.
Fendi,Saiful,Aziz dan Rafiq hanya mampu berdiam diri.Mereka tidak menyangka perkara itu boleh jadi seburuk itu. Niat mereka hanya gurauan semata-mata,namun menjadi tragedi yang mampu merubah nasib pelajar itu sendiri.Akibat terjatuh dengan dasyat,Hafiz mengalami pendarahan di kepala yang memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan darah di otak.Namun,kos yang diperlukan agak tinggi menyebabkan ibu bapa Hafiz menangguh pembedahan tersebut memandangkan keluarga mereka adalah keluarga yang miskin.Gaji ayahnya yang hanya bekerja sebagai kerani pejabat tidak dapat menampung kos pembiayaan pembedahan itu.Tambahan pula,ibunya yang dahulunya bekerja sebagai guru tadika sering sakit akhir-akhir ini menambahkan lagi beban tanggungan kepada ayahnya.
bersambung...selamat kah Hafiz dari tragedi itu? ikuti sambungan yang seterusnya..

Help













