
Signal King Si Pencuri Wifi Dan Line Internet.
#1
Posted 09 May 2011 - 10:55 AM
SignalKing ni.Alat serendah RM100-RM170 ini mendidik kebanyakan orang menjadi pencuri hasil
titik peluh orang lain yang mencari duit untuk membayar bil talian internet setiap bulan.
Tapi hasil titik peluh mereka di curi oleh pencuri pencuri yang menggunakan alatan mencuri ini.
Bukan sedikit talian connection di curi,malah berpuluh talian boleh di curi melalui alat ini,
lebih teruk setiap password talian akan di tunjukkan secara nyata di skrin mereka.Kemudian
di tulis dan di simpan password2 kamu untuk di gunakan bagi kegunaan akan datang.
Alat ini juga menggunakan fake security dan fake ip adress yg tidak boleh di kesan melalui
line connection tuan punya talian sendiri.Mungkin selama ini line internet kamu rasa lembab
dan lambat yg kamu jangka talian kurang elok atau tempat tinggal kamu jauh dari signal talian
tapi yang sebenarnya ada pengguna-pengguna yang menggunakan alatan curian
talian ini sedang duduk di talian sambungan internet kamu,menggunakan internet kamu tanpa kamu ketahui.
Harap suruhjaya multimedia memantau talian dan memantau penjualan alatan curian talian ini kerana ia melibatkan
hasil titik peluh usaha tuan punya talian yang mencari duit untuk membayar talian internet mereka kemudian di curi
sewenang wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Haram hukumnnya mencuri hasil titik peluh orang lain.
Bawah ini antara blog yg penuh selamba menjual alatan pencuri signalking..apa nak jadi bebudak zaman skrg ni.
http://amirstore.blo...fi-adapter.html
#2
Posted 09 May 2011 - 12:13 PM
kalau ada user yang salah guna, nak buat mcm mne lagi?
semua wifi adapter boleh guna untuk "dapatkan internet free"
#3
Posted 09 May 2011 - 12:30 PM
matz, on 09 May 2011 - 12:13 PM, said:
kalau ada user yang salah guna, nak buat mcm mne lagi?
semua wifi adapter boleh guna untuk "dapatkan internet free"
jika wifi free macam kedai yg menyediakan perkhidmatan wifi,akan keluar "public wifi" tanpa password,boleh di guna pakai terus.
tapi alat ini mencuri talian dan password skali bagi tuan punya connection perseorangan bukan public free wifi.
manyak cantik,orang lain bayar bil internet,si tukang curi guna percuma.
#4
Posted 09 May 2011 - 01:02 PM
wakdin, on 09 May 2011 - 12:30 PM, said:
tapi alat ini mencuri talian dan password skali bagi tuan punya connection perseorangan bukan public free wifi.
manyak cantik,orang lain bayar bil internet,si tukang curi guna percuma.
betul ke ni? pernah cuba ke?
btw, kalau taknak internet kena curi, encrypt password jgn guna WEP , crack celah gigi je.
guna WPA insya'allah selamat, just make sure password tu strength.
#5
Posted 09 May 2011 - 02:31 PM
matz, on 09 May 2011 - 01:02 PM, said:
btw, kalau taknak internet kena curi, encrypt password jgn guna WEP , crack celah gigi je.
guna WPA insya'allah selamat, just make sure password tu strength.
alat ini mengesan kesemua skali..baik WEP dan WPA..pernah tengok orang buat demo ari tu,
cukup mudah mengambil berpuluh puluh password talian tidak kira server,cybercafe,ofis dan
talian perseorangan.Lepas tu dia offer pada saya dengan harga murah tapi maaflah saya bukan
perompak atau penyamun dan saya tak ambil atau curi hak orang dengan demikian rupa,
saya bayar sendiri talian connection saya,jika tiada duit sekalipun,saya takkan gunakan
hak orang lain begitu rupa.Seperti kata orang tua,Jika mahu minta bukan mencuri.Minta tu
pun jika benar benar dah terpaksa,jika tidak,bertahanlah dengan apa yg ada.
#6
Posted 09 May 2011 - 02:50 PM
#8
Posted 09 May 2011 - 04:20 PM
hatisam, on 09 May 2011 - 03:33 PM, said:
kita bknnya tahu siapa pencuri tu.
bukan pasal kedekut atau tamak sebagainya..tapi jika terus bersikap begitu,ah tak apa,
ah tak mengapa,akhirnya di khuatiri sikap begitu mendidik si pencuri itu tadi,
ini ari dia curi line internet dan password orang,bila semuanya kata tidak apa dan
tidak mengapa,esok lusa di khuatiri merebak rebak pulak ke alam nyata.
Mungkin dia akan berkata,itu ari aku curi line internet,takde apa apa pun,tak kantoi,
baik aku curi barang pula lepas ni,mungkin takde apa apa kot.Akhirnya sikap itu merebak
di dalam dirinya pula.
#10
Posted 09 May 2011 - 06:18 PM
hatisam, on 09 May 2011 - 03:33 PM, said:
kita bknnya tahu siapa pencuri tu.
kalau ade orang curi wifi kita, boleh je trace kalau pandai..
router akan kesan semua ip address yg connect.. so, impossible la tak boleh tau wifi kena curi ke tak.
tapi kalau nak paling selamat, guna fix ip adress, lepas tu setting dekat router block ip-address lain.
#11
Posted 09 May 2011 - 08:45 PM
masa masuk pintu je kat depan da ade orang jual alat camtu.
aku tengok ar kan, sebab dia kata internet percuma.
"internet percuma? bia betul!"
hahaha.. aku dengar punya dengar.
alat tu boleh kesan talian internet sampai beratus meter ke hape tah.
diorang siap beri perisian untuk guna talian internet yang ada tu.
kira diorang dah mudahkan perisian tu jadi mesra pengguna untuk mudah nak guna.
kira dengan langkah2 mudah dah boleh masuk tak kisah ar ada kata laluan tau tak..
memang ar menarik,,
tapi sebagai seorang yang meminati ilmu simtem tangkaian komputer nih,
aku yakin alat tu bukan internet free, tapi internet curi..
yang pelik,, camne boleh ade jual kat PC Fair?
xde ke yang pantau barang apa yang dijual?
asalkan barangan berasaskan teknologi komputer,
jadi boleh dijual?
kat ruang depan pulak tu,,
pelik...
orang kata, kalau kita ade jumpa talian internet.
dan talian tu tak diletakkan kata laluan,
mungkin tuan empunya tidak kisah.
tapi kalau dah ada kata laluan,
kita guna gak talian tu dengan cara godam capaian ke talian tu,
kan sama je macam rumah orang brkunci,
tapi kita pecahkan pintu tu..
rugi ar kan,, sebab nak jimat, laluan ke neraka jadi singkat..
#12
Posted 09 May 2011 - 09:24 PM
Just nak tahu jelah. Ngee.
Saya still percaya, antara langkah yang berkesan adalah dengan ilmu. Banyakkan membaca/mempelajari berkenaan komputer dan internet. Dengan cara itu, kita dapat mempertahankan diri kita dari perkara2 sebegini.
Dalam dunia internet ini, nak harapkan undang-undang semata tidak boleh. Dunia tanpa batasan, di mana semua orang boleh berselindung disebalik username yang ada, berbilang-bilang pula tu. Nak kata ilmu IT sebagai pelindung pun, there's always someone else out there yang lebih berilmu daripada kita. Sepandai-pandai kita pun, kalau hacker tu lagi pandai, tak guna gak kan? Hehe.
Justeru itulah, satu-satunya bekalan yang boleh kita harapkan di dunia internet, adalah TAQWA.
Wallahua'lam..
This post has been edited by Leokidx: 09 May 2011 - 09:25 PM
#13
Posted 10 May 2011 - 07:06 AM
source: www.masokis.com
Rasanya kalau curi WiFi, kesalahan ni tak dikira jenayah tapi dikira sebagai kesalahan sivil (tort).
Mengikut undang-undang tort, mencuri WiFi boleh disamakan dengan menceroboh ke atas individu, maknanya kesalahan ni boleh didakwa la.
Dalam kes ni, plaintif boleh saman atau mintak ganti rugi sebanyak mana yang dirasakan perlu.
Anyway, kes curi WiFi belum pernah masuk court lagi rasanya.
Lagipun kesalahan sivil ni bukan tanggungjawab polis nak mendakwa, tapi tanggunjawab individu tu sendiri.
Kena keluar duit sendiri untuk lantik peguam.
#14
Posted 10 May 2011 - 04:09 PM
#15
Posted 10 May 2011 - 04:17 PM
radiasi dia tinggi sgt la...cukup time, dapat la kanser...
p/s: kira barang seludup ni...xde certificate Sirim pun

Help










