bismillahirrahmanirrahim.
salam.
hehe pengalaman eh? *sengih-kerang-busuk*
saya ada lesen kereta je, sbb tak nak amik lesen motor. kat umah takde motor, celah mane nak bawak motor pulak. kan?
start amik lesen bulan tiga ke empat masa nak tunggu result Matrik dan UPU. masa tu jugak saya apply jawatan mod di iluvislam nih. dapat lesen P bulan 5, 18/5.
saya paling anti kelas teori. o la di da~ nak cabut lari tak boleh sebab sistem dia, sebelum masuk kelas teori, pelajar2 kena bagi IC dulu. macam tau je kannnnnnnnn ><
setelah bertungkus-lumus berapa jam ntah, akhirnya habis jugak kelas teori. lepas tu pergi buat ujian berkomputer. cuak nihh. Alhamdulillah lulus. 45 kot markah. tak ingat dah.
lepas lulus ujian berkomputer, belajar bawak kereta. saya belajar di tempat atuk saudara. so dia yg jadi cikgu saya. best lah main2 kat litar ape semua. cukup masa, atuk saudara kata dah boleh test JPJ.
masa hari nak test JPJ tu, cuak gilaaaaaaaa. saya fail bukit, sbb hentam kereta belakang. TERtekan minyak, instead of tekan brek

atuk saudara kata takpe, 2 minggu lagi kita buat test lagi. Alhamdulillah, test kali kedua berjaya! akhirnya, dapatlah lesen P. tapi paling best masa test jalan raya. hari tu hari Jumaat. org JPJ yg test saya tu lelaki. sampai je turn saya utk test jalan raya, masa tu dah pukul 12.45 tengahari. masuk je kereta, org JPJ tu cakap, "takyah check ape2, awak bawak je" saya terkejut lah. terus pandang dia dan tanya, "takpe ke, encik?" dia jawab, "takpe2. jom jalan." saya pun terus bawak kereta tu keluar dari Driving Academy tu. kan kalau nak test jalan raya, ade dua pilihan jalan. nasib baik dari mula saya register sampai test jalan raya, jalan kedua tu tengah repair. dah lah jln tu susah, byk traffic light. so, lalu jalan 1 yg senang. baru half jalan ni, org JPJ tu kata, "ade u-turn kan kat depan tu, awak u-turn." saya tanya, "nak pegi mana?" dia balas, "nak balik ke Driving Academy. saya nak pegi solat Jumaat." saya tanya lagi, "takpe ke, encik?" dia balas, "takpe." sampai kat Driving Academy, pakcik JPJ tu tulis markah atas kertas, bagi kat saya sambil cakap, "tahniah. lepas ni saya jumpa awak bawak kereta sendiri pulak. all the best utk result UPU" saya terus senyum dan cakap terima kasih. masa tengah drive tu, kitorang borak pasal result UPU yg akan keluar, saya apply course ape as 1st choice, kenapa blablabla. best lah. at least pakcik tu takde lah scary macam pakcik2 dan makcik2 JPJ lain. wuwu~
hehe sekarang ni dah tukar ke lesen competent pun. sebenarnya kena tukar 18/5 ni. tapi sbb abah semangat, abah renew awal, 13/5
selama pegang lesen P, saya mane pernah drive guna pelekat P. hekhek. okey yg ni jgn tiru. bahaya! saya pun jarang bawak kereta. kat umah ni, satu je kereta auto, lagi tiga manual. berebut lah dgn abah nak bawak auto. bila dah bawak auto, rase best,. tu yg tak nak bawak manual. leceh.
habis dekat seribu jugak utk lesen kereta SAHAJA. sbb saya kena repeat kot.
kalau nak amik lesen kereta, make sure belajar dulu kat umah. tapi jangan lah bawak yg auto. cuba bawak yg manual. org yg tau bawak manual, akan tau bawak auto. sape yg tau bawak auto je, selalunya taktau bawak manual. okies?
sekian nasihat tiga kupang dari saya. daaaaa~
This post has been edited by amany: 16 May 2011 - 12:35 PM