Komuniti iluvislam.com : *Bolehkah Mendengar Bacaan Al-Quran Sambil Buat Kerja? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

*Bolehkah Mendengar Bacaan Al-Quran Sambil Buat Kerja?

#1 User is offline   strawberry 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 02-November 07

Posted 23 November 2007 - 06:00 PM

salam,, hmm br2 ni, akak kt blk sy bk alunan ayat2 Al-Quran kt laptop,, smbil tu die siapkn assignment,, pastu akak kt blk sebelah dtg bgtau yg kwn die bgtau,, x elok klu tgh wt keje len kte bk alunan ayat Al-Quran,, sbb katenye kte x mghayati,, tp akak tu pn xde smber kukuh gak yg ckp cmtu,, betul ke? *rolleyes*
0

#2 User is offline   aljohori 

  • Group: Members
  • Posts: 581
  • Joined: 09-November 07

Posted 23 November 2007 - 06:53 PM

Quote

strawberry wrote: salam,, hmm br2 ni, akak kt blk sy bk alunan ayat2 Al-Quran kt laptop,, smbil tu die siapkn assignment,, pastu akak kt blk sebelah dtg bgtau yg kwn die bgtau,, x elok klu tgh wt keje len kte bk alunan ayat Al-Quran,, sbb katenye kte x mghayati,, tp akak tu pn xde smber kukuh gak yg ckp cmtu,, betul ke? *rolleyes*
Betul ker?Tak pernah dengar pon pandangan ni..Musykil gak... Kalau kena diam apabila mendengar ayat Quran adalah dalilnya. Seperti mana firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204,maksudnya: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat". WaAllahualam... #nak tahu gak apa dalilnya...sebab saya selalu buat macam tu(dengar ayat Quran sambil buat kerja.. :)
0

#3 User is offline   mnmnur 

  • Group: Members
  • Posts: 31
  • Joined: 20-November 07

Posted 23 November 2007 - 08:23 PM

hmmm tol3...ape dalil nye yek??? org slalu gak wat camtuh....buat keje sambil denga quran kat mp4..... x kn x leh????*neutral**neutral**neutral**neutral**neutral*
0

#4 User is offline   strawberry 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 02-November 07

Posted 23 November 2007 - 09:03 PM

hmm tu la yg xtau tu,, akak tu pn xtau gak,, sbb die pn dgr org len yg ckp,, hmm k0nfius gak,,*nerd*
0

#5 User is offline   aljohori 

  • Group: Members
  • Posts: 581
  • Joined: 09-November 07

Posted 23 November 2007 - 09:12 PM

Alhamdulilah. Aljawab.. Selagi tidak ada dalil yang mengharamkan atau membenarkan maka hukumnya adalah mubah(harus).dalam hal selain daripada Ibadah khusus(seperti solat,puasa dan lain-lain).(kaedah Usul Feqh)...Maka tida ada masalah dalam hal ini.. #Saja bertanya dengan soalan provokasi seperti diatas. WAllahualam..
0

#6 User is offline   strawberry 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 02-November 07

Posted 23 November 2007 - 10:39 PM

camne plak klu kte bk ayat al-Quran sbb nk mengatasi rse tkt kte pd wktu tu,, mcm stdi sorg2 tgh2 mlm,,
0

#7 User is offline   proud muslimah 

  • Group: Members
  • Posts: 71
  • Joined: 21-August 07

Posted 23 November 2007 - 10:40 PM

ouh.. cmtu.. sbb aritu ada org pernh kate(x igt sp) bace quran x wajib tp dgr bacaan quran wajib..
0

#8 User is offline   baang43 

  • Group: Members
  • Posts: 79
  • Joined: 14-September 06
  • LocationMelbourne ,Australia

Posted 24 November 2007 - 09:42 PM

The Order to listen to the Qur'an. 7:204 Tafsir Ibn Kathir After Allah mentioned that this Qur'an is a clear evidence, guidance and mercy for mankind, He commanded that one listen to the Qur'an when it is recited, in respect and honor of the Qur'an. This is to the contrary of the practice of the pagans of Quraysh, who said, ﴿لاَ تَسْمَعُواْ لِهَـذَا الْقُرْءَانِ وَالْغَوْاْ فِيهِ﴾ ("Listen not to this Qur'an, and make noise in the midst of its (recitation)'') ﴿41:26﴾. Ibn Jarir reported that Ibn Mas`ud said; "We would give Salams to each other during Salah. So the Ayah of Qur'an was revealed; ﴿وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ﴾ (When the Qur'an is recited, then listen to it.) ﴿وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالاٌّصَالِ وَلاَ تَكُنْ مِّنَ الْغَـفِلِينَ - إِنَّ الَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ ﴾ (205. And remember your Lord within yourself, humbly and with fear and without loudness in words in the mornings and in the afternoons, and be not of those who are neglectful). (206. Surely, those who are with your Lord (angels) are never too proud to perform acts of worship to Him, but they glorify His praise and prostrate themselves before Him.) Firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204,maksudnya: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat". Seperti yg tertera kat atas, mmg jelas la kite kene tumpukan perhatian semasa mendengar ayat-ayat al-Quran berdasarkan dalil dr al-Quran ni. Jgn lah kita menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu music semata-mata tanpa diketahui maksud dan pengajaran di sebalik ayat-ayat tersebut. Kan al-Quran tu kalamullah. So, wajarkah kita buat keje lain sambil dengar kata-kataNYA. Analoginye seperti seorang buruh main ps2 semase die punye supervisor tgh kasi arahan tentang sesuatu perkara yg penting. lebih kurang mcm tu lah. menyebut pasal buat keje sambil dengar ayat-ayat Al-Quran, lebih baik buat keje tu dulu kemudian dengarla al-Quran tu. ataupun sebaliknya.tapi yang penting, tumpukan perhatian dan pahamkan maksud ayat2 tu. sebagai contoh, kalu kita tgh bawak kete,dengar Al-Quran kat ikim.fm dan kita ni sorang ke ramai ke dalam kereta, kalau kita mampu tumpukan perhatian kat ayat Al-Quran tu silakanlah. tetapi, sekiranya tetengah naik kete tu kite start borak ke, jawab handset ke etc yakni kite mmg x focus langsung lah kat ayat Al-Quran tu.maka, tutuplah dulu radio tu untuk menghormati ayat-ayat Al-Quran. lagi satu budaya yg mmg parah kat m'sia ni ialah mengalunkan ayat-ayat al-Quran.eh ,salah ke alunkan ayat-ayat alquran ni?x salah. tp yg menjadi masalahnya, xde org pun yg dengar dan tumpukan perhatian. contoh paling baik ialah kat surau2 biasenye surau2 kat sekolah2 dan kampung2. pasang le kaset al-quran mase nak maghrib, kuat2 lak tu.eh,takpela kuat2,lagi banyak pahala. ooo yeke?mane dalil?tp kalu buat survey, rase2 berape org yg kate "Eh,tadi tu surah al-baqarah kan, yg menceritakan ..........." contohnye. kesimpulannya, jgnlah kita menyamatarafkan ayat-ayat Al-Quran ni dengan musik-musik dr kitaro, canon d, orchestra mahupun nasyid sekalipun. Marilah kita menyelami ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mendalam agar ia dapat memberi impak ke dalm diri kita. Sekian.Kalu salah tlg sound!
0

#9 User is offline   noman 

  • Group: Members
  • Posts: 621
  • Joined: 12-September 06

Posted 24 November 2007 - 10:23 PM

saya sekadar nak memberikan pandangan.. kerana saya bukanlah org yg mampu mengeluarkan dalil naqli, cuma terkadang terlintas di hati akan sesuatu perihal, moga ianya petunjuk dari Allah,moga dibersihkan lagi hati ini.. al-Quran penuh dgn hikmah; sama ada dari segi maknanya, susun atur ayatnya, alunannya, lenggok bahasanya... terlalu banyak.. saya cenderung tuk meletakkan dlm diri saya bahawa, hikmah ini terlalu luas, tak tertakluk pada apa yg diketahui manusia shj.. memang sudah jelas akan hebatnya ayat Quran menerangkan satu hal ke satu hal, meliputi segenap aspek kehidupan di alam ini, baik dari zaman dahulu hinggalah ke zaman sekarang dan kita beriman bhw proses ini akan berlaku hingga ke masa hadapan.. maka, sesungguhnya saya tidak menolak bhw sekiranya al-Quran itu dialunkan hendaklah kita merenung maksudnya, krn mmg telah jelas itu adalah salah satu dari perintah Allah.. tetapi, kita juga harus melihat pada situasi, BERAPA KERAT JE YG TAHU BAHASA ARAB? yg tahu pun kadang2 dah terlepas 2,3 ayat, masih terkial2 mencari maksud ayat yg sebelumnya.. jadi idea menyebar luaskan alunan Quran ini perlu diluaskan skopnye.. saintis dah membuktikan, bhw dgn frekuensi yg terdapat dlm bacaan al-Quran itu, boleh mengubah struktur kimia di dlm air.. juga pada merangsang2 sel2 otak yg mendengar... yg mendengar, bukan yg mendalami dan memahaminya.. kerna jika yg mendalami maksud dan ayatnye, yg terkesan itu adalah pada HATI... yg akan tunduk, patuh, taat dgn jiwa penuh kehambaan, ke'abdian merenungkan betapa hebatnya isi kandungan ayat2 tersebut.. saya sendiri menjadi pemasang alunan kaset di surau di sekolah saya dahulu, setiap kali sebelum azan solat jumaat. juga pernah mencadangkan agar setiap hari adakan tadarus dan dibunyikan ke luar(tapi ditolak atas dasar kemaslahatan semua org)... atas dasar apa saya berusaha ke arah ini? saya hanya mampu katakan atas dasar mahukan org lebih kenal Islam, lebih tahu bahawa Islam itu indah, bukan shj pada ajarannya, tetapi jua pada TEKS AJARAN tersebut.. moga dari situ, yg sedang hafal quran boleh mengulangkaji, yg mana hatinya dah jauh dari Islam, boleh kembali, juga sbg penanda bhw solat dah nak waktu dah nak masuk, bergegaslah ke surau(nak azan xboleh, waktu xmasuk lagi).. kdg2 alunan itu sendiri boleh masuk ke hati.. ada jenis org yg bila dgr ayat Quran sekian sekian boleh bertanya sendiri," eh ni ayat apa ni yer? mcm something je.. " hanyalah contoh terhadap hikmah2 yg tampak dek manusia, yg sebenarnye, wallahu a'lam. nak kata berapa ramai, mmg kurang... namun proses tarbiyyah ni kene berterusan, moga darinya, sedikit demi sedikit, timbul kesedaran ttg kepentingan al-Quran dlm kehidupan UMMAH.. mengenai bacaan secara jahr pula, klu xsilap kita mmg digalakkan memperkuatkan bacaan al-Quran.. dlm hal ni pula, antara hikmah yg boleh kita ambil ialah, makhraj huruf lebih tepat, memberi peluang rakan2 sekeliling utk mendapat pahala, menandakan bhw kita kurg bersedia utk urusan keduniaan, mcm2 lagi.. klu kita tgk kat surau pun, kita lagi suka klu rmi2 org yg datang baca Quran, tetapi kenapa bukan hanya seorg yg duduk, baca secara kuat dan yg lain dgr? sbbnye, ada yg bertujuan nak bg org dgr, ada yg nak tegur secara halus, ada pula yg nak ulangkaji hafalan, ada pula yg nak belajar tilawah... hikmah Allah turunkan cukup luas, selalunye terlepas dari kotak fikiran manusia.. kita katakan ini bagus, hikmah dia mcm ini, mcm itu.. tetapi adakah itu hikmah sebenarnya yg Allah turunkan.. kita xtahu.. apa yg saya bawakan hanyalah sekadar dalil aqliah, ya'ni yg terlintas di hati dan akal saya, yg berasaskan logik minda... mungkin hati saya kurg bersih, dan mmg sudah sifat semulajadi manusia itu penuh dgn kelemahan.. hati dan akal saya cuma mewakili pendapat dari diri yg kurang arif ttg nas2 yg berkaitan, juga mewakili diri ini yg agak jauh dari al-Quran. pandangan manusia itu boleh dilihat dari pelbagai sudut pandangan, saya hanyalah satu dari beribu sudut2 yg ada.. saya bukan meletakkan sesuatu hukum, cuma minta penjelasan dari hati yg sedang berkecamuk ttg hal yg dibincangkan... ma 'asa baka min hasanatin faminallah wama 'asha baka min sayyiatin faminan nafsik... wallahu a'lam*pc*
0

#10 User is offline   aljohori 

  • Group: Members
  • Posts: 581
  • Joined: 09-November 07

Posted 25 November 2007 - 01:38 AM

Alhamdulilah. Aljawab.. Alhamdulilah,ramai yang merespon tentang perkara ini. Alhamdulilah,,saya cenderung untuk bersetuju dengan pendapat bahawa tidak boleh mendengar ayat Quran sambil membuat kerja lain.Dan saya menarik balik pendapat saya yang mengatakan bahawa tidak ada apa2 jika mendengar Quran sambil membuat kerja. Persoalan ini memberi saya peluang untuk melihat dan menilai kembali pendapat saya.Alhamdulilah,setelah saya membuat penilitian terhadap beberapa hadis dan tafsir(software Maktabah syamilah),saya bersetuju untuk menukar pandangan saya dalam hal ini.Dan saya tertarik juga dengan komentar yang diberi oleh Muhadisin Syeikh Nasirudin Albani tentang hal ini dalam kitabnya Kaifa Yajibu ‘Alaina Annufasirral Qur’anal Karim( saya mengsyorkan rakan-rakan untuk membeli dan meneliti kitab ini.Tapi saya tidak pasti sama ada kitab ini sudah diterjamahkan atau tidak). Albani menjawab soalan yang ditanya oleh seseorang berkenaan dengan, apabila dalam suatu majlis (perkumpulan) diperdengarkan kaset murattal (bacaan Al-Qur’an) tetapi orang-orang yang hadir dalam perkumpulan tersebut kebanyakan berbual dan tidak menyemak (mendengarkan) bacaan Al-Qur’an yang keluar dari kaset tersebut. Kmeudian Albani juga ditanya tentang siapakah dalam hal ini yang berdosa ? Yang berbual atau yang memasang kaset itu ? (persoalan ini boleh kita kaitkan dengan persoalan yang kita semua sedang bincangkan ini) Syeikh Albani menjawab: Apabila majlis tersebut memang majlis zikir dan ilmu yang di dalamnya ada tilawah Al-Qur’an maka siapapun yang hadir dalam majlis tersebut wajib diam dan menyemak bacaan tersebut. Dan berdosa bagi siapa saja yang sengaja berbual dan tidak menyemak bacaan tersebut. Dalilnya adalah surat Al-A’raf : 204. “Ertinya : Apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah dan diamlah agar kalian mendapat rahmat” jika majlis tersebut bukan majlis ilmu dan zikir serta bukan majlis tilawah Al-Qur’an tetapi hanya sekadar berkumpul, diskusi, bekerja, belajar atau pekerjaan lain-lain, maka dalam suasana seperti ini tidak boleh kita mengeraskan bacaan Al-Qur’an baik secara langsung ataupun melalui pembesar suara (kaset), sebab ini bererti memaksa orang lain untuk ikut mendengarkan Al-Qur’an, padahal mereka sedang mempunyai kesibukan lain dan tidak bersedia untuk mendengar bacaan Al-Qur’an. Jadi dalam keadaan seperti ini yang salah dan berdosa adalah orang yang memeperdengarkan kaset murattal tersebut. Di dalam masalah ini ada sebuah contoh : Misalnya kita sedang melalui sebuah jalan, ketika melalui jalan tersebut terdengar suara murattal yang kuat dari sebuah kedai kaset. Suara murattal(bacaan Al-Qur’an) ini dapat didengari sehingga kesemua kawasan. Apakah dalam keadaan seperti ini kita wajib diam untuk mendengar bacaan Al-Qur’an yang tidak pada tempatnya itu ? Jawapannya tentu saja “tidak”. Dan kita tidak bersalah ketika kita tidak mampu untuk menyemaknya. Yang bersalah dalam hal ini adalah yang memaksa orang lain untuk mendengarkannya dengan cara memasang kaset murattal tersebut dengan tujuan untuk menarik perhatian orang-orang yang melalui jalan tersebut agar mereka tertarik untuk membeli . Dengan demikian mereka telah mejadikan Al-Qur’an ini seperti seruling (nyanyian) sebagaimana telah di-nubuwah-kan (diramalkan) dalam sebuah hadits shahih [Ash-Shahihah No. 979]. Kemudian mereka itu juga menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang rendah sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, hanya caranya saja yang berbeza. “Ertinya : Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit” [At-Taubah : 9] (Jika sesiapa sudah membaca kitab ini didalam bahasa arab dan kemudian perasan ada kesalahan terjemahan dalam tulisan ini,saya memohon jasa baik untuk menegur saya.) #Kesimpulan yang saya boleh katakan.Elakkan mendengar ayat-ayat Quran sambil membuat kerja lain.Kerana perkataan DIAM yang disebut oleh Allah dalam ayat ini :Apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah dan diamlah agar kalian mendapat rahmat”.Memberi maksud TUMPU PERHATIAN .Oleh tu tidak wajar kita mendengar sambil membuat kerja lain.Berhentilah seketika dan tumpukan perhatian.walaupun kita tidak memahami ayat-ayat suci tersebut,memadailah kita menghormatinya.Dan jika kita mampu,sambil mendengar ayat Quran tersebut,kita boleh cuba membetulkan cara bacaan kita dan kalau ada Kitab terjemahan Quran,ketika dengar ayat-ayat Quran tu bolehlah kita membaca maksud ayat tersebut.Itu lebih baik.... WaAllahualam...
0

#11 User is offline   noman 

  • Group: Members
  • Posts: 621
  • Joined: 12-September 06

Posted 25 November 2007 - 01:49 AM

sesungguhnya, biar sehebat manapun aqal yg kita fikirkan tepat, ia tidakkan mampu menandingi kehebatan kalamullah.. astaghfirullah al 'azhim... ilahilas tulil firdausi ahla wala aqwa 'ala naril jahimi, fahab li taubatan waghfir zhunubi fa innaka ghafiruz zanbil 'azhimi.. astaghfirullah...*sobsob*
0

#12 User is offline   tuanzamani 

  • Group: Members
  • Posts: 10
  • Joined: 23-December 07

Posted 12 January 2008 - 01:10 AM

alhamdulillah...terima kasih semua...dari yang bertanya sampai la yang menjawab...
0

#13 User is offline   salam_perantau 

  • Group: Members
  • Posts: 92
  • Joined: 18-December 07

Posted 12 January 2008 - 08:03 AM

ana bersetuju ngn kata2 sdare norman dan kata2 sdare aljohori yg pertama mgatakan bhawa seandainyer xda dalil2 yg mgatakan haram hukumnya mubah(harus).....sdare norman kata rmi maner org kita memahami bhasa arab...kalo cm 2 cmner ngn org2 kita yg slt tp xphm lgsg mkna ayt.....knaper nk disulitkan kan xda dalil2 yg mgatakan haram so hukumnya harus dan diblhkan...cba fikir dgn akal yg logik kalo ckp xblh saper org2 kita nk dgr quran sbb xleh nk hayati xphm mksd so xdala org nk dgr...kalo cm 2 org akan ckp baik bt kejer smbil dgr nasyid atau lg2 yg ln alangkah baiknya dr hiburan 2 kita tukar kpd mndgr ayt2 alquran lgpun xslh sbb xda dalil2 yg mgharmkannyer dgr smbil bt kejer.....islam itu mudah so jgn dipyhkan dgn hal2 yg kck....samer2 kita renungkan
0

#14 User is offline   mohdakmal 

  • Group: Members
  • Posts: 131
  • Joined: 13-July 07

Posted 12 January 2008 - 10:28 AM

aduh.. susah nak paham apa yang ditulis tu.. banyak sgt 'shortform' nye.. sori kalau tersinggung. p/s: sila baca artikel ni saifulislam.com n sori tak menjawab soalan dalam forum ni.. *no comment*
0

#15 User is offline   mohdakmal 

  • Group: Members
  • Posts: 131
  • Joined: 13-July 07

Posted 12 January 2008 - 10:42 AM

nak tanya... so kalau kita nak berpegang pada pendapat yang tak dibolehkan dengar alunan al-quran sambil buat kerja, macam mana kalau kite dengar zikir2 and selawat? ok je kan?
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic