Komuniti iluvislam.com : Istikharah : Jom Kongsi Pengalaman/Petunjuk. - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 10 Pages +
  • « First
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Istikharah : Jom Kongsi Pengalaman/Petunjuk.

#91 User is offline   yunusbhai 

  • Group: Members
  • Posts: 1,557
  • Joined: 28-June 09

Posted 03 October 2009 - 09:23 PM

Quote

applelollipop wrote: *assalamualaikum ana mohon pendapat kawan2 semua... ana telah buat Istikharah ntuk tau samaada "die" pilihan ana yang betul atau tidak.... Pe yg ana mimpi, adalah terdapat 3 org lel lam masjid ...ana cbe mndekati... rse nk tgk sagt....tp ana x dpt tau....salah seorang ana nmpk muke dri sisi... tp samar2..... SOALANNYA, adakah mimpi ana itu menunjukkan ana perlu memilih diantara salah seorang itu... mohon pndangan saudara/i... *help*
*waalaikumsalam Solat Istikharah adalah SUNNAH SAW, ia menjadi suatu yang dianggap sebagai Sunnah yang dituntut kepada Mukmin APABILA HENDAK MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN, terutama dalam sesutu pekerjaan atau amalan yang mustahak @ penting. Kerana Sunnah SAW ini dibuat atas maksud agar: Tidak rugi orang yang bermesyuarat, dan tidak menyesal mereka yang istikharah. ia bermaksud, apabila TIDAK dapat membuat keputusan dengan 'mesyuarat' dengan yang berhak dalam keluarga atau 'jemaah', seharusnya setiap Mukmin membuat sesuatu keputusan MELALUI ISTIKHARAHnya sendiri. TUJUAN UTAMA SOLAT ISTIKHARAH, adalah memohon kepada Allah SWT, REDHA DENGAN KEPUTUSAN YANG KITA PERBUAT DENGAN MAKSUD 'AMALAN BAIK YANG BENAR', dan berharap Allah SWT ; menyegerakan kebaikannya jika memang ada kebaikan, atau menangguhkan atau menghindarkan keburukan jika memang ada keburukan TERHADAP KEPUTUSAN YANG KITA PERBUAT itu. NOTA: Membuat keputusan setelah solat Sunnah Istikharah BUKAN BERMAKSUD MENDAPAT ALAMAT MELALUI MIMPI @ 'ISYARAT TERTENTU', sebaliknya MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENDAHULUI BERMOHON KEPADA ALLAH SWT ... DIBERIKAN ILHAM ATAU PETUNJUK... untuk membuat keputusan TERBAIK YANG BENAR. kebiasannya; seseorang akan membuat KEPUTUSAN SELEPAS SOLAT ISTIKHARAH berpandukan 'apa yang Allah zahirkan pada hati dan fikir @ ILHAM dimasa itu'; lalu membuat keputusan dengan : ... yang memihak atau lebih disukai/cenderung... itulah yang diputuskan !!! Saya belum atau tidak lagi menemui sebarang ketetapan As Sunnah yang menyatakan DENGAN SOLAT ISTIKHARAH MAKA AKAN DIBERI ALAMAT MELALUI MIMPI ATAU ISYARAT TERTENTU. Jika ada sebahagian keterangan sedemikian pun, HANYALAH PENDAPAT ATAU ANDAIAN SEBAHAGAIN ORANG dan yang bukan HUJAH AS SUNNAH. Sebaliknya jika ada hujah dari As Sunnah ( Hadith yang Syahih ) amatlah kita suka mendengarnya. InsyaAllah. Allahu a'lam. ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
0

#92 User is offline   yunusbhai 

  • Group: Members
  • Posts: 1,557
  • Joined: 28-June 09

Posted 03 October 2009 - 09:23 PM

( Maaf berlaku: 'double klik' maka saya gantikan sambungan berikut. ) *alhamdulillah Hayati maksud doa Istikharah yang di ikuti oleh Para Sahabat RA setelah mendapatnya dari Baginda SAW; antaranya bermaksud: Dari Jabir RA, berkata: bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, apabila seseorang kamu hendak membuat (melakukan) sesuatu urusan, maka hendaklah ia mendirikan solat dua rakaat, (bukan solat fardhu), yang bermaksud doanya; Allahumma, aku mohon pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, aku mohon kemampuan dengan kudrat-Mu, dan aku mohon kurnia-Mu yang Maha Agung, karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Allahumma, jika menurut ketetapanmu-Mu bahawa urusan ini berguna bagiku, baik untuk agama, didunia mahupun diakhiratku, baik untuk kepentingan sekarang atau akan datang, maka takdirkanlah ............ (nota: maksud keputusan yang mahu diambil) bagiku, mudahkanlah bagiku (segala urusannya), dan berilah berkah (atas putusan yang ku perbuat). Allahumma, sebaliknya, jika menurut ketetapan-Mu, bahwa urusan ini membawa bencana bagiku, bagi agama, didunia mahupun diakhiratku, atau mendatangkan bencana bagi kepentinganku sekarang atau akan datang, maka tangguhkan ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya, dan takdirkanlah bagiku kebaikan dari manapun sebab sebagai penggantinya, dan jadikanlah hatiku ridha menerimanya (ketetpanMu). ( Riwayat Bukhari ). NOTA: Mengambil contoh maksud antara lain tentang doa tersebut. Adalah jelas ada pengakuan bahwa kita tidak tahu tentang natijah dari segala keputusan atau hasil pekerjaan kita, sama ada dengan mimpi atau pertanda lain. HANYA Allah Maha Mengetahui, kita HANYALAH memohon pertimbangan ALLAH AGAR MEMBERIKAN KEBAIKAN DAN BARAKAH AKAN KEPUTUSAN PEKERJAAN KITA. Oleh itu, sama ada melalui mimpi atau alamat tertentu sebagai tanda baik untuk diteruskan mahupun ditinggalkan sebagaimana sebahagian keyakinan orang, TIADALAH DAPAT DISAHIHKAN berpandukan riwayat As Sunnah yang dicontohkan. Solat Sunnah Istikharah adalah yang menjadi tuntutan, melaksanakannya adalah suatu yang baik dan benar sebagai Muslim Mukmin yang mentaati As Sunnah. SEDIA TAWAKAL MENRIMA APA JUGA KETETAPAN ALLAH SWT, hasil kjeputusan pekerjaan kita dari istikharah, sama ada di akhiri dengan kedukaan atau (gagal) adalah satu Sunatullah yang harus diterima dengan pasrah, disinilah datang KEIKHLASAN MANJALANKAN AS SUNNAH. Sebaliknya, Jika merasa sebagaimana tanggapan 'SOLAT ISTIKHARAH' itu sebagai satu KEPUTUSAN DARI ALLAH MELALUI ALAMAT ATAU MIMPI, lalu kemudian dari itu, ditakdirkan menerima kedukaan atau kegagalan... timbul pula ... ... sangkaan dengan keluhan seolah-olah istikharah itu dusta lagi tidak benar !!! Disinilah bertambah lagi, kesilapan faham tentang Solat istikharah. Maka, haruslah kita menyedari, SEBARANG KEPUTUSAN ADALAH BERGANTUNG MENGIKUT KEMAMPUAN IMAN DAN AMAL KITA SENDIRI YANG YAKIN LAGI TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT, MUDAH-MUDAHAN DENGAN ISTIKHARAH KITA, KEPUTUSAN @ PEKERJAAN MENDAPAT BARAKAH DAN KEREDHAANNYA. INSYAALLAH. Allahu a'lam. ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
0

#93 User is offline   my celcom 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 15-August 09

Posted 03 October 2009 - 11:47 PM

Quote

temansolehah wrote: slm~ erm.. sy akui buat istikharah utk menentukan benarkah sy berkwn dgn jodoh saya sndiri..sebab,sy xnk berkwn selagi dia bukan jodoh saya.. resultnye? sy x pasti..sy berdoa sekiranya dia jodoh saya,maka,dekatkan kami (ke jln yg diredhaiNya..)..tetapi,sekiranya dia bukan jodoh saya,maka jauhkanlah kami..kerana saya bukan insan yg kuat utk menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang..tapi,smpai sekarang kami masih berkawan (bkan bercinta..)..dan semakin lama,semakin rapat agaknye..tapi,sy masih x yakin..jadi,sy xtau nk wat keputusan mcm mana.. wallahualam~
*assalamualaikum erm..sy pom sbnrnya ade problm lbh kurang mcm temansolehah ni.. sy pnah tepikir nk wt solat istikharah tp still ragu2 bk wat tu.. cmni sy ade bkwn ngan sorang laki ni..knal mase matriks(2007) n smpai skrg(2009) still in contact lg..dia yg start nk kwn ngan sy dlu..dia msj sy dlu..tp bkn msj yg jiwang2..dia msj tny psl homework..so sbg clsmate sy rply la..n wat pgetahuan sy dlu sek menengah pompuan je..so xpnah kwn ngan laki kecuali mse sek rendah. dn dia adalah kwn laki first yg nk kwn ngan sy in realiti..(hehe..in maya sy ade je kwn laki sorang dua tp tu pom knal pas spm gk..tp xpnah jmpe pom, just msj..) so start drpd tu sy n die jd rapat..mula2 dia yg salu msj sy..lps tu ble da msuk sem 2 kt mtrx dia da jarang msj..tp still ade g msj..tp kengkdg..sy plop yg jd nk msj die salu.. tp mse tu sy da nmpk die mcm ske best fren sy..sbb die ade mskol best sy tu..sdgkn ngan sy xpnah die wt cmtu..n utk pgetahuan jgk kitorg xpnah ckp melalui phone..just msj smpai la skrg ni pom..nk dijadikan crita, lps hbs mtrx tu ttbe dia ngaku yg die skekn best fren sy tu..mse tu hanya tuhan je thu perasaan sy..sedih mmg sedih la..xtau psl ape sy msti sedih pdhal kitorg xcouple pom..just kwn biase..tp tula..mybe sbb die kwn laki yg plg rapat ngan sy kot n ble da lme2 msj msti ade terselit sket prasaan tu kn..huhu.. so lps sy thu tu..sy berazam xkn msj die lg..huhu..tp xbetahan lme pom..huhu, dan ditakdirkan sy dpt smbg blaja kt negeri yg sme ngan tmpt dia dpt smbg blaja..dlu mse sy thu dia ske best fren sy..sy sedih..n salu doa biar sy jauh dr die..sy doa biar sy dpt further blaja jauh dr die..so potensi nk jmpe tu xde la sgt..huhu..pelik kn..n sepatutnya mmg sy dpt blaja jauh dr dia..tp tbe2 sy dpt offer lain yg sme ngeri ngan dia..sy xnk sbnrnya tp my parents suh pegi gk..so terpaksala..sy xnk bkn sbb dia yg utamanya tp sbb sy minat tawaran blaja yg sy dpt mula2 tu lg..tp nk wt cmne mybe rzeki sy kt cni..sy redha..mybe ade hikmahnya..n spnjg tempoh tu jgk sy n dia still contact lg..tp kdg2 jela..xsekerap dlu ms awl2 knal..n pd hujung thn lps(2008) sy bjaya tetapkn hati utk tak msj dia lg..kecuali la kalo dia msj sy bru sy rply n sy msih dpt btahan smpai skrg..*yahoo* tp tula..byk kbetulan yg belaku antara kitorg yg kdg2 blh wat sy slh sangka, kdg2 pnah gk sy mcm teringt nk msj ngan dia tp ble ingt azam sy..sy tahan sume tu..tp yg mghairankn setiap kali sy mcm teringt kt dia, msti lps tu akn smpai msj dr die..tny kabo ke..msj fwrd ke, mcm thu2 je..tp ble pikir2 blk sy anggp tu sume sbg stu kebetulan..atau sbg stu ujian dr Allah utk uji tahap iman sy..n smpai skrg kitorg still kwn n dia kate dia anggap sy mcm adik dia..sbb dia ank bongsu xde adik..so sy trima n cbe jga hati sy supaya xjauh tersimpang.. sy sme mcm saudari, kalo blh sy nk bekwn n rapat ngan jodoh sy.. insan yg ditakdirkn utk sy.. sy bkn xnk wat istikharah tp sy tkot sy xbesedia utk trime ape aje jwpnnya.. mgkin sy akan wt solat istikharah ble sy rse da sedia nk msuk alam kawin.. or mybe ble sy da btol2 perlukn kpastian adakah die tu jodoh sy @ x.. wt mse skrg sy nk tumpu study..psl die..sy anggp sbg stu ujian utk sy.. segalanya mgkin utk belaku..ape yg penting kte kne yakin n tabah serta redha ats segalanya..*yes* *insyaAllah *tata* p/s: sory la terlebih2 plop crita sy ni..xde kaitn sgt plop tu..hehe..sory..
0

#94 User is offline   akasakii 

  • Group: Members
  • Posts: 238
  • Joined: 29-September 09

Posted 05 October 2009 - 03:52 AM

salammm Selepas solat Istikharah berserahlah sepenuh hati kepada Allah. Bebaskan diri dari sebarang bentuk keinginan memilih. dan nanti pilihan anda adalah pilihan darinya. di waktu itu dia akan kurniakan Keyakinan untuk memilih. cukuplah tu...dan yakinlah.
0

#95 User is offline   meonland 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 05-October 09

Posted 05 October 2009 - 04:07 AM

Sebarang mimpi yg muncul harus di rujuki seorang guru yg mursyid yakni yg meyakini Tuhan Sekelian Alam dan selalu mengharapkan petunjukNya serta mengamalkan cara hidup (sunnah) nabi S.A.W....kita tak leh tanya sebarang orang....takut lain lak jadinya.... melainkan ujian baginya....
0

#96 User is offline   saina 

  • Group: Members
  • Posts: 13
  • Joined: 29-October 09

Posted 29 October 2009 - 05:18 PM

*assalamualaikumsya nak ty pendapt...sya da buat solt istikrah nie just nak tgk jodoh sya...sya dah bt solat isthrah dah 5 kali n dalam 5 kali sya bt 2,sya mimpi orang yang sama sbyk 2 kali...adakah dia jodoh saya??????:):)
0

#97 User is offline   saina 

  • Group: Members
  • Posts: 13
  • Joined: 29-October 09

Posted 29 October 2009 - 05:18 PM

*assalamualaikumsya nak ty pendapt...sya da buat solt istikrah nie just nak tgk jodoh sya...sya dah bt solat isthrah dah 5 kali n dalam 5 kali sya bt 2,sya mimpi orang yang sama sbyk 2 kali...adakah dia jodoh saya??????:):)
0

#98 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 30 October 2009 - 05:08 AM

Quote

author wrote: Assalamualaykum wbt, “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub. Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.” Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”
-Saya lagi suka kalau doa itu ditulis dalam bahasa arab berserta barisnya. Tulisan ruminya boleh la diletak dibawahnya. Tapi tidak mengapa. Pengalaman saya buat solat istikharah. 1. Masa tu saya kat Matrik Pahang. Emak dengan abah dah telefon, cakap surat tawaran MARA dah sampai. Nak terima ke tidak? Saya confused. Saya buat solat istikharah ni. Saya mimpi saya melambai-lambai emak dan abah (ucap selamat tinggal masa nak naik kapal terbang), dan dalam mimpi yang sama tetapi di suatu tempat yang lain, saya dikerumuni dengan banyak ular yang kecil-kecil, tapi ular-ular itu tidak menyerang saya. Saya sendiri tak pasti dengan mimpi tu, tetapi saya go with the flow. Emak dan abah jemput saya di Matrik Pahang dan saya terima tawaran MARA tu. Sekarang ni, bila saya fikir balik pasal mimpi tu, saya bermonolog sendirian. "Mungkin ular-ular yang banyak tu sebagai petunjuk bahawa study kat Germany memang mencabar dan perlukan semangat yang kuat" Aktiviti saya semalam ialah blog hopping~ Hehehe *grindance* Padahal penat kerja tapi sempat lagi menyinggah blog orang. *grin* Saya terbaca satu entri kat blog akak ni. Saya tidak kenal dengan penulis blog. Tapi ada ayat yang menarik perhatian saya.

Quote

Oleh kerana itu, bila saja ada org baru yg bertanyakan ttg german...seboleh2nya saya minta mereka mencari tempat lain utk menyambung pelajaran...di sini bukan tempatnya... sekadar makan angin tak mengapa...bukan mahu mematahkan semangat mereka utk menyambung pelajaran...tidak sekali kali...tapi carilah tempat lain...
Boleh baca kisah sebenarnya di sini Cabaran Setahun Merantau di German Saya akui sepanjang 2.5tahun dah saya kat sini memang banyak dugaan belajar kat Germany ni. Tapi takpe, ada lagi setahun perjuangan perlu diteruskan. Semoga Allah mudahkan urusan saya. Amin.*pray* ********** 2. Masa tu saya diberi sebulan untuk pilih kos apa untuk major. Ada 4pilihan- automotive, autocad, aerospace dan production technic. Saya ada tanya pendapat orang lain, sebab saya buntu nak pilih yang mana. Nak pilih automotive, saya langsung tak tahu pasal enjin-enjin dan yang sama waktu dengan kereta. Nak pilih autocad, saya rasa "arghhhh tak mo autocad sebab asyik kena duduk ngadap computer", walaupun saya bagus dalam bidang tu. Nak pilih aerospace, orang cakap kat malaysia takde market lagi. Nak pilih production technic, orang cakap saya kecik sangat. Larat ke nak kerja dengan mesin yang besar-besar? (al-maklumlah tinggi pun 150ja!) huahua *grindance* gelakkan diri sendiri~ Lepas tanya orang, saya masih lagi buntu. Saya buat solat istikharah. Saya mimpi, saya, emak dan abah naik kereta sama-sama. Bincang pasal kereta. Saya tak percaya. Hati saya cakap, "Iskkkkk tak mungkin aku patut ambil automotive. Satu hape pasal kereta pun tak tahu". Kemudian saya buat lagi solat istikharah, still saya mimpi perkara yang related dengan kereta. Hati saya tetap cakap, "Tak mungkin aku patut ambil automotive. Aku zero bab ni" Esok nak kene bagitahu nak pilih course apa. Tapi hari ni, saya masih lagi tidak ada jawapan yang pasti. Agak kentang di situ~ Lepas tu, masa malam sebelum hari esoknya (esok hari nak kene g opis university utk bagi jawapan tu),saya tetap tiada jawapan. Sebelum tidur, saya dah buat solat hajat dan istikharah. Saya ambil 4 kertas kecik-kecik, saya tulis keempat-empat pilihan tadi, setiap satu kertas ada satu pilihan, saya letak bawah bantal. Sebelum tidur saya baca doa, saya cakap, "Ya Allah, esok lepas aku bangun tidur, aku nak ambil salah satu kertas bawah bantal ni. Kertas yang aku ambil esok, itulah kos yang aku pilih". Malam tu saya pun tidurlah. Esok paginya, saya bangun. Saya pilih salah satu kertas. Saya buka, "AUTOMOTIVE"!!! Jadi, pagi tu saya pergi ke University dan daftar untuk majoring dalam bidang automotive. Lepas tu, saya rasa tenang. Sekarang ni tengah buat practical. *grindance* Lagi setahun nak habis. Mintak Allah mudahkan segalanya. Amin. :) ********** 3.Saya ada buat solat istikharah untuk jodoh saya. Saya mimpi orang yang sama. Saya tak pernah sekalipun jumpa dia, sebab kami hanya kenal di alam maya. Tapi 2kali saya buat solat istikharah, 2kali itulah saya mimpi pasal dia. Lepas hari tu, saya tak buat solat istikharah untuk tahu jodoh. Fobia~ *hehehe* Takpe lah, kalau ada jodoh, adalah kan? Hehe.. :)
0

#99 User is offline   putt 

  • Group: Members
  • Posts: 240
  • Joined: 24-October 09

Posted 01 November 2009 - 10:57 AM

ak pernah buat solat istikharah ni... masa nak buat keputusan over protecting sumone, alhamdulillah, malam ketiga Allah beri petunjuk... sesape y ada doubt on making desicion, rely to Allah, may Allah reveal the right path... ak x pernah menyesal...
0

#100 User is offline   inaislam 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 18-March 09

Posted 01 November 2009 - 02:00 PM

salam.. pendapat ana,tak payah takut untuk beristikharah..kita istikharah bukan sebab tertentu je..tapi dalam hidup kita sehari-hari ni,banyak sangat perkara yang meletakkan kita di persimpangan,jadi teramat perlulah kita sentiasa melakukan istikharah..n bagi yang rasa malas tu,atau tak sempat buat,dalam doa setiap kali selesai solat,kita mintalah pada Allah agar setiap perkara yang kita lakukan sehari-hari mendapat petunjukNya..supaya kita tak tersalah langkah,maklumlah kita manusia,selalu je keputusan diambil berdasarkan gerak hati yang melulu..wallahua'lam...
0

#101 User is offline   yucca 

  • Group: Members
  • Posts: 16
  • Joined: 22-April 09

Posted 01 November 2009 - 06:43 PM

salam... nak tny....biasa ke kalu wat solat istikharah kite dpt mimpi as petunjuk dr ALLAH SWT...? coz sy ade wat solat ini....lebih 7 kali..pastu sy stop jap...and then smbung.. baru 3 kali...pagi esknye sy dpt sign...tp bkan mimpi... it's just my feeling betl2 full with colorlah pagi 2... yakin thp langit ke 7,teruja, exciting... and then sy gtau ibu sy...then wat keputsn...and sy dah kat sini... tp...bile bce ape yg korang postkan 2..sy wondering..btl ke ape yg sy dpt 2 sign drpd ALLAH SWT..? i need a helping hand...please! i'm kindo like desperado right now..... *help*
0

#102 User is offline   puteri_91 

  • Group: Members
  • Posts: 3,355
  • Joined: 26-April 08

Posted 01 November 2009 - 07:05 PM

*bismillah *assalamualaikum

Quote

yucca wrote: salam... nak tny....biasa ke kalu wat solat istikharah kite dpt mimpi as petunjuk dr ALLAH SWT...? coz sy ade wat solat ini....lebih 7 kali..pastu sy stop jap...and then smbung.. baru 3 kali...pagi esknye sy dpt sign...tp bkan mimpi... it's just my feeling betl2 full with colorlah pagi 2... yakin thp langit ke 7,teruja, exciting... and then sy gtau ibu sy...then wat keputsn...and sy dah kat sini... tp...bile bce ape yg korang postkan 2..sy wondering..btl ke ape yg sy dpt 2 sign drpd ALLAH SWT..? i need a helping hand...please! i'm kindo like desperado right now..... *help*
Petunjuk daripada istikharah bukan dari mimpi sahaja sebenarnya. Ada banyak petunjuk, contohnya daripada gerak hati sendiri, persekitaran dan sebagainya. Kalau mimpi ni kekadang tak betul jugak. Sebab apabila kita terlalu memikirkan sesuatu perkara tu, kemungkinan besar apa yang kita fikirkan tu akan menjadi mimpi kita. Kalau kamu dah betul-betul yakin dengan apa keputusan yang kamu buat setelah beristikharah, insyaAllah. Selebihnya, bertawakkal kepada Allah.. * BERES * *tup* Wallahu A'lam
0

#103 User is offline   sakura sakura 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 13-April 09

Posted 02 November 2009 - 03:51 AM

salam, penah wat jugak... dalam mimpi tu, dia sedang memegang kalung berbentuk bulat...didalamnya terdapat kalimah 'ALLAH'... saya bangun dan bfikir, mungkin dia mahu saya mengejar mencintai ALLAH SWT melebihi segalanya.
0

#104 User is offline   inaislam 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 18-March 09

Posted 03 November 2009 - 11:08 AM

*assalamualaikum harap dapat terangkan waktu2 yang afdhal u buat istikharah ni...kalau buat siang hari boleh ke?
0

#105 User is offline   amira_azmi90 

  • Group: Members
  • Posts: 19
  • Joined: 05-February 09

Posted 22 December 2009 - 12:38 PM

*assalamualaikum sy nak tumpang bertanya..mungkin soalan sy ni sudah aada yg tanya tapi sy terlepas pandang.. kan petunujuk istikharah xsemesti nya melalui mimpi dan gerak hati saja kan..ada juga yg n mengatakan petunjuk istikharah ni blh kite tgk keadaan sekeliling kita kan? ape yg di maksudkan dgn keadaan sekeliling kita??
0

Share this topic:


  • 10 Pages +
  • « First
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic