Susah juga apabila ada sesetengah orang, satu-satunya buku tentang evolusi yang dibacanya adalah buku Harun Yahya semata-mata.
Dari situ akan terjadi lah double quoting, maknanya orang yang tak pernah baca buku itu, quote sesuatu dari buku itu melalui buku lain (yang turut quote buku tersebut). Lama-kelamaan makin menyimpang lah.
Apa-apapun, perlu diingat Charles Darwin hanyalah satu subset kepada evolusi dan bukannya evolusi = charles darwin. Janganlah pukul sama rata. Kalaupun tak setuju teori yang dibawa oleh Charles Darwin, itu hanyalah sebahagian dari pelbagai teori evolusi.
Seolah-olah, kamu tak suka makan buah epal, lalu semua jenis buah termasuk limau, durian, dan lain-lain pun kamu tak suka.
Err, macam menyimpang jauh. Ada thread sendiri tentang evolusi kan?
Kita kembali kepada tajuk... haiwan dicipta daripada apa ya? Saya pun nak tahu juga...

Asal Usul Kejadian Binatang: Binatang Dicipta Drpd Apa Yer?
#17
Posted 23 September 2009 - 01:25 PM
Quote
ibn affandi:
Syukran syeikh. Itulah dia, saya cuba search potong ayat yang saudara post pada post terawal saudara, yang saya jumpa adalah ayat di atas ini. Bunyi seakan-akan, tetapi ayat di atas tidak merujuk pada maksud seperti yang saudara nyatakan
Quote
FahdRazy:
Manusia berasal dari beruk itu hanya sebahagian dari pandangan yang diambil dari aplikasi evolusi. Tetapi banyak aplikasi atau penghujahan evolusi dalam bentuk lain yang terbukti. Misalnya, evolusi strain-strain virus dan bakteria (sebab tu kita kena buat vaksin flu setiap 3-4 tahun), dan sebagainya. Banyak contoh lain lagi.
Quote
FahdRazy:
Susah juga apabila ada sesetengah orang, satu-satunya buku tentang evolusi yang dibacanya adalah buku Harun Yahya semata-mata.
Quote
FahdRazy:
Err, macam menyimpang jauh. Ada thread sendiri tentang evolusi kan?
Kita kembali kepada tajuk... haiwan dicipta daripada apa ya? Saya pun nak tahu juga...
Quote
ibn affandi:
Penciptaan Adam adalah seperti apa yang diterangkan dalam Quran, dan kita berbincang tentang haiwan.
#18
Posted 23 September 2009 - 07:35 PM
Sebab ini lah saya kata, apabila terlalu banyak membaca buku Harun Yahya, ada yang akan salah faham tentang evolusi. Perlu faham. Evolusi tu bukannya Charles Darwin, tapi betul Charles darwin adalah evolusi. Ini macam menyamakan buah itu adalah epal (tapi epal memang buah), atau Melayu itu mahathir (tapi mahathir memang Melayu), atau ikan itu tilapia (tapi tilapia itu betul ikan), atau bunga itu ros (tapi ros itu memang betul bunga).
Saya tak menyalahkan Harun Yahya, kerana apa yang ditulis beliau sangat teliti dan tepat, tapi masalah timbul apabila yang membaca tidak membuat rujukan kembali. Perlu diingat Harun Yahya menulis satu topik atau sisi yang terlalu khusus tentang evolusi, sehingga kalau yang asyik membacanya akan fikir bahawa 'segala-gala' tentang evolusi ada di dalamnya.
Seperti yang telah saya perkatakan, perlu dibezakan antara pelbagai jenis teori yang terkandung dalam topik EVOLUSI itu, salah satunya termasuklah teori evolusi Darwin.
Contoh yang diberi dalam kuotasi di atas sebenarnya ADALAH salah satu contoh evolusi. Evolusi tak saja pada spesies (ie dari satu spesies kepada spesies yang lain) tetapi ada juga evolusi pada 'trait'. Itu yang selalu kawan-kawan lupa (mungkin kerana ditopengkan sentimen yang kuat terhadap nama 'Darwin'). Contoh evolusi trait ini lah yang diberi melalui contoh virus/bakteria tersebut. Natural selection, survival of the fittest, sexual selection dan macam-macam lagi. Bahkan kepelbagaian bangsa (misalnya trait warna kulit) juga adalah produk evolusi. Bukannya evolusi spesis, tapi evolusi ciri-ciri genetiknya. Asal kita nabi Adam, tapi sekarang orang india misalnya kulitnya gelap (walaupun lahir di Alaska sekalipun), kerana genetiknya begitu. Orang Cina lahir kulitnya putih. Orang Afrika kulitnya hitam. Tapi moyang-poyangnya satu dan sama, betul?
Inilah yang saya maksudkan.
Contoh mudah, kita tak digalakkan kahwin sepupu, atas sebab apa? Meninggikan risiko penyakit (contohnya orang Irish di pulau Ireland, mereka mengamalkan kahwin sepupu/keluarga dekat. Sesiapa yang belajar perubatan di sana tahu lah macam mana banyaknya penyakit genetik di sana). Itu juga aplikasi prinsip evolusi...iaitu variasi, pewarisan genetik secara mendelian dan sebagainya.
Oh ya, mutasi (mutation) juga salah satu produk evolusi, dan merupakan salah satu kaedah penting macam mana virus atau bakteria boleh 'resistant' kepada anti-biotik, (bukan semata-mata ada yang kuat dan lemah sahaja macam kata majala medical tribune itu saja), tapi bakteria/virus yang terdedah kepada ubat tetapi tidak mati sepenuhnya berupaya bermutasi kepada strain yang lebih 'resistant'. (sebab tu kita bila diberi antibiotik, pastikan habis walaupun sakit dah hilang, sebab kalau tak 'clear' bakteria sepenuhnya, yang tinggal itu boleh bermutasi dan hasilkan generasi yang kalis-antibiotik)
Harapnya jelas.
Jadi, sama-samalah kita terus berbincang dan mengkaji. Moga bermanfaat. InsyaAllah
Quote
kewujudan strain2 virus yg baru adlh akibat proses kacukan dan perkongsian maklumat dlm sel.
Medical Tribune, 29 Disember 1998 menyebutkan, pada 1986, satu sample beberapa bakteria biasa telah diambil dari mayat2 kelasi kapal yg telah beku. Mrk mati akibat jatuh sakit ketika xpdc kutub pada 1845. Apbla diperiksa mrk terkejut, bakteria2 abad ke 19 ini kalis antibiotik moden abad ke 20.
Bakteria sudah pun memiliki sistem pertahan jutaan tahun sebelum antibiotik dicipta. Antibiotik telah menghapuskan yg lemah dan menambah bilangan yg kuat. Proses evolusi yg dikatakan itu sbnrnya salah anggap. Bakteria masih bakteria, blm ada yg bertukar menjadi Protozoa.
#19
Posted 23 September 2009 - 07:46 PM
Oh ya. Saya kurang percaya dan tak setuju adanya creationis muslim/islam seperti yang sering diwar-war media barat. Kerana creationis ni munculnya dalam budaya kristian dan pegangannya pada penciptaan alam seperti yang ditulis dalam Genesis. Tapi apabila ada orang yang menentang teori evolusi dari kalangan ilmuwan muslim seperti Harun Yahya, label creationis mula 'disogokkan' kepada mereka sedangkan itu adalah propaganda yang tidak adil. Ini kerana bukan sahaja telah mengelompokkan para ilmuwan Islam ini pada posisi yang sama dengan creationist dari golongan kristian, tetapi turut memalitkan 'konotasi' negatif masyarakat barat yang ada pada label itu kepada para ilmuwan Islam.
Sekadar pandangan.
Err, bimbang juga bercakap terlalu terperinci tentang hal ini sampai menyimpang tajuk. Nanti jadi komen atas komen...bukan komen atas tajuk.
#20
Posted 05 October 2009 - 11:06 AM
Quote
qammelo4 wrote:
kalo dari air, nk kebumikan haiwa kene dlm air la en? hehe
emm spti yg kte maklum manusie brasal dr tanah, tpi nape dri air mani? tu bkan air ke?
#21
Posted 05 October 2009 - 08:10 PM
*assalamualaikum
Di dalam Al Quran, harus juga ada kisah terdahadp kejadian sekelian alam termasuk binatang-binatang dan manusia.
Cuma; ada juga perkara yang ianya harus pula mendapat sokongan dari hadith-hadith yang syahih.
Sebahagian pula terdapat keterangan dari Kitabullah yang lain,
"Kitab Kejadian" ada menerangkan tentang kejadian; langit da bumi seterusnya pengisiannya; antara lain:
Saya ambil sebahgian petikan: dari Kisah Penciptaan Alam:
RIWAYAT PERTAMA:
Ayat 20 sampai 23
20.
"Maka firman Allah: Hendaklah dalam segala air itu menggeriak beberapa kejadian yang bernyawa dan yang sulur menyulur, dan hendaklah ada unggas terbang di atas bumi dalam bentangan langit.
21.
Maka dijadikan Allah akan ikan raya yang besar-besar dan segala binatang sulur menyulur yang menggeriak dalam air itu tetap dengan tabiatnya, dan segala unggas yang bersayap dengan tabiatnya, maka dilihat Allah itu baik adanya.
22.
Maka diberkati Allah akan dia, firmannya: Jadilah biak dan bertambah kamu dan damaikanlah air yang di dalam laut itu dan hendaklah segala unggas itupun bertambah-tambah di atas bumi.
23.
Setelah petang dan pagi maka itulah hari yang kelima."
NOTA:
Satu hari pada kiraanNya ( di Langit ) bersamaan 1000 ( seribu tahun ).
Hari penciptaan binatang-binatang dibumi adalah pada era tahun yang ke 4001 hingga 5000 tahun, sejak bermula sejak diciptakan langit dan bumi.
Secara jelas: Teori Darwin adalah teori yang bertentang dengan Kitab Kejadian, Injil mahupun Al Quran, ia adalah teori pemesongan manusia ke arah menulak Kitabullah lalu menghampiri Athies..
nota: sumber Kitab Kejadian dan yang disesuaikan dengan Al Quran.
Allahu a'lam.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.

Help








