Komuniti iluvislam.com : # ASB : Apa Hukumnya? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

# ASB : Apa Hukumnya?

#16 User is offline   noman 

  • Group: Members
  • Posts: 621
  • Joined: 12-September 06

Posted 18 January 2008 - 05:24 PM

salam.. benda ni dah lama berlalu, tapi sbb la ni baru boleh online, jadi saya ambil kesempatan ruang yg sedikit ini.. merujuk kata2 saya di atas, saya telahpun merujuk kepada pegawai di PNB. panjang juga klu nak jelaskan dan saya rasa there's a little bit of inappropriateness if i were to discuss it here.. therefore, apa yg saya boleh simpulkan, ustaz zaharuddin mempunyai ilmu dan pandangan yg betul, dan prof mahmood zuhdi juga mempunyai ilmu dan pandangan yg betul.. cuma terjadi perselisihan dalam definisi beberapa perkara dan approach masing2 dalam menilai sesuatu.. sesiapa yg berhasrat mendengar nasihat drpd UZAR berkenaan ASB, maka teruskan dan berteguhlah dgn apa yg anda pegang sambil berilmu. juga sesiapa yg berpegang dgn pandangan ASB halal seperti yg dikemukakan prof mahmood zuhdi, juga teruskan dan berteguhlah dgn apa yg anda pegang sambil berilmu.. with that, saya rasa xde apa lagi yg perlu diperbincangkan berkenaan ASB.. tapi klu ada yg nak taruk apa2 lagi kat sini, boleh aje.. info lanjutan, boleh PM or emel saya. info LEBIH lanjut, boleh terus ke UZAR atau pihak berautoriti yg boleh menjelaskan perkara kpd anda.. salam mesra dari sahabat ini yg dah lama xdapat log in akibat masalah connection..
0

#17 User is offline   mariaseto88 

  • Group: Members
  • Posts: 697
  • Joined: 03-February 08

Posted 04 February 2008 - 02:38 PM

ehm... interesting...*clap* sy pn xtau nk komen pe..... sbb sy pn krg pngetahuan gak dlm hal neh.. *blushing*
0

#18 User is offline   kasihsayang 

  • Group: Members
  • Posts: 128
  • Joined: 15-August 07

Posted 04 February 2008 - 03:38 PM

fatwa terbaru dari majlis fatwa:HARUS

Quote

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak. Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah). Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN. ‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini. Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara. Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf. ‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang. ‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.
[url]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm[/url]

0

#19 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 09 April 2008 - 12:07 AM

banyak sumber dari thread ni,,,thanks!=)
0

#20 User is offline   helmisuhaimi 

  • Group: Members
  • Posts: 116
  • Joined: 14-October 08

Posted 03 December 2008 - 07:05 PM

Walaupun isu kat Thread ni dah lama tapi saya tetap mahu memberikan pandangan saya. Pada saya isu ASB dan ASN memerlukan 'review' semula dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana mungkin ia menyebabkan pelbagai kekeliruan antara umat Islam di Malaysia. Pertama sekali kita perlu tahu dan jelas dengan fatwa yang dikeluarkan. Bukan mahu memperlekehkan Fatwa yang dikeluarkan, tetapi perkara ini mestilah di jelaskan kepada semua umat Islam mengenai maklumat perbincangan mesyuarat. Sedakar kenyataan akhbar pada saya tidak mencukupi kerana ramai cendiakawan dan pakar serta ahli akademic mahuikan penjelasan, Sememangnya isu ini teramat kompleks mahu dibincangkan kerana usul dan keputusan mesyuarat tidak jelas dan mungkin terabaikan oleh rakyat Malaysia. tetapi sepatutnya dan semestinya keputusan diwar-warkan dengan jelas. Ini kerana dalam Islam jika fatwa diwujudkan kenyataan jelas mengapa diusulkan fatwa itu dikeluarkan. Jika tidak ini yang menyebabkan perbalahan berlaku. Ini tidak bermaksud saya tidak menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan serta Ulama' yang pernah mengeluarkan pendapat. Imam Syafie sendiri pernah berkat "Jika ada pendapat dan hujah yang lagi jelas dan kukuh selain daripada hujah yang aku keluarkan, maka ambil dan terimalah hujah itu dan tolaklah pendapatku" Ini juga memerlukan 'transparency' oleh pihak Majis Fatwa Kebangsaan. Tanpa 'Transparency' sendiri, pelbagai masalah berlaku. Isu Harus perlu diperjelaskan danmungkin perbincangan terbuka perlu dilakukan. Ini kerana ia melibatkan Ekonomi dan Muamalah umat Islam. Maslahah yang diperkatakan perlu jelas kerana pelbagai alternatif Muamalah Islam tersedia di pasaran (walaupun sering juga dipersoalkan). Sekurang-kurangnya isu 'capital guaranteed' disisihkan dari alternatif pelaburan Islam yang sedia ada contohnya dalam CIMB Wealth Advisors yang menyediakan pelbagai dana pelaburan Islam. Dalam isu Maslahah yang diperkatakan juga boleh dipersoalkan. Mungkin jika tiada alternatif seperti yang saya perkatakan tadi bolehlah dikatakan Maslahah. tetapi di masa kini pelbagai Alternatif dan pelaburan Islam tersedia. Ambillah yang jelas. Maslahah yang diwar-warkan mestilah diperjelaskan kerana konsep Maslahah tidak boleh di guna pakai jika ada yang jelas halal. Untuk pengetahuan semula 'Capital Guaranteed' adalah haram kerana dalam legal maxim “ al-ghorm bil ghonm” – “no reward without risk” iaitu tiada keuntungan tanpa risiko. Mewnunjukkan bahawa jika 'capital guaranteed' di ambil kira sah bahawa tiada risiko langsung dalam perlaburan ASB. Jadi mari kita sama fikirkan. OIC Fiqh Academy juga mentafsirkan yang mana modal yang 'guarantee' adalah haram bagi pihak pertama tetapi tidak di pihak ke tiga. Ada juga bertanya: Adakah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh dipertikaikan. Jawapan nya adalah boleh. Yang tiada boleh dipertikaikan adalah dengan jelas Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membuat kajian tentang ASB dan ASN serta pelaburan di Malaysia yang boleh menimbulkan spekulasi secara akademik dan realiti. InsyaAllah dan bersamalah kita berfikir sentiasa dalam mencari kebenaran. Wallahualam
0

#21 User is offline   noman 

  • Group: Members
  • Posts: 621
  • Joined: 12-September 06

Posted 22 December 2008 - 10:19 AM

isu mengenai capital guaranteed ini ada diperjelaskan dalam buku panduan syariah berkenaan muamalat yang dikeluarkan oleh BNM.. boleh lihat isi kandungannya dan saya bercadang sesiapa juga boleh bertanya terus dengan PNB atau pihak-pihak lain untuk mengetahui situasi semasa. bukan bermakna buku yang dikeluarkan BNM itu adalah sumber rujukan utama, tetapi ia merupakan kumpulan hukum-hukum yang berkaitan dengan muamalat Islam, yang diambil dari sumber rujukan umat Islam dan diterangkan dan dikaitkan dengan sistem sedia ada di Malaysia. justeru, jgn salah sangka bila saya menyatakan boleh lihat/rujuk buku tersebut. seperti yang disebutkan juga, perlunya penjelasan dan to some extent, transparensi berkenaan hal ini. maka, itulah juga kiranya saya mencadangkan untuk BERTANYA jika ada apa-apa kekeliruan yang timbul; bertanya dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, bertanya dengan UZAR, bertanya dengan PNB dan sebagainya agar segala yang diperkatakan lebih jelas.. wallahu a'lam..
0

#22 User is offline   helmisuhaimi 

  • Group: Members
  • Posts: 116
  • Joined: 14-October 08

Posted 28 December 2008 - 10:28 PM

Yup isu capital guaranteed mmg banyak telah dijelaskan. Kenyataan mesyuarat pada saya perlu dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukan sekadar keputusan. Pertanyaan direct kepada PNB mungkin agak susah sebab diorang berlandaskan apa yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Lebih bagus direct kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa fatwa itu dikeluarkan dengan mendapatkan jawapan yang detail.
0

#23 User is offline   taliban_UM 

  • Group: Members
  • Posts: 20
  • Joined: 20-September 08

Posted 14 January 2009 - 02:03 AM

kesimpulannya boleh melabur dalam ASB atau tidak ??!!! runsing2!!!*hmm* kalau ianya haram...berapa juta org islam malaysia sedang menanggung dosa so *help* berikan jawapan yang konkrik *hmm*
0

#24 User is offline   aman87 

  • Group: Members
  • Posts: 272
  • Joined: 27-October 07

Posted 14 January 2009 - 04:08 AM

salam.. saudara taliban_UM, bolehlah go through balik apa yg dibincangkan dalam thread ini.. InsyaAllah, akan berjumpa jawapannya...if xyakin, xyah buat.. rasa mudharat sngt, xyah melabur.. Alhamdulillah, family ana xpernah melabur dalam ASB.. tapi, nk melabur.. dan tahu hukum.. silalah.. jawapan konkrik xda.. isu nie menjadi satu perbahasan yg hangat.. tapi boleh baca balik apa Ustaz Zaharuddin tulis, saudara noman dan saudara helmisuhaimi.. siap ada fatwa kebangsaan keluarkan fatwa lagi.. mantap sangat penerangan dan sumber2 yg mereka ambil.. in the end of the day.. benda nie akan kembali kepada saudara taliban_UM.. answer ada pada diri saudara sendiri.. InsyaAllah... teringat satu hadis, 'tinggalkan apa yang kamu ragui dan ambillah apa yg kamu tidak ragui' (al-Tirmidhi)-40 hadis imam nawawi*yes*
0

#25 User is offline   adeyroha 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 14-July 08

Posted 19 January 2009 - 03:47 AM

Salam wbt. Suatu tajuk perbincangan yang baik dalam slot ini. Saya suka berkongsi pandangan yang ringkas dan mudah kpd semua... Jika ia telah menjadi isu topik perbincangan yg hangat! sudah tentunya ada ketidaksempurnaan dalam urusan muamalat instrumen tersebut yg perlu dimuhasabah, diperbaiki dan diperkemaskan oleh pihak yang telah diberi amanah secepat mungkin. Supaya instrumen dana pelaburan tersebut lebih patuh syariat dan tidak menyebabkan ia menjadi was-was utk umat Islam melaburkan wang drp punca rezekinya yg halal agar dapat menjana tabungan yg juga halal dan barakah utk dibelanjakan, ditunaikan zakat, amal jariah dan diwariskan kelak kpd generasi waris akan datang. Sekadar menyampaikan peringatan utk manfaat semua bahawa keuntungan yg kita hdk perolehi drp aktiviti pelaburan tersebut bukan sahaja utk di dunia walhal titik beratkan juga keuntungan di akhirat. Bahasa mudahnya SEIMBANG DUNIA & AKHIRAT [2:201], insyaAllah. Demi mencapai Kehidupan Terbaik (HAYATAN TAYYIBAH) [16:97]. Cadangan kepada mereka yg telah melabur dan kemudian berasa was-was, adalah lebih baik meng'HIJRAH'kan pelaburan pokoknya kpd instrumen dana yg lebih patuh syariat dan boleh mencapai pulangan yg lebih tinggi. Banyak pilihan yg lebih baik di luar sana yg diuruskan oleh syarikat pengurus dana yang bagus rekod prestasinya dan yg PENTING patuh syariat. "Biarlah rugi di dunia, tetapi untung di akhirat kelak, insyaAllah." Wassalam wbt. www.hijrahwealth.com ~Berpesan-pesan kpd kebenaran dan berpesan-pesanlah kpd kesabaran~
0

#26 User is offline   iqbal86 

  • Group: Members
  • Posts: 2,904
  • Joined: 03-May 08

Posted 17 February 2009 - 06:07 PM

Melabur je kat saham akhirat...WAKAF ! :) Sori off topic.. :P
0

#27 User is offline   aKu_ker0r0 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 18-September 08

Posted 20 February 2009 - 09:59 PM

• Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB • Jawapan Ringkas • Soalan : Pak Di • 1) Apakah alternatif pelaburan yang ada untuk orang Islam? Setahu saya, ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten. ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia? RESPOND UST ZAHARUDDIN (uzar): Pertama, perlu difahami di dalam Islam, tidak semua perkara yang diharamkan akan ada alternatifnya. Justeru tidak harus menyalahkan Islam apabila tiada alternative. Sebagai contoh : "Apakah alternatif bagi orang ingin melakukan hubungan seks tanpa perlu bernikah? " Jawabnya : Kahwin..tapi kahwin perlukan nikah. Justeru ia sudah isu berlainan. Maka jawab yang lebih specific, tiada alternatif, cuma peggantinya ada iaitu IKUT PERINTAH ALLAH SWT, tinggalkan shahwat yang tidak menurut kehendak Allah itu. Dalam fakta yang diberitahu penanya di atas, "ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten." Ini bukan ciri pelaburan Islam yang telah saya sebut dahulu iaitu :- Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ; Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko". Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin). Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat. Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu. Pak Di mempersoalkan lagi "ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?" RESPOND : •1) Keadaan kesukaran yang digambarkan tiada kaitan dengan hukum, segala kesulitan yang bersifat luaran ini tidak akan menjadikan sesuatu yang haram atau riba itu bertukar kepada harus. Ini kerana kesukaran ini berbentuk hal "tahsiniyat" iaitu perkara tambahan dalam kehidupan dan bukannya asas dan keperluan utama seseorang, buktinya ramai orang yang tidak melabur dalam dunia ni, tapi masih boleh hidup aman damai. Justeru, kesukaran dalam bentuk begini TIDAK SAMA Sekali akan menjadikan haram itu harus. •2) Jawapan lain saya adalah, ia adalah tertakluk kepada inisiatif kerajaan sendiri, jika kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hub Kewangan Islam Antarabangsa, sepatutnya disediakan pelaburan dengan caj minima yang lebih rendah dari yang wujud. Tetapi masalahnya, dalam pelaburan Islam yang tulen, adakah anda boleh melabur dengan RM 10 ? Adakah jumlah itu ia boleh membantu sesuatu projek perusahaan? Jawabnya, boleh iaitu apabila nilai itu dikumpul seramai puluhan ribu orang, maka untung juga akan menjadi semakin mengecil, walaupun ia kecil, tapi ia halal. Kesimpulana, ketiadaan dana amanah swasta yang halal serta membolehkan dimulakan dengan RM 10, tidak akan menjadikan seseorang itu harus melabur di tempat yang haram. 2. Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram? RESPOND: Bezanya adalah :- •1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. •2- ASB adalah dana yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, guna aqad pelaburan dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak. KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan. 3. Kalau ASB haram, maka orang Islam wajib keluarkan semua duit dari ASB, maka PNB akan kehilangan berbilion ringgit duit pelabur Islam. Justeru, apa yang akan jadi dengan Maybank? Apa akan terjadi dengan pegangan strategik orang Islam dalam sektor perbankan? Bukankah Maybank bank terbesar di Malaysia. Bank kedua terbesar di Malaysia adalah Public Bank yang dimiliki oleh orang bukan Islam. RESPOND : Tak perlu bertindak begitu secara drastik, bagi yang belum melabur, cari dana amanah yang ada penasihat Shariah dulu, kemudian pengurusan ASB boleh bertindak berikut :- •a- Melantik Majlis Penasihat Shariah khas untuk ASB, ASN dan lain-lain dana pelaburan. Tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh Majlis Penasihat Sharian ini kelak. •b- Menghentikan pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum maturity dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk ‘HIJRAH' yang besar. •c- Menghadkan penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan antarabangsa yang disahkan Shariah. Sebagaimana Public Ittikal buat, ia mengambil IBFIM sebagai penasihat Shariah. Untungnya dari pelaburan ini juga adalah hebat. •d- Atau jika tak nak, asingkan dua dana, satu pelaburan terbuka ( saya berlepas diri dari dana ini), satu lagi khas untuk pelaburan di kaunter Islam sahaja, tetapi mungkin pulangan akan mengecil sedikit, jadinya setiap individu boleh memilih. Yang prihatin urusan halal haram akan ke dana Shariah ASB, yang terbuka, terpulang. •e- ASB mengkhususkan pelaburan sekitar 30 % di dalam Maybank itu adalah khas untuk operasi MAYBANK ISLAMIC window sahaja, dan bukannya secara terbuka seperti sekarang. Dan banyak lagi yang boleh difikirkanoleh Majlis Penasihat bersama pengurusan ASB. * f- Mendapatkan jaminan terhadap modal dari piohak ketiga yang bukan PNB dan bukan kerajaan. Syarat untuk diiktiraf sebagai pihak ketiga menurut keputusan Majma Fiqh Islami (Kesatuan Majlis Fiqh Sedunia) adalah mana-mana institusi yang terasing dari PNB dan bukan dimilki oleh OPNB atau kerajaan lebih dari 49 % sahamnya; yang mana jika ia salah satu syaraikat di bawah kerjaan juga, mestilah kerajaan tidak memiliki lebih dari 49 % sahamnya. Tatkala itu syarikat itu boleh memberikan jaminan terhadap modal ASB dan ia adalah harus menurut pandangan uilama Shariah sedunia. Terselamatlah aqad ASB dari masalah Shariah. Tidaklah sesukar mana jika ada keinginan. Sudahlah Syed Mokhtar al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam? Apa akan jadi dengan DEB? Sebab kurangnya pegangan ekuiti Melayu di Maybank, maka makin jauh lah pegangan ekuiti Melayu di Malaysia. RESPOND : PNB boleh mengekalkan pegangan equitynya di Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia dari modal dana ASB. Guna dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh terus dimanfaatkan oleh kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti tebus balik modalnya yang digunakan, jika ada lebih boleh guna untuk bagi subsisdi Toll juga. Lebih tepat, Majlis penasihat PNB boleh menasihatkan apa yang perlu dilakukan. Lalu berharaplah kita pada BIMB Holdings yang tidak tersenarai pun sebagai top 100 (Komponen KLCI) untuk maju sebagai bank Islam. Untuk mengatasi masalah BIMB pun kena panggil "orang luar", iaitu pegawai bank dari Citibank, bukannya orang yang terlibat secara langsung dengan perbankan Islam. Sedangkan dengan adanya pegangan PNB, banyak teknologi dan kemudahan bank konvensional boleh dipelajari untuk terus memajukan bank Islam. Mungkin tidak melalui BIMB, tetapi Maybank Islamic Windows. 4. Mungkin saya agak terkasar dan terlajak, tapi sebab saya sayangkan Islam, saya mahu anda semua, sahabat seIslam saya fikir lebih jauh sebelum mengeluarkan hukum. Isu ASB bukan isu yang mudah. RESPOND : Memang bukan mudah , kerana telah terlampau lama bersarang dengan cara ini. Jika ada iman di dada, ia pasti boleh dilaksanakan tanpa beralasan banyak. Kerana itu Allah SWT berfirman ertinya : " Dan manusia itu adalah yang paling banyak ber' jidal ‘ berdebat (tentang tanggung jawab yang arahkan) " Kerana itu , berfikir lebih jauh sebelum melabur.
0

#28 User is offline   iqbal86 

  • Group: Members
  • Posts: 2,904
  • Joined: 03-May 08

Posted 23 April 2009 - 06:20 PM

Quote

ASM kaum Cina habis Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH pengarang@utusan.com.my JOHOR BAHRU 22 April - Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya. Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan. Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu. "Memandangkan masih terdapat 446 juta unit lagi untuk langganan oleh kaum India, saya menyeru agar mereka merebut peluang membelinya. "Pelabur bumiputera dan kaum India juga tidak sepatutnya melepaskan peluang melabur dalam ASM," katanya. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penawaran unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion ketika melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM) yang dianjurkan di negeri Johor. Langganan unit amanah itu dihadkan kepada 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun bertujuan memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia melabur. Sementara itu, Hamad Kama Piah mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk melabur dalam ASM, supaya merebut peluang berkenaan melalui penawaran 2 bilion unit tambahan ASW 2020 yang akan dibuka langganannya mulai 27 April ini. Beliau berkata, tawaran unit-unit ASW 2020 itu adalah tertakluk kepada peruntukan 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus kepada bukan bumiputera. Katanya, had pelaburan sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun juga akan dikenakan sepanjang tempoh tawaran.
berdasarkan laporan diatas, ada dua kemungkinan, 1. org melayu islam telah faham tentang masih terdapat unsur RIBA dalam pelaburan ASNB walaupun Majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan hukum HARUS, dengan demkian mereka tidak membeli unit2 amanah saham tersebut.. atau 2. Orang melayu islam memang tdak berkemampuan untuk memiliki unit2 saham tersebut..
0

#29 User is offline   army00 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 09-April 09

Posted 29 April 2009 - 12:33 PM

saya rasa tidak timbul isu tak mampu untuk beli asb sebab asb boleh dilabur dengan hanya starting investment sebanyak rm100. Saya rasa mungkin sebab yang pertama kerana skim ini mengandungi unsur-unsur riba dan gharar. sepatutnya PNB harus mengumumkan bahawa amanah saham yang mereka kuarkan mematuhi prinsip2 syariah yang semestinya memberikan keuntungan kepada PNB sendiri dan seterusnya kepada kaum Bumiputera.
0

#30 User is offline   iqbal86 

  • Group: Members
  • Posts: 2,904
  • Joined: 03-May 08

Posted 29 April 2009 - 01:01 PM

eh..aku baru terperasan... yang korang bincangkan ni hanya melbatkan ASB sahaja kan ? maksudnya FATWA harus itu hanya untuk ASB sahaja kan ? bagaimana pula status ASW 2020, ASN, AS didik, dan lain2.. adakah ianya sama status seperti ASB ? ps : aku cadangkan agar ASNB try wujudkan unit amanah baru..ASB-Islamic..hehe
0

Share this topic:


  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic