Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh,
Alhamdulillah, saya terasa terpanggil untuk berkongsi sesi ini di iluvislam, dan sekadar maklumat, ada juga thread ini di lama forum lain, ada beberapa forummers mencadangkan sy untuk membuat kelas maya, dan Alhamdulillah saya cuba juga untuk buat kelas menulis khat di forum, agak sukar juga nak jadikannya kepada bahasa membaca...buat permulaan, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai seni khat dan jawi dengan mengadakan kelas maya, insyaAllah saya akan cuba mengajarnya dari awal, iaitu dari segi persediaan hingga belajar menulis huruf tunggal, sambungan huruf, dan seterusnya kepada menulis ayat. Di samping itu juga, saya akan cuba menyelitkan sedikit mengenai jawi, ianya berkait rapat dengan bidang seni khat, jadi penguasaan jawi dan khat perlulah seiring :)
Dan diharapkan juga pada mereka yang ada info atau apa² sahaja berkaitan khat dan jawi bolehlah update disini, dan juga saya mengalu-alukan bantuan dari saudara Effy Saiful (salah seorang crew dalam team management) untuk membantu saya, kerana dia juga ada kepakaran yang sama:)
Buat permulaan kelas ni, perlulah tahu serba sedikit mengenai jawi. InsyaAllah, setiap tujuan ada objektifnya, dan objektif yang ingin saya capaikan dalam kelas ni adalah:
• Dapat mengenali dan mengenalpasti jenis-jenis khat
• Dapat menulis menggunakan tulisan khat Nasakh
• Dapat memahami dan menguasai tulisan jawi dengan baik
• Dapat memahami dan boleh membaca ejaan dan tulisan jawi dengan baik
"Marilah bersama-sama memartabatkan dan membudayakan seni khat dan jawi dalam kehidupan seharian"

Mari Belajar Khat & Jawi
#1
Posted 11 October 2008 - 03:01 AM

#2
Posted 11 October 2008 - 03:02 AM
#3
Posted 11 October 2008 - 04:25 AM
Pena Resam & Buluh
Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).
• Kertas
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah
• Dakwat
Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar (shining) selepas kering. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya. Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis.
Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat. Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan keseragaman dakwat tu apabila ditulis.
• Buku rujukan (Qawaid)
Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis khat terkenal seperti Hashim Muhammad al-Baghdadi, Hamid Hamidi, Syed Ibrahim, dan sebagainya. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut persekitaran dan budaya penulisan negara masing-masing. Perlu diingatkan, penulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut qawaid (undang-undang), ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan qawaid tulisan yang tepat. Oleh itu, rujukan amat perlu dalam mempelajari seni khat ini, cara yang terbaik adalah dengan berguru.
• Cara memegang pen
- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.
• Suasana semasa menulis
- Suasana mestilah tenang dan kemas.
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas.
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat.
• Psikologi menulis
- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan.
- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.
• Latihan
- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat.
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih tubi yang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan.
#4
Posted 12 October 2008 - 01:06 PM
#5
Posted 17 October 2008 - 05:08 AM
#6
Posted 17 October 2008 - 06:48 AM
Khat Kufi (dari jenis Kufi Murabba' iaitu kufi bersegi)
©copyright callidesign™
#7
Posted 17 October 2008 - 04:33 PM
#8
Posted 17 October 2008 - 05:28 PM
#9
Posted 18 October 2008 - 09:31 AM
#10
Posted 18 October 2008 - 09:39 AM
Quote
#11
Posted 18 October 2008 - 11:36 AM
#12
Posted 18 October 2008 - 03:00 PM
Quote
Quote
#13
Posted 19 October 2008 - 06:27 AM
Quote
#14
Posted 19 October 2008 - 06:31 AM
Quote
#15
Posted 19 October 2008 - 06:33 AM
Quote

Help