Komuniti iluvislam.com : *Jenama Pewarna Rambut Berstatus Halal : Hukum Memakainya? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • This topic is locked

*Jenama Pewarna Rambut Berstatus Halal : Hukum Memakainya?

#1 User is offline   rafsya 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-January 08

Posted 08 January 2008 - 10:39 AM

Assalamualaikum w.b.t, *pc*betul ker ade kawan2 sya ckp pkai dye rambut shurah tue halal n leh pkai even tuk solat....*shock* *hmm*tp stau raf inai je yg dbnarkan kan???*nerd* *help*raf nk mnta pndapat ckt? trima kasih ats sume pndapat*iluvislam* wasalam...
0

#2 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 08 January 2008 - 10:57 AM

eh,,saya tengok kat pasaran sekarang mostly dye rambut halal kan? tak boleh pakai ka??
0

#3 User is offline   princess86 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 09-January 08

Posted 09 January 2008 - 06:41 AM

salam... kebanyakkan kedai sekarang byk yg jual dye yg halal..tp tu dr segi bahan2 nye aje..ada kitab feqh mengatakan wanita tk boleh mewarnakan rambut sbb ia menghalangi laluan air ketika kita mandi hadas..sbb klu kite wrnakan rmbut..air akn menghalangi jadi hukumnya tak sah..mengenai inai plak ana penah diskuz dgn kwn2..ader yg mgtakan inai tk boleh digunakan melainkan seseorg tu dh nak menikah baru la dia boleh warnakan rmbut dgn inai.. waallahu'alamm.. p/s;jika ana ader kesilapan dlm memberi pandangan ni..tegur2lahh ye..:D*iluvislam*
0

#4 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 11 January 2008 - 12:17 AM

alamak dah keliru sikit ni,,,habis even kandungannya halal n dah disahkan oleh jakim,,,dye masih tak blh pakai jugak? harapnya princess86 dapat terangkan maksud saudari tu...
0

#5 User is offline   aljohori 

  • Group: Members
  • Posts: 581
  • Joined: 09-November 07

Posted 11 January 2008 - 02:00 AM

Alhamdulilah Aljawab Berkenaan dengan hukum dye kan rambut ni,para ulama sudah lama bahaskan.Antaranya adalah Imam Nawawi dalam syarah Sahih Muslim.Kata beliau: “Hukum mewarnakan rambut untuk menutup uban adalah Sunnah ,Sunnah mewarnakannya kecuali dengan warna hitam”.( syarah Muslim, 14/266). Dalilnya: "Ubahlah (warnakanlah) rambut putih ini, dan jauhilah ia dari warna hitam." (Riwayat Muslim) Pandangan ini disokong dan disahkan oleh Lajnah Fatwa Al-Azhar .Manakala menurut , Prof Hasbi Siddiqie ((Hukum Fiqh Islam) berpendapat bahawa hukum yang paling rajih adalah makruh. Untuk mewarnakan rambut tu,kena pastikan sama ada dye itu menghalang air atau tidak.Kalau ia menghalang air maka tidak boleh,walaupun bahan itu halal sekalipun.Selalunya perwarna asli seperti inai dan katam tidak menghalang air,so boleh la guna. Perempuan dye rambut boleh,tapi bagi wanita yang sudah berkahwin semata-mata untk suaminya.Dan suaminya pon suka..Kebanyakaan majlis fatwa menghukumnya sebagai harus,antaranya lajnah fatwa al-azhar. WaAllahualam
0

#6 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 12 January 2008 - 01:18 AM

assalammualaikum,,senang hati *grin*dah tahu hukum yg sebenar,,so tak salahlah warnakan rambut......makasih daun keladi,,,esok2 terang kan lagi dalam thread yg lain pulak,,kihkihkih
0

#7 User is offline   inni_akhafullah 

  • Group: Members
  • Posts: 11
  • Joined: 30-January 08

Posted 01 February 2008 - 12:42 AM

salamm.. judi nombor ekor, hukumnya haram.. tapi bende ni jd halal, klu ada govermnt bg lesen yg sah..
0

#8 User is offline   rafsya 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-January 08

Posted 14 February 2008 - 03:23 PM

hbs tu....dye shurah tu yg kat pasaran leh guna x?
0

#9 User is offline   daunhijau 

  • Group: Members
  • Posts: 22
  • Joined: 19-February 08

Posted 19 March 2008 - 01:10 PM

tambahan dari penjelasan ust al-johari: mewarna rambut hanya diharuskan di dalam beberapa keadaan sahaja. antaranya : - seorang lelaki yang beruban ingin menyertai peperangan. diharuskan mewarna rambut (dengan bahan yang diharuskan seperti inai dan yang seumpamanya) untuk kelihatan lebih gagah dihadapan musuh. -seorang isteri yang diminta oleh suami utk mewarnakan rambut, khusus utk suami sahaja (dengan bahan2 yang diharuskan). **mgkn ada lagi keadaan yang diharuskan. tapi perkara di bawah ini perlu diambil kira: adapun selain daripada keadaan di atas, HARAM hukumnya mewarna rambut walaupun dengan menggunakan bahan yang halal kerana ia dikategorikan di dalam at-tadlis (penipuan). oleh itu, jika anda tidak tergolong di dalam 2 kategori di atas, anda bukan lelaki tua yang ingin berperang supaya tampak muda dan gagah, dan anda bukan isteri yang diminta oleh suaminya utk mewarnakan rambut, maka hukum mewarna rambut adalah HARAM. wallahu a'lam minta tambah atau betulkan kalau ada kesalahan
0

#10 User is offline   sue_cella 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 14-March 08

Posted 29 March 2008 - 03:19 PM

salam.bettr x yah wanakan rambut,yang sedia ada kan dah cantik..x yah pening2 kpala...hehehe*hypo*
0

#11 User is offline   edogawa 

  • Group: Members
  • Posts: 14
  • Joined: 04-April 08

Posted 18 April 2008 - 09:03 AM

Ni jawapan Dato Dr. Masitah PERBUATAN mewarnakan rambut dengan inai atau apa saja bahan yang halal tidak dilarang oleh Islam cuma perkara yang dilarang ialah menggunakan bahan yang mungkin menghalang air daripada terkena pada rambut. Apa yang perlu diperhatikan di sini bahawa tujuan mewarnakan rambut itu ialah untuk memperelokkan lagi rambut dan menyihatkannya. Jika warna yang diletakkan pada rambut itu boleh menimbulkan aib seperti mewarnakannya dengan warna hijau, jingga dan sebagainya, sudah tentu ini menyimpang daripada maksud sebenar keharusan berkenaan yang disebut dalam sebuah hadis bermaksud, “Barangsiapa yang ada rambut hendaklah dia menjaganya dengan sempurna��?.
0

#12 User is offline   nasi lemak 

  • Group: Members
  • Posts: 112
  • Joined: 21-December 07

Posted 18 April 2008 - 10:13 AM

Quote

rafsya wrote: hbs tu....dye shurah tu yg kat pasaran leh guna x?
ni apa yg sy paham la stakat ni... btol la kalo ikut penerangan aljohori n laen2 2.. utk lebih jelas dye@pewarna = halal cz dr bhn yg halal.. penggunaan@mendye = depends pd keadaan..bhn dye,tujuan dll.. tapi kalo da cm kaler pelangi.. kalo xpon cm traffic light.. better xpyh la rafsya ~saya budak baru blajo~
0

#13 User is offline   alikhwan 

  • Group: Members
  • Posts: 20
  • Joined: 11-September 07

Posted 18 April 2008 - 10:40 AM

salam,,,.. bagi pandangan ana maslah mewarna rambut nie ana kurang tahu mengenai hukum tapi ana memang tidak suka la orang yang mewarnai rambut...cam menyalahi hukum allah plak...harap spa-spa yang tahu mengenai hukum mewarnai rambut bolehlah send kpd ana...wallahuaklam...
0

#14 User is offline   HafizAdam 

  • AkuDarahAnakMalaysia
  • Group: Members
  • Posts: 3,200
  • Joined: 14-August 07
  • LocationCairo, Egypt

Posted 18 April 2008 - 11:04 AM

aljohori telah menjawab:

Quote

Alhamdulilah Aljawab Berkenaan dengan hukum dye kan rambut ni,para ulama sudah lama bahaskan.Antaranya adalah Imam Nawawi dalam syarah Sahih Muslim.Kata beliau: “Hukum mewarnakan rambut untuk menutup uban adalah Sunnah ,Sunnah mewarnakannya kecuali dengan warna hitam”.( syarah Muslim, 14/266). Dalilnya: "Ubahlah (warnakanlah) rambut putih ini, dan jauhilah ia dari warna hitam." (Riwayat Muslim) Pandangan ini disokong dan disahkan oleh Lajnah Fatwa Al-Azhar .Manakala menurut , Prof Hasbi Siddiqie ((Hukum Fiqh Islam) berpendapat bahawa hukum yang paling rajih adalah makruh. Untuk mewarnakan rambut tu,kena pastikan sama ada dye itu menghalang air atau tidak.Kalau ia menghalang air maka tidak boleh,walaupun bahan itu halal sekalipun.Selalunya perwarna asli seperti inai dan katam tidak menghalang air,so boleh la guna. Perempuan dye rambut boleh,tapi bagi wanita yang sudah berkahwin semata-mata untk suaminya.Dan suaminya pon suka..Kebanyakaan majlis fatwa menghukumnya sebagai harus,antaranya lajnah fatwa al-azhar. WaAllahualam
berkenaan dgn jenama Shurah pula, jika bahannya halal (mestilah halal kan?) maka kita boleh guna dengan syarat seperti yang telah aljohori sebutkan iaitu tidak menghalang air. untuk mengetahui sama ada menghalang air atau tdak, biasanya yang menghalang air adalah bersifat seperti minyak iaitu tdak bercampur dgn air. bagi perempuan berkahwin: boleh dye rambut tapi dengan izin suami sbb rambut korang suami boleh tengok.. bagi yang belum berkahwin: boleh dye rambut (tp korg dye ke x, same je sbb pakai tudung gak kan?). ini bdasarkan knyataan drpd aljohori - kalau salah hrp dbetulkan. tp bg saya, x perlulah dye rmbut kecuali utk tujuan yg perlu seperti kesihatan krn pmikiran msyrkt yg memandang serong terhadap mreka yg bermbut pelangi.. kepada mereka yang ingin reply, diharapkan agar membaca keseluruhan thread terlebih dahulu utk mengelakkan berlakunya pengulangan soalan dalam thread yang sama. wallahua'lam..
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • This topic is locked