Komuniti iluvislam.com : Tokoh-Tokoh Ilmuwan Islam - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Tokoh-Tokoh Ilmuwan Islam

#1 User is offline   pEaCeISLAM 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 22-December 08

Posted 24 December 2008 - 11:54 PM

Tokoh-Tokoh Ilmuwan Islam*assalamualaikum w.b.t. *bismillah ~Kongsi ilmu serta pendapat anda tentang tajuk yang ingin dibincangkan.~ ~Senaraikan semua tokoh ilmuwan Islam yang anda ketahui serta riwayat hidupnya.~ Harapan saya supaya ruangan ini menjadi rujukan untuk memantapkan lagi keilmuan Islam serta menjadikan para ilmuwan ini sebagai role model dalam diri & kehidupan seharian.. ~Ibnu Khaldun~ ~Al-biruni~ ~Al-Farabi~ ~Ibnu Qayyam~ ~Ibnu Sina~ kAlau kalian nak tambah ahli2 pengkaji bulan ke,bintang or etc.. silalah berbuat demikian janji merujuk kepada cara2 atau contoh2yg dapat diteladani bersama... *hmm* *pc* Membina Ummah Berkonsep Ilmuwan *insyaAllah *jazakallah *amin
0

#2 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:49 AM

*assalamualaikum Saya berkongsi sedikit dengan info yang ada : Ibnu Sina : (370-428H/980-103M) Bapa perubatan Nama sebenar : Abu Ali al Husaini bin Abdullah. Tempat lahir: di bukhara dan meninggal dunia di Hamadan Iran. Beliau meninggal dunia semasa di Hamadan ketika sedang menjalankan satu ekspedisi tentera Latarbelakang pendidikan : mempelajari agama sejak kecilnya dan menghafaz al Quran dan menguasai ilmu agama ketika belum berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan. Sumbangan : Menjadi guru ketika berusia 16 tahun. Mengarang sebuah kitab falsafah ketika berusia 21 tahun. Beberapa kali dilantik sebagai menteri. Karyanya : menghasilkan pelbagai karya dalam bidang falsafah, perubatan dan logik antaranya kitab Al Insaf yang mengandungi penghuraian 28,000 masalah. Mengarang kitab perubatan iaitu Asy Syifa’ dan Qanun fi at Tibb yang terdiri daripada lima jilid. Berbagai lagi kitab karangannya mengenai ilmu logik, fizik, metafizik, sains perubatan dan falsafah telah diajar ke sekolah dan institusi pengajian tinggi di Eropah sejak abad-abad pertengahan (1100H/1500M) dan lebih dikenali dengan nama Avicenna. Ibnu Sina telah cuba menggabungkan falsafah dengan teori-teori sains fizik. Dengan sebab itu, beliau digelar sebagai failasuf dan ahli fizik (tabib)
0

#3 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:49 AM

Ibnu Majid (838-913H/1507M) Ahli Pelayaran. Ibnu Majid nakhoda kapal yang terkenal, hidup dalam kurun ke 15 Masehi. Belayar dengan kapalnya di Lautan Hindi selama 60 tahun. Berjaya menjejakkan kaki ke pesisir pantai Cina, Hindi, Indonesia, Arab, afrika Timur dan Laut Merah. Beliau merupakan orang pertama yang menggunakan kompas di lautan dan menyelidik ilmu pelayaran dan telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku tentang pelayaran. Ibnu Majid telah belayar ke Lautan Hindi lebih awal daripada Vasco Da Gama.
0

#4 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:51 AM

Al Qazwani (Wafat 682H/1238M) Pakar Geologi Nama sebenar : Zakaria Imaduduin Abu Yahya Tempat dilahirkan : Qazwin Latarbelakang pendidikan : mengenali Ibnu Arabi dan belajar darinya di Damsyik, Syria. Pernah menjadi qadhi di Wasil dan Hillah. Sumbangan : menulis sebuah ensiklopedia yang merangkumi dalam kajian alam semulajadi, politik dan sejarah. Digelar sebagai Hirodoths kurun pertengahan dan Galinous Arab
0

#5 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:51 AM

Al Khawarizmi: (Hidup pada kurun ke 9M) Pakar Matematik Al Khawarizmi, ahli matematik yang hidup pada kurun ke 9 Masehi. Beliau menjadi ketua pustakawan al Ma’mun (Baitul Hikmah) di Baghdad. Al Khawrizmi menulis ilmu tentang ilmu geografi dan falak. Beliaulah orang pertama yang memperkenalkan ilmu algebra dan dapat menemui sifar (0) dalam “ilmu Hisab Hindi”
0

#6 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:51 AM

Ibnu Nafis(607-687H/1210-1288M) Penemu Saluran Darah Nama sebenar : Alauddin Abu al A’ala Ali bin Abi Al Hazam al Quraisy al Misri. Tempat lahir : Damsyik, Syria dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Latarbelakang pendidikan : mempelajari kedoktoran dengan la Dakhwar dan Imam al Israili. Disamping itu mengkaji ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadith dan ushul fiqh. Sumbangan : beliau menganalisa perjalanan darah dalam tubuh dan menghuraian ubat-ubatan serta cara memakannya. Beliau telah menemui sistem peredaran darah ke paru-paru 300 tahun sebelum penemuan oleh sarjana barat Harvey. Karya : mengarang buku menerangkan mengenai peredaran darah ke paru-paru. Mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuah ensiklopedia yang hanya dapat disiapkan 80 jilid dari 300 jilid yang dicadang olehnya. Beliau juga banyak mengarang dalam bidang falsafah, sirah nabawi, ulum hadith, bahasa dan perundangan Islam.
0

#7 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:52 AM

Ibnu Khaldun (732-806/1332-1406) Ahli Falsafah Merupakan ahli sejarah sosiologi dan falsafah yang palimg terkemuka pada abad ke 8/14 bukan sahaja di timur tetapi juga di barat Eropah. Nama sebenar : Abd al Rahman b. Muhammad. Tempat Lahir : Tunis pada 1 Ramadhan 732/27 Mei 1332. Latarbelakang pendidikan : Mendapat pendidikan awal di Tunis dan telah mempelajari asas-asas agama menerusi al quran, hadith dan fekah. Mahir dalam bahasa arab. Beliau telah menjelajah ke beberapa buah negeri seperti Maghribi, Sepanyol dan Mesir dan pernah dilantik menjadi ahli persuratan Istana di Fez dan menjadi hajib (sekarang ini menyamai perdana menteri) iaitu jawatan yang terpenting ketika itu di Bougie. Sewaktu di Mesir telah dilantik menjadi Hakim di Mahkhamah Raja. Karya : Kitab Muqaddimah dan Kitab al Ibar. Beliau telah dianggap sebagai pengasas falsafah sejarah dan ilmu sains sosial.
0

#8 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:53 AM

Ibnu Haytham (354-430H/965-1039M) Pakar Perubatan fizik Nama sebenar : Abu Ali al Hassan. Seorang pakar dalam ilmu matematik, fizik, kedoktoran dan falsafah. Tempat lahir : Basrah dan telah berhijrah ke Mesir pada masa pemetintahan Fatimiah. Sumbangan : telah mengarang 200 buah kitab antaranya : Kitab fi al manazir, Kaifiyyat al adlal; Tahlil al Masa’il al Handasiah wa al ‘adad’, al Jami fi usul al Hisab. Dalam falsafah ibnu al Haytham telah mengambil contoh daripada Arusto.
0

#9 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:53 AM

Az Zahrawi (wafat 404H’1013M) Pakar Bedah Az Zahrawi merupakan seorang pakar pembedahan yang hidup dalam kurun ke 10 Masehi. Az Zahrawi telah memperkenalkan teknik kejururawatan dan mencipta alat-alatan daripada besi bagi menggantikan emas dan perak. Juga teknik terbaru pembedahan secara luaran dan dalaman. Pakar perubatan Eropah mengetahui ilmu pembedahan daripada buku-bukunya. Az Zahrawi menulis buku perubatan bergambar.
0

#10 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:54 AM

Ibnu Yunus : (4H/10M) Pakar astronomi/Matematik Nama sebenar : Abu Hassan bin Ali bin Abi said Abdul Rahman bin Ahmad al sadafi. Lahir : di Kaherah Mesir dan meninggal juga di sana. Latarbelakang : merupakan seorang yang teliti dalam pengkajiannya dan kajiannya dijadikan asas dalam menentukan tarikan graviti bulan. Sumbangan: 1. Usaha-usaha beliau banyak membantu dalam pengiraan miring pusingan buruj dan menyelesaikan perbandingan trigonometri yang digunakan oleh ahli falak sebelum adanya logarizam. 2. Membina tempat kajian falaknya di bukit Muqattam, Kaherah. Beliau telah melahirkan sebuah taqwim dalam empat jilid.
0

#11 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:54 AM

Al Idrisi (493-561H/1100-1166M) Pakar Sains Geografi Nama sebenar : Abu Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Idris, juga dikenali dengan nama al Shariff al Idrisi. Tempat Lahir : Sabtah Latar belakang : dari keturunan Alawiyyah dan mendapat pendidikan di qurtubah (Cordova). Telah menjelajah ke eropah, Asia Minor, dan kawasan-kawasan Lautan Mediterranean dan akhirnya sampai ke Rodex . Sumbangan : mencipta sebuah Kurah Fallakiyyah iaitu sebuah takwim yang diperbuat daripada perak apabila tiba di Rodex. Kitab : menjadi terkenal dengan kitab geografinya yang berjudul ‘Nuzhat al Mushtaq fi ikhtiraq al afaq. Kitab ini telah selesai ditulispada tahun 548H/1154M iaitu merupakan sumber yang terpenting bagi kajian sains geografi pada zaman itu.
0

#12 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:54 AM

Jabir Al-Hayyan (Awal 2-3M/Akhir 8-9M) Bapa Kimia Moden Nama sebenar : Jabir bin Hayyan bin Abdullah al Kufi Pekerjaan : Tabib Arab terkemuka. Latarbelakang : Hidup pada awal pemerintahan abbasiyyah . beliau tinggal di Kufah, kemudian di Baghdad. Merupakan pakar dalam bidang kimia. Sumbangan : Lebih daripada 80 buah kitabnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Penulisannya mengenai kimia adalah terpenting pada zaman itu. Beliau bukan sahaja mendasarkan kajiannya pada cara tradisional tetapi juga menggunakan cara eksperimen dan makmal. Jabir telah membentuk teori penukaran logam-logam yang utama bagi proses ini iaitu raksa (al za’bag) dan kibrit. Banyak karangannya diterjemahkan kepada bahasa latin dan bahasa inggeris dalam tahun 1089/1678. Selain daripada kimia, Jabir juga pakar dalam bidang-bidang astro
0

#13 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 25 December 2008 - 04:56 AM

Al-Farabi (259-338H/872-950M) Bapa Falsafah Moden. Nama sebenar : Abu Nasr bin Muhammad bin Auzilag bin Thorhan. Berketurunan Parsi dan ibunya berbangsa Turki. Dilahirkan : di Wasih, Farab, Turkistan dan meninggal di Damsyik, Syria. Dilahirkan dalam keluarga yang mewah tetapi beliau tidak begitu mengendahkan keduniaan dan pernah menjawat jawatan qadhi. Beliau lebih meminati bidang metafizikal. Beliau mempelajari ilmu logik (mantiq) di Baghdad dengan Abi Basyar bin Abn Mata dan Yuhanna bin Hailan. Mampu menguasai Bahasa Arab, Parsi dan Turki. Beliau cuba untuk menyatukan pendapat Aristotle dan Pluto dan juga Aristotle dan Galious dan antara mereka dengan ajaran Islam. Tetapi dikritik oleh Hibbatullah yang selaliran dengan al Ghazali kerana menganggap al Farabi berpegang dengan karya-karya yang telah diselewengkan. Sumbangan : Karya beliau mencapai 117 buah dan paling utama ialah sebuah insiklopedia yang membahagikan ilmu di zamannya. Ibnu Halkan menyifatkan beliau ahli falsafah Islam yang agung. Sumber rujukan keseluruhan tokoh di atas : Majalah TOKOH Bil 1 Dis 00-Jan 2001, m/s : 73-75. (Keizinan dari IKIM) Sumber : DI SINI
0

#14 User is offline   pEaCeISLAM 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 22-December 08

Posted 04 January 2009 - 12:17 AM

*assalamualaikum w.b.t. terima kasih kpd anak_pejuang a.k.a. crew IluvIslam *alhamdulillah akan ana manfaatkan ilmu ini demi mendapat keberkatan & keredhaan dari ALLAH s.w.t. *insyaAllah *jazakallah *pc* *iluvislam*
0

#15 User is offline   neomerc 

  • Group: Members
  • Posts: 51
  • Joined: 05-May 08

Posted 07 March 2009 - 05:43 AM

Quote

Anak_Pejuang wrote: *assalamualaikum Saya berkongsi sedikit dengan info yang ada : Ibnu Sina : (370-428H/980-103M) Bapa perubatan Nama sebenar : Abu Ali al Husaini bin Abdullah. Tempat lahir: di bukhara dan meninggal dunia di Hamadan Iran. Beliau meninggal dunia semasa di Hamadan ketika sedang menjalankan satu ekspedisi tentera Latarbelakang pendidikan : mempelajari agama sejak kecilnya dan menghafaz al Quran dan menguasai ilmu agama ketika belum berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan. Sumbangan : Menjadi guru ketika berusia 16 tahun. Mengarang sebuah kitab falsafah ketika berusia 21 tahun. Beberapa kali dilantik sebagai menteri. Karyanya : menghasilkan pelbagai karya dalam bidang falsafah, perubatan dan logik antaranya kitab Al Insaf yang mengandungi penghuraian 28,000 masalah. Mengarang kitab perubatan iaitu Asy Syifa’ dan Qanun fi at Tibb yang terdiri daripada lima jilid. Berbagai lagi kitab karangannya mengenai ilmu logik, fizik, metafizik, sains perubatan dan falsafah telah diajar ke sekolah dan institusi pengajian tinggi di Eropah sejak abad-abad pertengahan (1100H/1500M) dan lebih dikenali dengan nama Avicenna. Ibnu Sina telah cuba menggabungkan falsafah dengan teori-teori sains fizik. Dengan sebab itu, beliau digelar sebagai failasuf dan ahli fizik (tabib)
Salam~ Saya ade beberapa persoalan mengenai Ibnu Sina.. Harap2 ade yg sudi menjawabnya. - Kenapa beliau digelar Ibnu Sina - Beliau hidup pada zaman bani ape..? Siapa Khalifah pada ketika itu..? - Kitab Qanun Fi Tib ade tak versi melayu..? Kalu ade name ape..? - Macam mane beliau wafat..?
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic