salam alaik..
ana musykil pasal wanita yang sedang haid... adakah mereka boleh ambil wudhu' atau tidak?
sebab ada yang mengatakan tidak boleh
ada jugak yang cakap tidak menjadi masalah

Page 1 of 1
*Bolehkah Berwudhuk Ketika Sedang Haid?
#2
Posted 30 January 2008 - 10:06 PM
Wanita yang haidh, dan masih dalam belum putus darahnya, haram mengambil wudhu' dgn niat ibadah wudhu' itu sendiri. Begitulah yg disebutkan oleh para fuqaha'. Imam Nawawi menegaskan perkara ini di dalam Majmuknya dan begitu juga para Fuqaha' lain. Ini kerana sudah pasti wudhu'nya tidak sah atau terbatal ketika berwudhu' tersebut, maka jadilah ia satu tala'ub (bermain-main).
Adapun yg sudah terputus tetapi belum lagi mandi, maka sunnah baginya utk berwudhu' sebelum tidur dan sebagainya.
Kalau nak basuh muka, tangan, kepala dan kaki tanpa niat wudhu' tu silakanlah ya bila2 pun.
Wallahu A'lam
#3
Posted 30 January 2008 - 10:21 PM
salam..
ana nak tambah sikit pendapat diatas,wanita yang dlm haidh haram mengambil wudu' walaupun dengan alasan untuk menenagkan jiwa atau perasaan yang tidak tenteram.
Wallahu A'lam
#5
Posted 09 April 2008 - 01:57 AM
slm..
ms safa bljr dlu..ade la ty ust2 psl ni..
biasa la...confuse.....
ust ckp: blh amik wudhu',..xharam
tp,x sah wudhu' sb tidak dlm keadaan suci.
dan blh dianggap satu pmbaziran jgak..
#6
Posted 09 April 2008 - 03:02 AM
hurm...
sy dah biase amik wuduk, tanpe mengira waktu.
slagi kluar tandas, sy cube mengambil wuduk.
termasuk time haid.. dengan berniat juga..
sudah menjadi amalan seharian.
rase tak slesa klu tidak buat..
kesimpulan nya? :?
#7
Posted 09 April 2008 - 05:32 AM
Thread ini telah pun dijawab..
abdulkadir wrote:
kesimpulan:
Masih haid: HARAM amik wudhu' dgn niat..
Haid berenti tapi belum mandi: SUNAT..
mnjawab psoalan aisya_chan: kalau sebelum ini tdak tahu maka tdak mengapa tapi selepas ini jgn buat..
seeloknya beristighfar dgn ksilapan kita..
sekian..
p/s: mod sila lock..terima kasih..
Quote
Wanita yang haidh, dan masih dalam belum putus darahnya, haram mengambil wudhu' dgn niat ibadah wudhu' itu sendiri. Begitulah yg disebutkan oleh para fuqaha'. Imam Nawawi menegaskan perkara ini di dalam Majmuknya dan begitu juga para Fuqaha' lain. Ini kerana sudah pasti wudhu'nya tidak sah atau terbatal ketika berwudhu' tersebut, maka jadilah ia satu tala'ub (bermain-main).
Adapun yg sudah terputus tetapi belum lagi mandi, maka sunnah baginya utk berwudhu' sebelum tidur dan sebagainya.
Kalau nak basuh muka, tangan, kepala dan kaki tanpa niat wudhu' tu silakanlah ya bila2 pun.
Wallahu A'lam
#8
Posted 14 April 2008 - 07:25 PM
sahabatku yg solehah
jgn lah sekali2 kamu
lakukan apa yg di Haramkan
oleh Tuhanmu n Rasul saw
adakah kamu mencari kemurkaan
Tuhanmu.
Amalan sentiasa dlm berwudhu amat
di sukai Rasulullah saw,
dan jika Rasulullah saw menyukaiNYa
nescaya Allah swt turut menyukaiNya
saya aluk2kan perbuatan saudari itu
akan tetapi tinggalkan apa yg di haramkan
ke atas kamu.
Quote
aisya_chan wrote:
hurm...
sy dah biase amik wuduk, tanpe mengira waktu.
slagi kluar tandas, sy cube mengambil wuduk.
termasuk time haid.. dengan berniat juga..
sudah menjadi amalan seharian.
rase tak slesa klu tidak buat..
kesimpulan nya? :?
Share this topic:
Page 1 of 1

Help
This topic is locked









