Komuniti iluvislam.com : Perkahwinan Antara Adik Beradik Tiri: Boleh atau Tidak? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Perkahwinan Antara Adik Beradik Tiri: Boleh atau Tidak?

#1 User is offline   Antasya 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 24-February 08

Posted 25 January 2009 - 04:28 PM

Assalamualaikum, ana nak tanya 1 soalan ,betul ke kite blh bernikah dgn adi beradik tiri?ana rase soalan ni agak pelik juga tapi,persoalan ni tlh timbul antara senior2 ana.Ana harap sangat ada yg tolong dgn kemusykilan ana ni.... Wallahualam
0

#2 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 25 January 2009 - 05:11 PM

salam.. adik beradik tiri cmne? sama mak lain ayah ke sama ayah lain mak? atau lain mak lain ayah? wassalam.
0

#3 User is offline   bukharirosdi 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 18-June 07

Posted 28 January 2009 - 02:29 AM

cuba bg jwpn berdasarkan ketiga-tiga kategori tu...
0

#4 User is offline   bukharirosdi 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 18-June 07

Posted 14 February 2009 - 08:20 PM

apa dalilnya ek..??? mcm pelik...kalau lain ayah & lain mak tu mcm accetable lg...
0

#5 User is offline   fasha 

  • Group: Members
  • Posts: 41
  • Joined: 27-April 08

Posted 14 February 2009 - 09:50 PM

owhh...cam tu ek.. hmm.. kalu adek2 beradik susuan bley kahwin tak? ehehehe.. kalu mak samer dikira adik beradik susuan tak?.. mmm.. ana yang jahil.. mohon petunjuk*hmm**hmm*
0

#6 User is offline   onepiece_perantau 

  • Group: Members
  • Posts: 52
  • Joined: 14-January 09

Posted 15 February 2009 - 11:15 PM

Quote

fasha wrote: owhh...cam tu ek.. hmm.. kalu adek2 beradik susuan bley kahwin tak? ehehehe.. kalu mak samer dikira adik beradik susuan tak?.. mmm.. ana yang jahil.. mohon petunjuk*hmm**hmm*
Wallahu a3laam.. apa yang ana belajar dan yang ana faham.. itu dikatakan adikberadik seibu bapa lain.. kalau sekiranya keluar dari perut yang sama mana boloh berkhawin.. disini ada beberapa bahagian.. 1- adikberadik seibu sebapa = x boleh 2- adik beradik seibu bapa laen = x boleh 3- adik beradik sebapa ibu lain = x boleh 4- adik beradik tiri ibu bapa lain = BOLEH kalau adik beradik sesusu dikira laen pulak.. itu bahagian ibu bapa lain cuma.. sesusu aje.. mungkin ustaz al-amin daud di atas tu tersalah tulis.. xtahu lah kalau ada dalam kitab macam tu.. sama2 kita rujuk kepada kitab kembali yer.. ana pun bukan alim sangat..
0

#7 User is offline   al-amin 

  • Group: Members
  • Posts: 607
  • Joined: 09-January 08
  • LocationMiri, Sarawak

Posted 20 February 2009 - 10:03 PM

*assalamualaikum Mohon maaf di atas kekeliruan..terima kasih di atas teguran..jazakumullahu khairan jazak..ana tertukar dengan adik beradik sabit..kalau lain bapa satu ibu atau lain mak satu bapa haram jugak kahwin.. Adik beradik sabit ialah duda kahwin dengan janda yang kedua2nya ada anak..maka anak si duda dan si janda tidak ada sebarang hubungan nasab maka dibolehkan kahwin. Adapun jika satu ibu dan berlainan bapa maka haram kahwin.. 1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian: i.Haram buat selamanya. ii.Haram buat sementara waktu. 2. Sebab-sebab haram dikahwini: i.Haram dengan sebab keturunan. ii.Haram dengan sebab susuan. iii.Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah ) Haram dengan sebab keturunan: i.Ibu dan nenek hingga ke atas. ii.Anak dan cucu hingga kebawah. iii.Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja. iv.Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas. v.Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas. vi.Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah. vii.Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 ) Haram dengan sebab susuan : i.Ibu yang menyusukan. ii.Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 ) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan. Syarat-syarat haram dengan sebab susuan : a) Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh. b) Anak yang disusukan itu berusia dua tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun". ( Riwayat DaruQutni ) c) Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quraan ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja". ( Riwayat Muslim ) d) Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-limanya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun". Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya Haram yang disebabkan persemendaan ( Musyaharah ) : • Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan. • Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas. • Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas. • Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati ". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 23 ) Dan firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: " Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu ( ibu tiri ) ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 ) Perempuan-perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab menghimpunkannya : • Saudara perempuan sebelah isteri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dan haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu ". ( Surah An- Nisaa' - Ayat 23 ) • Anak saudara isteri sebelah bapa. • Anak saudara isteri sebelah bapa. • Anak saudara isteri dari saudara lelaki. • Anak saudara isteri dari saudara perempuan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapadan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelaki dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar ". ( Riwayat At -Tirmidzi ) Rujukan : Kitab Mathla'al Badrain - Muhammad bin Ismail Daud bin Al-Fathani.
0

#8 User is offline   qazefth 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 27-February 09

Posted 27 February 2009 - 02:10 AM

Wah, ape abang mod al-amin, sebiji macam saya nyer buku fiqah yang sampai 14 jilid tu.
0

#9 User is offline   sneprif 

  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 25-November 08

Posted 14 March 2009 - 04:06 PM

kirenye adik beradik sabit ni kne jga aurat msg2 la ye bile ada dlm umah???
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic