Komuniti iluvislam.com : Kesan Membaca Al-Quran dan Menyebut Kalimah Allah - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Kesan Membaca Al-Quran dan Menyebut Kalimah Allah

#1 User is offline   ikafantasi 

  • Group: Members
  • Posts: 44
  • Joined: 21-January 09

Posted 22 March 2009 - 11:43 AM

discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH To all Muslims. THIS IS NOT A FICTITIOUS STORY... IT IS REAL AND VERIFIABLE ...... Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word ' ALLAH ' clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension. Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word ' ALLAH ' affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word ' ALLAH ' which is the letter ( A ), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant ( L ) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter ( H ) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat. What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the HolYQuran Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their ownselves, until it becomes manifest to (remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great Allah keeps me going day and night. Without Allah , I am no one... But with Allah , I can do everything. Allah is my strength...' This is a simple test. If you love Allah and you are not ashamed of all the great things that he has done for you, send this to everyone you know, May Allah help u to succeed...Ameen During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally it is only 1 minute) All you have to do is the following: You simply say 'A prayer' for the person that sent you this message. Allah said, 'If you are ashamed of me, I will be ashamed of you.' If you are not ashamed, send this message....only if you believe. 'Yes, I love Allah . Allah is my fountain of Life and My Savior. Jazaaq'Allah.
0

#2 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 08 January 2010 - 07:29 AM

Sebut Nama Allah nie nakkan kesan apa lagi?? Nakkan menghampirkan diri pada Allah sahaja sudah mencukupi. Mana lebih besar, sehat atau Allah Mana lebih besar, sakit atau Allah Mana lebih besar, ketenangan atau Allah Mana lebih besar, kesejukan Angin pagi Atau Allah. Mana lebih besar, Syurga Atau Allah. Mana lebih besar, Neraka Atau Allah. Nak Membesarkan siapa lagi?/////kannnnnnnn.
0

#3 User is offline   aMNis 

  • Group: Members
  • Posts: 70
  • Joined: 11-February 09

Posted 22 January 2010 - 04:55 PM

Itulah kalimah yang sempurna. ALLAH... melalui berzikir juga, ianya mapu mengaktifkan sel-sel neuron yang ada pada otak seseorang. sebab tue dengan berzikir orang kuat ingatan, dengan zikir orang mampu menghafaz quran. Tidak pernah ada dalam sejarah hafiz hafizah yang dah tua2 nie jadi nyanyuk atau giler, tak de kan? segala perkara yang telah disyariatkan tue pasti ade hikmahnya dan penjelasan saintifik yang belum mampu di ungkap dan ditelusuri oleh manusia kini. Wallahua'lam
0

#4 User is offline   medx 

  • Group: Members
  • Posts: 91
  • Joined: 03-December 08

Posted 22 January 2010 - 07:23 PM

*bismillah maaf.. bleh x bagi source, dari mana dpt sumber ni.. mengikut hasil pencarian sy (ringkas), artikel ni xde sumber yg sahih.. mngkin saya ada tlepas pandang, wallahu'alam.. kat sini sy ada sertakan satu link perbincangan mengenai kesahihan artikel tu.. source namun, kita sbg umat islam yg beriman (yakin) dgn Allah, mukjizat Al-Qur'an, dan kelebihan zikir, xperlu discovery2 spt ini utk buat kita yakin.. mmg ada dalil dlm Al-Qur'an akn khebatannya.. '(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah (zikrullah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.' -Surah Ar-Ra'd (13):28 tp sudah tentu discovery2 spt ni digalakkan dlm islam, kerna dpt memberi kesedaran kpd non-muslim, mnambah keimanan org Islam, dn menunjukkan kbesaran Allah.. masalahnya, zaman skrg ni, kurang researcher muslim yg ada, dlm membuat discovery2 pembuka mata, akn keagungan Allah yg Maha Esa.. 'Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.' -Surah Al-Anfal (8):32 p/s: harap, klu nk share info pastikan kesahihan artikel tu dlu.. n klu sahih, bg sumber2 dan dalil2nya k.. sbb kita dpertanggungjawab ats apa yg kita sebarkn.. jom berdakwah! =)
0

#5 User is offline   aMNis 

  • Group: Members
  • Posts: 70
  • Joined: 11-February 09

Posted 30 January 2010 - 01:09 AM

Kalau ikut kondisi memang susah nak bagi source, Maklumat itu pun saya dengar masa ceramah kat sekolah. Kat tv 9 pun dah pernah ada pasal diskusi nie... Cume saya bukan seperti imam syafi'e yang boleh ingat 100% apa yang orang cakap. Kalau tengok kat iklan susu pun dah tahu, penggunaan sel secara menyeluruh apa kesannya.
0

#6 User is offline   ratulira 

  • Group: Members
  • Posts: 2
  • Joined: 19-July 09

Posted 05 March 2010 - 01:36 AM

salam sebenarnye saya agak tidak bersetuju apabila di katakan bahawa kte umat islam tidak perlu discovery sebegini,sdgkan islam sndiri menggalakkan umatnye untuk mencari ilmu dan mengkaji..bukan hanya sekadar menunggu disuapkan kajian2 sebegini..maaf ye Hal ini krn,melalui pengkajian kite dapat membuktikan kebenaran dan keagungan al Quran itu sendiri,sekaligus meneguhkan lagi iman di hati umat islam saya sebenarnye agak malu kpd non muslim,krn kajian sekarang ini byk di lakukan oleh non muslim dan mereka yang bukan beragama Islam pula membuktikan agama Islam itu benar,apa yang terjadi kpd umat islam sendiri?yg sepatutnye tugas ini di pegang oleh umat islam bagi membuktikan kebenaran agama kite dan berdakwah kpd mereka.. tapi yg menyedihkan lg,kite boleh meragui pulak kajian yg dibuat yg membenarkan agama kite,,bukan ke pelik,sudah terbalik!! sememangnye benar kite perlu mempunyai bukti yg sahih,tetapi ape kate kite pula menggerakkn daya usaha mencari bukti itu sendiri,berserta dalil2 dan sebagainya,barulah kerjasama itu ada,,bukan mengharapkan semuanye di letakkan di situ jalan sudah di tunjuk,jadi tugas kite la untk mnuju ke destinasi,tp bkn mgharapkan untuk di hantar maaf ye jike ade kekasaran bahase,saye juge manusia lemah yg pnuh dgn kesilapan
0

#7 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 05 March 2010 - 02:01 AM

Quote

ratulira wrote: Hal ini krn,melalui pengkajian kite dapat membuktikan kebenaran dan keagungan al Quran itu sendiri,sekaligus meneguhkan lagi iman di hati umat islam
Hmmm...saya kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Memetik dari sebuah artikel yang saya tulis di blog saya,

Quote

Mengikat Sains Dan Agama Begitu juga apabila ada sesetengah yang menindihkan agama dan sains. Agama dan sains perlu bergerak seiring, itu saya tidak nafikan, namun ianya tidak wajar ditindihkan (overlap). Permasalahan yang boleh timbul, adalah apabila ada sesetengah yang menyandarkan dan mengikat agama dengan sains. Contohnya, dikatakan diharamkan memakan babi (agama) itu disebabkan babi itu membawa banyak penyakit (sains). Atau dikatakan perlunya solat berjemaah (agama) itu, adalah untuk menyeimbangkan cas-cas positif dan negatif dalam badan (sains). Kelemahan apabila mengikat agama dan sains, adalah apabila salah satunya runtuh (void) maka yang satu lagi akan turut runtuh! Jika disandarkan agama kepada sains sepertimana contoh babi yang saya berikan di atas, maka adalah logik untuk kita katakan bahawa jika babi itu dimasak sehingga sterile hilang kuman2 dan parasit2, babi akan menjadi halal? Dan adakah jika kita berjaya mencipta suatu alat atau pakaian yang boleh meneutralkan cas-cas badan, maka anjuran solat berjemaah akan gugur? Tidak sama sekali. Agama sama sekali tidak dibataskan oleh sains. Jauh di sudut hati saya, saya bersetuju perlunya pemisahan antara sains dan agama. Namun bukannya pemisahan total, sebagaimana yang terjadi ketika konflik ketika zaman Enlightment di Eropah suatu masa dahulu. Sebaliknya, seperti yang saya katakan, agama dan sains itu perlu bergerak seiringan, tetapi tidak dependant/bergantungan antara satu sama lain. Mengaitkan dengan isu pencemaran akidah. Ya, bagi saya itulah salah satu jenis pencemaran akidah, apabila memusatkan niat dan asbab sesuatu ibadah/syariat Islam itu kepada sains. Solat semata2 sebab nak bagi darah mengalir ke urat di kepala. Solat berjemaah sebab nak seimbangkan cas-cas badan. Haram makan daging babi sebab takut dapat penyakit. Sesungguhnya sains itu hanyalah alat. Berdasarkan sunnatullah. Ianya boleh menjadi bukti keagungan Allah secara umum, namun ianya tidak boleh disandarkan sebagai bukti mutlak.
Beberapa hujah yang saya lontarkan: 1. Umat Islam salafussoleh tidak memerlukan kepada pembuktian dan pengkajian untuk mempercayai alquran/sunnah. Dan mereka itu sebaik2 ummat. 2. "Membuktikan alquran dengan sains/kajian", menyebabkan akidah menjadi agak terpesong. Percayakan alquran/sunnah, atau percayakan kajian? 3. Alquran bersifat tetap, kekal tidak berubah untuk semua tempat, di semua zaman. Kajian/sains adalah sesuatu yang berkembang, teori dimansuhkan, penemuan baru dibuat. Mengikat keduanya adalah satu malapetaka. Pun begitu, saya tidaklah mencadangkan bahawa jangan buat kajian2 camni, buang masa/tak perlu dsb. Namun, saranan saya, jangan jadikan kajian ini sebagai bukti mutlak, sandaran dsb mengenai AlQuran dan Sunnah. Kerana sesungguhnya AlQuran dan Sunnah itu tidak perlu dibuktikan pun, untuk kita mengimani nya. Tapi, kalau nak kaji atas dasar untuk menunjukkan keagungan Allah, ya, teruskan lah. Kajilah di mana jua, kerana orang beriman itu dimana pun mereka memandang, mereka "nampak" Allah. =)
0

#8 User is offline   ifaie 

  • Group: Members
  • Posts: 504
  • Joined: 01-March 08

Posted 05 March 2010 - 09:45 AM

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. sumber: http://telagabiru-tb...hadap-otak.html
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic