Komuniti iluvislam.com : Apa itu Usuluddin? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Apa itu Usuluddin?

#1 User is offline   apit 

  • Group: Members
  • Posts: 141
  • Joined: 13-February 08

Posted 23 February 2008 - 12:14 AM

Assalamualaikum.. Selalu kita menyebut usuluddin..ape itu usuluddin?
0

#2 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 24 February 2008 - 01:23 AM

Assalamualaikum Warahmatullah. Saya cuba memberi penerangan takrif Ilmu Usuluddin secara ringkasnya. Semoga semua sahabat-sahabat memahaminya. InsyaAllah. Usuluddin dari segi bahasa: Permulaan atau punca atau tapak atau asas-asas agama. Ilmu Usuluddin (pada istilah): Ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan asas-asas agama (Islam) seperti beriman kepada Allah Taala dan RasulNya serta lain-lain lagi. Wallahualam…
0

#3 User is offline   al-amin 

  • Group: Members
  • Posts: 607
  • Joined: 09-January 08
  • LocationMiri, Sarawak

Posted 24 February 2008 - 04:26 AM

Nak tambah sikit.. Usuluddin tu ilmu tauhid la atau dipanggil jugak ilmu kalam atau ilmu aqidah.. ilmu yg membincangkan tentang asas2 ketuhanan dan kerasulan dan segala jenis persoalan yg berkaitan dengan iman dan tauhid (keesaan Allah SWT)..
0

#4 User is offline   apit 

  • Group: Members
  • Posts: 141
  • Joined: 13-February 08

Posted 24 February 2008 - 10:05 PM

oic..usuluddin tu sama dgn ilmu tauhid kan...membincangkan tentang ketuhanan dan keesaan Allah.... kalau ilmu tasauf ?
0

#5 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 25 February 2008 - 02:04 AM

Assalamualaikum Warahmatullah. Mengenai Tasawwuf ini - saya telah membincangkannya di dalam thread bertajuk: Apa itu Tasawwuf??? Harap dapat membantu saudara/i yang bertanya. InsyaAllah. Wallahualam...
0

#6 User is offline   khalifah_04 

  • Group: Members
  • Posts: 150
  • Joined: 01-October 07

Posted 25 February 2008 - 10:22 AM

dalam tasauf ada tauhid x???
0

#7 User is offline   bdkmacho 

  • Group: Members
  • Posts: 192
  • Joined: 29-January 08

Posted 26 February 2008 - 02:29 AM

Salam... Nk bg komen jgk wlupn diri xpndi...mst la dlm tasauf ade tauhid...coz tauhid prkr p'tm skl dlm Islam...klu xde tauhid ilmu lain2 pn xde la...xdkira Islam la...klu slh tlng tnjkkn ye... p/s; topik tasauf dlm thread lain...hehe...oopss sori slh thread plk... wallahualam...
0

#8 User is offline   al-amin 

  • Group: Members
  • Posts: 607
  • Joined: 09-January 08
  • LocationMiri, Sarawak

Posted 26 February 2008 - 05:27 AM

Iman Islam dan Ihsan tu ibarat satu rumah.. iman sbg tiangnya, Islam sebagai dinding dan dan tasauf sbg bumbungnya ..agak2 kalau takde salah satu drpd 3 aspek ini boleh tak nak jadi rumah?? kalau tanpa ihsan boleh kot sbb dia hanya bumbung tp kalau hujan datang, kalau burung berak, kalau panas mcmn kita?? So, begitula Iman, Islam dan ihsan saling berkait.. saling menyempurnakan antara satu dgn yg lain.. cuma yg membezakannya adalah nama dan pembahagian mengikut kategori masing2.. hakikatnya satu. nak jadi Islam yg mukmin lg muhsin.. dan jadi sebuah rumah yg menjadi idaman kita..
0

#9 User is offline   khalifah_04 

  • Group: Members
  • Posts: 150
  • Joined: 01-October 07

Posted 26 February 2008 - 02:15 PM

apakah yang dimaksudkan syirik, serta bahagian-bahagiannya dan seterusnya adakah ianya ada kaitan dengan pembelajaran ilmu usuluddin ini??
0

#10 User is offline   apit 

  • Group: Members
  • Posts: 141
  • Joined: 13-February 08

Posted 26 February 2008 - 03:22 PM

selain drpd ilmu usuluddin, ilmu tauhid dan ilmu kalam, ia juga dikenali sebagai ilmu maarifat? betul ke? maknanya di sini, usuluddin adalah semua perkara yg terkandung dalam rukun Islam dan rukun iman..betul ke?
0

#11 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 27 February 2008 - 12:24 AM

Quote

apit wrote: selain drpd ilmu usuluddin, ilmu tauhid dan ilmu kalam, ia juga dikenali sebagai ilmu maarifat? betul ke? maknanya di sini, usuluddin adalah semua perkara yg terkandung dalam rukun Islam dan rukun iman..betul ke?
Assalamualaikum Warahmatullah. Sememangnya perbahasan ilmu Maarifat termasuk di dalam ilmu Usuluddin dan ia sebahagian nama darinya. Ilmu Makrifah membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan mengenali Allah Taala dll. Ulama Tasawwuf mengatakan: Barangsiapa mengenali dirinya maka ia telah mengenali Tuhannya. Antara pokok perbincangan ilmu Usuluddin atau ilmu Tauhid ini adalah: - Uluhiyyat. - Al-Nubuwwat. - Al-Samiyyat. - Al-Mumkinat. Ilmu Usuluddin ini lebih menjurus kepada perbahasan dan perbincangan pada Rukun Iman. Walaubagaimanapun ia tetap saling mempunyai kaitan dengan Rukun Islam dan perbahasannya tetap wujud. Wallahualam...
0

#12 User is offline   mariam 

  • Group: Members
  • Posts: 19
  • Joined: 27-February 08

Posted 27 February 2008 - 10:29 AM

saya insan yang lemah perlukan bimbingan, dulu sy ada juga belajar usuluddin.. setau sy ilmu usuluddin biasanya berkaitan, akidah,kemanusiaan, nubuwah,sami'yat, dakwah dan banyak lagi.*smile*
0

#13 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 02 March 2008 - 12:49 AM

Quote

khalifah_04 wrote: apakah yang dimaksudkan syirik, serta bahagian-bahagiannya dan seterusnya adakah ianya ada kaitan dengan pembelajaran ilmu usuluddin ini??
Assalamualaikum Warahmatullah. Maaf lambat untuk membincangkannya kerana tidak perasan adanya persoalan ini. Semoga perbincangan ringkas ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua. InsyaAllah. Syirik bermaksud menyekutukan Allah Taala dengan lainnya dan ia adalah dosa besar. Firman Allah Taala bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pengajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Surah Luqman: ayat 13). Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (Surah An-Nisa: ayat 116). Syirik terbahagi kepada dua: 01. Syirik besar. 02. Syirik kecil. Sememangnya perbahasan mengenai syirik ini terdapat di dalam ilmu Usuluddin. Adapun kita mempelajari ilmu Usuluddin salah satu tujuannya adalah untuk menghindarkan syirik kepada Allah samaada syirik besar ataupun syirik kecil. Syirik boleh berlaku melalui tiga keadaan: Keyakinan atau ucapan atau perbuatan. Syirik besar seperti menyembah berhala dll. Syirik kecil seperti riyak dll. Walaubagaimanapun perbahasan syirik ini turut dibahaskan di dalam ilmu Fekah pada tajuk Riddah. Di sana ada dibincangakan hukuman-hukuman kepada pelaku syirik ini. Wallahualam.
0

#14 User is offline   khalifah_04 

  • Group: Members
  • Posts: 150
  • Joined: 01-October 07

Posted 03 March 2008 - 04:31 PM

Quote

Sememangnya perbahasan mengenai syirik ini terdapat di dalam ilmu Usuluddin. Adapun kita mempelajari ilmu Usuluddin salah satu tujuannya adalah untuk menghindarkan syirik kepada Allah samaada syirik besar ataupun syirik kecil. Syirik boleh berlaku melalui tiga keadaan: Keyakinan atau ucapan atau perbuatan. Syirik besar seperti menyembah berhala dll. Syirik kecil seperti riyak dll.
salam terima kasih ustaz, moga allah memberi rahmat di atas penghuraian di atas... saya nie seorang yang jahil, banyak perkara yang saya kurang tahu, jika tidak keberatan kongsi-kongsikanlah apa yang ustaz pelajari, moga sama-sama kita mendapat manfaat... bermakna salah satu tujuan mempelajari usuluddin adalah untuk menghindari syirik... jika tidak keberatan boleh ustaz terangkan, bagaimana hendak menggunakan usuluddin didalam menghindari syirik didalam konteks sekarang???... sekian ustaz...salam
0

#15 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 04 March 2008 - 12:52 PM

Quote

khalifah_04 wrote: jika tidak keberatan boleh ustaz terangkan, bagaimana hendak menggunakan usuluddin didalam menghindari syirik didalam konteks sekarang???...
Assalamualaikum Warahmatullah. Di sini saya copy paste semula perbincangan saya pada thread aqidah. Semoga ia membantu sahabat-sahabat semua. InsyaAllah. Ilmu Usuluddin adalah suatu ilmu yang amat luas dan amat penting bagi setiap orang Islam. Perbahasannya dan mempelajarinya boleh memperbaiki iktikad kita secara langsung dan terus menerus dalam kehidupan kita yang serba mencabar ini. Di antara penerapan dan pengamalan ilmu ini adalah: - Merasai murakabah (pengawasan) Allah Taala pada setiap masa hasil dari pemahaman tentang sifat-sifat Allah Taala seperti Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Mendengar dll. - Merasa redha dengan segala ketentuan Allah Taala dalam hidup ini samaada yang baik ataupun yang buruk hasil dari pemahaman tentang sifat-sifat Allah Taala seperti Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Adil dll. - Tidak mudah berputus asa apabila berlaku sebarang bala atau ujian menjelma hasil dari pemahaman tentang sifat-sifat Allah Tala seperti Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Agung dll. - Mempercayai segala berita atau khabar yang datang dari Rasulullah S.A.W. hasil dari pemahaman tentang sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah S.A.W. - Mengimani wujudnya unsur-unsur ghaib dalam kehidupan ini dan menolak segala dakwaan bahawa ia hanyalah kepercayaan karut, mitos, ilusi, khayalan atau imaginasi semata-mata seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan dosa pahala, syurga neraka, malaikat, jin dll. Banyak lagi pengamalan dan penghayatan yang boleh didapati dengan ilmu Usuluddin ini. Jikalau hati telah teguh dan kuat tentang ilmu Usuuddin ini maka mudahlah bagi kita mengamalkan ilmu-ilmu lain. Ini kerana ilmu ini mampu mengawal hati bagi terus mengingati Allah Taala setiap ketika. Wallahulam.
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic