Komuniti iluvislam.com : *Hukum Wanita Haid Memegang dan Membaca Al-Quran - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

*Hukum Wanita Haid Memegang dan Membaca Al-Quran

#1 User is offline   aisyah humairah 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 23-May 07

Posted 22 June 2007 - 10:20 AM

Posted Image Para muslimah seringkali keliru tentang hukum memegang dan membaca al-Quran ketika didatangi haid. Menurut seorang penulis daripada artikelnya bertajuk 'Amalan Wanita yang didatangi Haid dalam bulan Ramadhan', beliau memberikan beberapa dalil dan ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang isu ini. Berikut adalah artikel yang ditulis oleh beliau, dan semoga kita mendapat manfaat darinya InsyaAllah. Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an. Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79] Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1] Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya. Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan: Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2] Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia. Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut. Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik: Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28] Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam. Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an. Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an. Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4] Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5] Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas. Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab: 1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru. 2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan. Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7] Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid. Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda: Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis. Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid. Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9] Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram. Kesimpulan: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2] Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.

Quote

Hafiz Firdaus Abdullah, www.al-Firdaus.com
0

#2 User is offline   meezwan 

  • Group: Members
  • Posts: 238
  • Joined: 23-July 07

Posted 19 October 2007 - 05:24 PM

So bolehlah pegang Al-Quran tanpa berwuduk?
0

#3 User is offline   indra0579 

  • Group: Members
  • Posts: 46
  • Joined: 17-October 07

Posted 19 October 2007 - 08:14 PM

salam..kat bawah ni plak ade artikel yg berlainan tp isinya lebih kurang sama... ini cuma hasil copy n paste jerr...kredit buat penulis asalnya...;) Dr. 'Umar bin Muhammad al-Sabil, dari University Umm al-Qura, di dalam tulisannya (حكم الطهارة لمس القرآن الكريم) mendakwa ijmak ulama tidak boleh memegang al-Quran bagi orang yang berhadath besar. Melainkan Daud al-Zahiri dan pengikut-pengikutnya dari ahli Zahir. - Para ulama berbeza pendapat bagi orang yang berhadath kecil. 1- Tidak boleh : Inilah pendapat para sahabat seperti Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas'ud, Said bin Abi Waqqas, Ibn Umar, Said bin Zaid, Sulaiman al-Farisi dan selain mereka. Di kalangan para Tabi'in pula seperti 'Ato' bin Abi Robah, Ibn Syihab al-Zuhri, al-Hasan al-Basri, Towus bin Kaisan, Salim bin Abdullah bin umar, al-Nakhaie'dan para Fuqaha' yang Tujuh. Inilah juga pendapat mazhab yang empat. Dalil Ulama Yang Tidak Membenarkan. 1- Ayat al-Quran surah al-Waqi'ah : 77-80 إنه لقرآن كريم في كتاب مكنون لا يمسه إلا المطهرون تنزيل من رب العالمين Maksudnya : Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang suci. yang diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. 2- al-Sunnah - لا تمس القرآن إلا وأنت طاهر Maksudnya : "Jangan kamu menyentuh al-Quran melainkan kamu suci." (Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi) - لا يمس القرآن إلا طاهر Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci." (Daruqutni di dalam Sunannya. Di dalam Majma' al-Zawa-id disebut rijal hadith ini Mauthuq.) 3- al-Ijma' - Ijmak di kalangan para sahabat tidak bolehnya memegang al-Quran bagi orang yang berhadath. Diriwayatkan pendapat ini dari kalangan para fuqaha' sahabat, dan para sahabat yang masyhur. Tidak diketahui pula ada yang berbeza di zaman mereka. Ini termasuk di dalam Ijmak Sukuti. Pendapat ini juga diakui dengan riwayat yang menyebut kisah pengislaman Umar, ketikamana beliau masuk menemui adiknya dan suami adiknya yang sedang membaca al-Quran. Lalu Omar berkata : "Berikan kepadaku kitab yang kamu baca yang berada disisi kamu berdua." Lalu adiknya berkata : "Sesungguhnya engkau najis, tidak menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci, Bangun dan pergilah bersuci..." (Riwayat Daruqutni dan al-Baihaqi) - Daripada 'Alqamah : "Kami bermusafir bersama Sulaiman al-Farisi, lalu dia menunaikan hajatnya (buang air). Kami berkata kepadanya : "Berwudhu'lah supaya kami boleh bertanya kepada mu tentang ayat al-Quran." jawabnya : "Bertanyalah kepada aku, dalam kadaan aku tidak menyentuhnya." Lalu kami baca (tanya) apa yang kami kehendaki." Di dalam riwayat yang lain Sulaiman al-Farisi berkata : "Tanyalah kepadaku dan aku tidak memegangnya (al-Quran), sesungguhnya al-Quran tidak menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci." (Musnaf Ibn Abi Syaibah) ---------------- 2- Boleh : Diriwayatkan pendapat ini dari Ibn 'Abbas, al-Sya'bi, al-Dohhak, al-Hakam In 'Utaibah, Hammad bin Abi Sulaiman, Daud al-Zahiri dan ianya dari mazhab al-Zahiri. Dalil Ulama Yang Membenarkan 1- Thabit di dalam Sahih al-Bukahri dan Muslim bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengutus Dehyah al-Kalbi (دحية الكلبي ) menemui Herakle (هرقــل) maharaja Rom, dengan surat yang terkandung di dalamnya ayat al-Quran seperti yang saya sebutkan di dalam posting di atas. Ibn Hazm berkata : "Ini perbuatan Nabi s.aw. yang telah mengutuskan surat yang mana di dalamnya ada ayat ini kepada Nasara. telah diyakini bahawasanya maharaja Rom tersebut menyentuhnya. Jika dibolehkan seorang kafir menyentuhnya. Maka harus pula bagi seorang muslim yang berhadath menyentuhnya dari bab keutamaan." 2- Tidak thabit larangan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath samada dari al-Quran ataupun al-Sunnah. Maka jadilah hukumnya sebagai harus. 3- Apabila membaca al-Quran harus bagi orang yang berhadath, maka menyentuhnya lebih utama untuk dibolehkan tanpa hukum haram. 4- Dibolehkan kepada kanak-kanak membawa al-Quran sedangkan mereka itu berhadath. Ini menunjukkan bolehnya menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath. Jawapan Golongan Kedua Kepada Golongan Pertama : 1- Ayat al-Quran (لا يمسه إلا المطهرون ) adalah jumlah Khabar/prediket (tidak menyentunya). Ianya bukanlah jumlah arahan (jangan menyentuh) dan bukan juga tuntutan untuk mesti suci apabila hendak menyentuh al-Quran. Maksud tidak menyentuhnya (al-Kitab) di dalam ayat di atas ialah kitab yang ada di langit (Luh Mahfuz). Maka yang dimaksudkan dengan al-Mutahharun (makhluk-makhluk yang suci) itu ialah para Malaikat yang suci daripada Syirik dan dosa. 2- Semua hadith yang menunjukkan larangan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah lemah. 3- Dakwaan wujudnya ijmak tidak kuat kerana terdapat bukti yang menunjukkan adanya perbezaan pendapat di kalangan Tabi'ien dan generasi selepas mereka. Bantahan Golongan Pertama Kepada Golongan Kedua : 1- Hadith penghantaran surat kepada Herakle itu menunjukkan bolehnya menyentuh risalah atau buku yang mengandungi satu ayat dari al-Quran atau seumpamanya. Benda seumpama ini tidak dinamakan Mushaf. Nabi s.a.w. juga hanya menyebutkan satu ayat al-Quran sahaja dengan memaksudkannya sebagai dakwah. Maka perbuatan seumpama ini adalah harus. 2- Dakwaan lemahnya semua hadith yang melarang menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah tidak benar. Maka hukum asal harus itu tidak boleh digunakan lagi. 3- Kebenaran bagi orng yang berhadath membaca al-Quran adalah untuk orang yang berhadath kecil sahaja jika ada keperluan, disebabkan wujudnya kesukaran untuk berwudhu pada setiap kali hendak membaca al-Quran. Jika wujudnya kesukaran, maka datanglah keringanan kerana المشقة تجلب التيسير . 4- Kebenaran kanak-kanak membawa al-Quran adalah atas sebab keperluan untuk belajar. Bahkan kanak-kanak bukanlah mukallaf. Jawapan Golongan Pertama Kepada Golongan Kedua : 1-(لا يمسه إلا المطهرون) adalah jumlah Khabar/prediket yang merangkumi larangan. Dakwaan pengkhabar "Tidak menyentuhnya (al-Quran)", adalah al-Quran yang berada di Luh Mahfuz adalah tidak benar, kerana selepas ayat tersebut ALLAH menyebut : "Yang diturunkan daripada tuhan sekelian alam. " Ini menunjukkan al-Quran yang dimaksudkan ialah mashaf al-QUran yang berada di tangan manusia. 2- Dakwaan kelemahan semua hadith tentang larangan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath adalah tidak benar. Jika sekalipun setiap satu hadith tersebut tidak sunyi dari kecacatan, namun dengan himpunan kesemua jalan-jalannya menaikkkannya kedarjat Hasan. Maka ia boleh dijadikan hujah dan wajib beramal dengannya. Kata al-Albani : "Bahawasanya hadith tersebut jalan-jalannya tidak sunyi dari kelemahan, akan tetapi kelemahan yang ringan. Dimana tidak ada (rawinya) yang dituduh berbohong, sebaliknya kelemahannya disebabkan Irsal dan hafalan yang lemah. Maka seperti yang diakui di dalam ilmu mustalah, bahawasanya jalan-jalan hadith menguatkan antara satu sama yang lain, sepertimana yang diakui oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya, kemudian al-Suyuti di dalam Syarahnya. Maka berdasarkan ini diriku (al-ALbani) merasa tenang untuk mensahihkan hadith ini. Terutamanya telah berhujah dengannya Imam al-Sunnah Ahmad bin Hanbal... dan telah mensahihkannya oleh sahabat Imam Ahmad al-Imam Ishak bin Rahuwiah."(Irwa' al-Ghalil). Rumusan : Hukum menyentuh al-Quran bagi yang berhadath ini adalah sesuatu yang diperselisihkan di kalangan ulama, bahkan di kalangan para sahabat. Buktinya Dr. 'Umar bin Muhammad al-Sabil sendiri menyebut pendapat Ibn 'Abbas yang membolehkan menyentuh al-Quran bagi yang berhadath. Jika ianya ijmak mustahil wujud perbezaan pendapat di kalangan Tabi'ien. Dr. Husamuddin 'Ifanah pula mendakwa antara ulama mazhab Syafie yang mengharuskan wanita Haid memegang al-Quran ialah al-Muzani. Jika meliihat kepada hujah-hujah kedua-dua pihak, kita akan mendapati kedua-duanya mendatangkan hujah dan dalil mereka. Maka jawapan kepada persoalan yang dilontarkan adalah seperti berikut : 1- Harus bagi wanita yang berhaid untuk dia membaca al-Quran dari hafalannya berdasarkan pendapat yang paling kuat dari dua pendapat ulama. Inilah pendapat Imam Malik, dan satu riwayat dari Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah memilih pendapat ini. Demikian juga al-Albani dan al-Syaukani juga merajihkan pendapat ini berdasarkan ketiadaan dalil secara jelas yang melarangnya. 2- Tidak boleh wanita haid menyentuh al-Quran. Inilah pendapat keempat-empat Imam Mazhab. Dalil utama dalam masaalah ini ialah hadith : لا يمس القرآن إلا طاهر Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci (daripada hadath kecil dan besar)." Ulama yang mengharuskan wanita haid dari menyentuh al-Quran beralasan kalimat Tohir (طاهر = Suci/bersih) di dalam hadith di atas boleh membawa berbagai maksud antaranya ; suci daripada syirik, suci daripada hadath kecil atau besar dan suci daripada najis. Jadi mereka berpendapat kalimat ini boleh mewujudkan beberapa maksud. Maka ia tidak boleh dijadikan hujah dalam melarang wanita yang berhaid dari menyentuh al-Quran. Namun maksud Tohir di dalam hadith ini yang lebih kuat ialah suci dari hadath kecil dan besar. Ini berdasarkan ayat al-Quran : وما يريد الله أن يجعل عليكم من حرج ولكن يريد لطهركم Maksudnya : "dan ALLAH tidak menghendaki menjadikan kesusahan atas kamu, akan tetapi DIA menghendaki menbersihkan kamu." Ayat ini berbicara tentang wudhu dan tayammum. Selain itu bukan menjadi tabiat Nabi s.a.w. menisbahkan orang mukmin sebagai Tohir yang membawa maksud suci/bersih daripada syirik (seperti yag difahami oleh ulama yang menharuskan wanita haid menyentuh al-Quran). Sebaliknya Nabi s.a.w. biasanya menisbahkan mereka dengan Iman. Ini menunjukkan kalimat Tohir di dalam hadith tersebut membawa maksud bersih/suci daripada hadath kecil dan besar. Inilah yang disebut oleh al-Syeikh al-Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti'. 3- Sebagai langkah berhati-hati adalah baik untuk mengambil pendapat kempat-empat Imam Mazhab yang melarang wanita haid menyentuh al-Quran. Bukankah Islam melarang kita mndekati perkara2 yg mendatangkan syak n was2... wallahu a'lam.
0

#4 User is offline   norbayani 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 19-October 07

Posted 31 October 2007 - 01:07 PM

salam..rase mcm agk terlmbt..tp sy mem dr dulu memg nk tw pasal ni..sbab pnah ade debat kt skul dulu.... n ustaz2 skolah kmipun xbg kami pegang quran dlm haid... sy stuju ngan indra,...Sebagai langkah berhati-hati adalah baik untuk mengambil pendapat kempat-empat Imam Mazhab yang melarang wanita haid menyentuh al-Quran. wasallam..
0

#5 User is offline   raudhah 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 31-October 07

Posted 12 November 2007 - 12:07 PM

alhamdulillah... dah terjawab segala persoalan yg terbelenggu=) syukran jazilan ye....*flower*
0

#6 User is offline   aisyah humairah 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 23-May 07

Posted 03 December 2007 - 02:30 AM

Syukran jazilan pada penerangan2 yang diberikan saudara indra.. harapnya tiada kekeliruan lg selepas ini..
0

#7 User is offline   hamba_Allah 

  • Group: Members
  • Posts: 34
  • Joined: 22-November 07

Posted 29 December 2007 - 11:42 PM

salam.. bleh tak perempuan yg dtg haid mengulang hafazan al-Quran tanpa mgunakan al-Quran? ertinya, just ulang ayat2 al-Quran yg dh dhafal utk mperkukuh hafazan.
0

#8 User is offline   kyo kusanagi 

  • Group: Members
  • Posts: 68
  • Joined: 18-November 07

Posted 30 December 2007 - 05:49 AM

Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis... ana lebih suka kepada pendapat ibn taimiyyah...dan ini disokong jugak oleh al-qardhawi.... tp sesapa yg memilih pendapat xleh pegang,terpulang..tp xperlu dihalang orang yg memilih pendapat kontemporari...
0

#9 User is offline   manggis 

  • Group: Members
  • Posts: 40
  • Joined: 18-October 07

Posted 31 December 2007 - 05:51 AM

kirenye..boleh baca ayat al-quran. cume x ley pegang jelah?
0

#10 User is offline   kyo kusanagi 

  • Group: Members
  • Posts: 68
  • Joined: 18-November 07

Posted 31 December 2007 - 07:32 AM

Quote

manggis wrote: kirenye..boleh baca ayat al-quran. cume x ley pegang jelah?
kalau nak ikut pendapat lama.. macam tu lah kot..
0

#11 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 11 January 2008 - 12:31 AM

assalammualaikum,,,,yg atas lain,yg bawah lain,yg bawah lagipun, lain jugak,,,mana satu ni??? or semua blh pakai?
0

#12 User is offline   pharouque 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 25-October 07

Posted 11 January 2008 - 12:43 AM

Islam itu MUDAH...
0

#13 User is offline   NurulNasir 

  • Group: Members
  • Posts: 302
  • Joined: 21-December 07

Posted 11 January 2008 - 01:20 AM

wat do u means by islam itu mudah???kalau pharouque,,,u pilih yg mana?
0

#14 User is offline   al-amin 

  • Group: Members
  • Posts: 607
  • Joined: 09-January 08
  • LocationMiri, Sarawak

Posted 11 January 2008 - 05:08 AM

sy buat kesimpulan mcmni : skrg perbincangan terbahagi kp 2 : 1]mslh sentuh 2]mslh baca.. dlm masalah sentuh mmg tak blh sentuh bg org yg berhadas besar..ya'ni haram ini ijma' mazhab empat قال الأئمة الأربعة : أنه لا يصح لمس المصحف إلا لمن كان متوضئا .blh rujuk kitab الكلم الطيب فتاوى العصرية لفيضيلة الشيخ الدكتور علي جمعة . m/s 8. cuma skrg timbul mslh boleh baca atau tdk?? sesungguhnya Nabi SAW membaca dlm semua hal kecuali ketika dlm keadaan junub spt hadis yg diriwayatkan oleh Sayyidina 'Ali : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرئنا القرآن على كل حال إلا أن يكون جنبا. berkata aimmah arba'ah : jgnla membaca al-Quran dgn niat ibadah sdgkn kamu dalam keadan junub..cuma ada sedikit khilaf pd mazhab maliki beza antara org yg junub dgn haid..sbb kalau junub kita blh mandi tp kalau haid kita kena tunggu habis dulu..maka mazhab maliki membenarkan membaca dgn syarat utk mengulang supaya hafalan tdk hilang..itu shj.. maka ulama' kita mengajar supaya berzikir dgn zikir yg lain spt ya qahhar dan sbgnya.. secara kesimpulannya perempuan haid tdk blh membaca al-quran atau menyentuhnya kecuali pd sau keadaan shj iaitu apabila dia takut lupa akan hafalannya [di atas mazhab imam malik] tetapi keluar dr khilaf adalah lebih baik..kalau niat ibadah tdk blh sama sekali..hanya niat xnk bg lupa..kalau nak start hafal pun xblh..baca di sini dgn murad hafalan yg lama bkn hafalan yg baru.. wallhu a'laam.. adapun kalau nak ambik al-quran yg berada pd tmpt yg kotor atau sbgnya itu termasuk drpd perkara dhorurat..pakai kaedah usul fiqh : dhorurat mengharuskan perkara yg haram..الضرورة تبيح المحظورات. وااله أعلم بالصواب
0

#15 User is offline   al-amin 

  • Group: Members
  • Posts: 607
  • Joined: 09-January 08
  • LocationMiri, Sarawak

Posted 11 January 2008 - 05:16 AM

perhatian dlm mazhab syafie dibenarkan membaca al-quran dgn niat zikir semasa berhadas besar waimma haid nifas junub wiladah..kalau niat baca al-quran maka haram.. maka timbul pula persoalan blh ke kalau kita baca surah al-baqarh yg pjg tu tp kita xaggp baca al-quran..kalau setakat qulhuwallah atau ayat kursi xpela sbb kita biasa buat zikir... maka permasalahan ni kembali kpd si pembaca..kalau xboleh maka haram..kalau blh dia memalingkan niat kepada zikir maka la ba'sa bih..boleh..org mesir kata ma fisy hagah.. adapun dlm mslh pgang tlh spakat ulama' 4 haram memegangnya..kalau tdk ada wuduk pun ya'ni hadas kecil pun tdk dibenarkan kecuali pd mazhab zahiri apatah lagi hadas besar.. wallahu a'laam..
0

Share this topic:


  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic